SAPS Ibu Bapa 2024 Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Online. Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk Check result exam anak.

SAPS Ibu Bapa 2024 Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Online

Login SAPS Semakan Ibu Bapa NKRA (Sistem SAPS Ibu Bapa dan Guru) dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara. Bagaimana cara mudah semak status keputusan peperiksaan anak anda secara online? Ibubapa dan penjaga murid kini tidak perlu risau dalam mengetahui result terkini peperiksaan anak mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu sistem semakan yang dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. SAPS 2024 semakan result peperiksaan online adalah sistem yang membolehkan ibubapa/ penjaga untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka secara atas talian/ online.

Sistem Semakan SAPS IbuBapa akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar. Kewujudan sistem ini sekaligus memudahkan ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing dan membuat penambahbaikan apa yang patut ke arah kejayaan cemerlang anak mereka.

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibu Bapa : Semakan Slip Keputusan Peperiksaan Pelajar Online SK/ SMK

Berikut dikongsikan maklumat Semakan SAPS slip peperiksaan sekolah (cara membuat semakan) untuk panduan ibubapa dan pelajar untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak dan mendapatkan keputusan ujian/ peperiksaan secara online.

Apa Itu SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Ianya merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui sistem boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Login SAPS Ibu Bapa 2024 Dan Guru)

Guru juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam memastikan keputusan peperiksaan dapat diketahui dengan cepat oleh pelajar atau ibubapa. Para Guru Mata Pelajaran atau Kelas akan memasukkan markah peperiksaan yang diperolehi oleh setiap pelajar yang sekaligus membolehkan maklumat lengkap markah, peratus lulus, kedudukan dalam kelas dan sebagainya dapat diketahui.

Maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan dinilai dalam membuat rancangan pembelajaran berdasarkan kepada prestasi para pelajar.

Keputusan Peperiksaan Yang boleh Disemak Oleh Pelajar/ Ibu Bapa

Result peperiksaan yang boleh disemak dalam sistem adalah seperti berikut:-

1.Ujian 1

2. Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun

3. Ujian 2

4. Peperiksaan Akhir Tahun

5. Peperiksaan Percubaan (Trial Exams) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti semakan UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanapun tidak boleh disemak melalui Sistem.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Berikut dikongsikan cara dan langkah-langkah yang mudah dalam Semakan Keputusan Peperiksaan secara online di pautan https sapsnkra.moe.gov.my :-

Login saps ibu bapa semakan keputusan peperiksaan :-

1.Sila Layari Laman Web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah NKRA Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama Semakan IbuBapa, ATAU klik link

2. Key In Markah Pelajar untuk log masuk Guru (Menu Admin)

Langkah-Langkah Semakan SAPS Ibu Bapa

1. Carian murid: Sila masukkan nombor sijil lahir/ kad pengenalan pelajar (tanpa “-” atau “space”) dan tekan butang cari

2. Pilih negeri

3. Pilih daerah (PPD)

4. Seterusnya pilih nama sekolah

5. Klik butang semak dan contoh paparan muka sistem adalah seperti di bawah:  SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online

6. Pilih tahun pada halaman selanjutnya

7. Pilih keputusan peperiksaan yang ingin disemak

8. Selanjutnya di Menu: analisis markah, klik samada Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan

*Slip keputusan memaparkan Nama pelajar, No KP, Darjah dan Jantina. Keputusan peperiksana akan memparkan senarai mata pelajaran beserta markah dan gred yang diperolehi oleh pelajar. Ringkasan slip mengandungi bilangan mata pelajaran, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam darjah dan darjah, kehadiran, jumlah markah, peratus, gred purata pelajar, pencapaian gred kesuluruhan dan keputusan. Maklumat lain yang dipaparkan adalah nama guru kelas dan ulasan guru.

Analisa Keputusan Ujian Dan Peperiksaan

Markah keseluruhan akan dijadikan penanda aras dalam mengira peratus pencapaian, menentukan samada murid LULUS atau GAGAL. Berdasarkan kepada slip keputusan peperiksaan, para ibubapa/ penjaga dengan Login saps dapat mengetahui kedudukan anak mereka dalam kelas dan kedudukan dalam darjah 1hingga darjah 6 serta Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Analis markah peperiksaan seperti di bawah ini memaparkan keputusan 4 jenis peperiksaan/ ujian utama bagi tahun tersebut.

analisa keputusan nkra

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2020

Berikut dikongsian Tarikh Penting untuk Markah Peperiksaan dalaman SAPS di key-in pada tahun 2020 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

-Pengisian markah untuk Peperiksaan Dalaman Sekolah Tahun 2020 hanya bagi murid Tahun 4 sehingga Tahun 6 dan Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Tiada pengisian bagi Ujian 1, Ujian 2 dan Saringan LINUS Khas dalam sistem

-Pengisian markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) akan dibuka pada 15 Jun 2020 sehingga 15 Julai 2020. Ianya tertakluk kepada sebarang pindaan

Takwim pengisian markah peperiksaan dalaman sekolah dalam sistem tahun 2020 ( Login saps) adalah seperti berikut (proses markah) :-

tarikh kemasukan markah peperiksaan dalaman

Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 hingga 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Gred Pemarkahan Peperiksaan

Berikut adalah gred markah peperiksaan Sekolah untuk Sekolah Rendah (SR), Sekolah Menengah Rendah (SMR) Dan Sekolah Menengah Atas (SMA).

JULAT MARKAH/ GRED SAPS
JULAT MARKAHGREDCATATAN
GRED SEKOLAH RENDAH
80 – 100ACEMERLANG
65 – 79BBAIK
50 – 64CMEMUASKAN
40 – 49DMENCAPAI TAHAP MINIMUM
0 – 39EBELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
THTHTIDAK HADIR
GRED MENENGAH RENDAH
85 – 100ACEMERLANG
70 – 84BKEPUJIAN
60 – 69CBAIK
50 – 59DMEMUASKAN
40 – 49EMENCAPAI TAHAP MINIMUM
00 – 39FBELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
THTHTIDAK HADIR
GRED MENENGAH ATAS
90 – 100A+CEMERLANG TERTINGGI
80 – 89ACEMERLANG TINGGI
70 – 79A-CEMERLANG
65 – 69B+KEPUJIAN TERTINGGI
60 – 64BKEPUJIAN TINGGI
55 – 59C+KEPUJIAN ATAS
50 – 54CKEPUJIAN
45 – 49DLULUS ATAS
40 – 44ELULUS
00 – 39GGAGAL
THTHTIDAK HADIR

Soalan Lazim (Login SAPS)

Untuk memudahkan Pengguna dalam mengambil tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi semasa menggunakan sistem, berikut dikongsikan soalan-soalan lazim (FAQ) dan langkah-langkah dalam mengatasi permasalahan buat panduan semua (Login SAPS).

Penggunaan Singkatan Perkataan

Ringkasan :-

1.SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

2. SUP Setiausaha Peperiksaan

3. GMP Guru Matapelajaran

4. GK Guru Kelas

5. KP Kad Pengenalan

6. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

7. JPN Jabatan Pelajaran Negeri

Diantara ringkasan perkara yang menjadi persoalan dalam sistem adalah :-

i) LOGIN SAPS NKRA

1.Setiausaha Peperiksaan Tidak Dapat Login ID

2. Guru Matapelajaran / Guru Kelas Tidak Dapat Login ID/ Lupa Kata Laluan

3. Mengubah ID dan Password

ii) PENDAFTARAN SUP/ GK/ GMP

1.Level Setiausaha Peperiksaan Hilang

2. Pertukaran Level Guru Matapelajaran/ Guru Kelas

3. Daftar Guru Matapelajaran Yang Baru

iii) PENGURUSAN GURU

1.Pertukaran Admin

2. Guru Matapelajaran Tersalah Pilih Kod Subjek

3. Pertukaran Guru Ke Sekolah Baru

4. Ambil Alih Subjek Guru Lain

5. Nama Sama Pada Lembaran Markah Di Dua Kelas berbeza

6. Sekolah Tidak Wujud Dalam SAPS

iv) SEMAKAN IBUBAPA

1.Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Mengakses

2. Ejaan Nama Pelajar Salah

v) PENGISIAN MARKAH PERCUBAAN UPSR/ PMR

1.Pengesahan Markah Tidak Dapat Dilakukan

2. Subjek-Subjek Yang Diambilkira Dalam Pengiraan GPS PMR

3. Pengisian Markah Untuk Peperiksaan Percubaan

4. Mengubah Bilangan Murid Subjek Yang Diajar

Masalah Login SAPS

Berikut adalah di antara soalan-soalan lazim yang kerap ditanya oleh Pengguna sistem semasa menggunakan sistem dan langkah-langkah dalam mengatasinya.

1) Ejaan Nama Pelajar Salah 

Bagaimana cara untuk memperbetulkan ejaan nama anak saya yang salah pada paparan keputusan peperiksaan pada Semakan Ibubapa?

a) Ibubapa dikehendaki menghubungi guru kelas (GK) anak mereka untuk memaklumkan hal berkenaan. Setelah itu, GK perlu mengemaskini nama pelajar tersebut di dalam APDM dan memaklumkan kepada SUP pihak sekolah untuk Import semula nama pelajar yang telah dikemaskini ke dalam sistem

b) Adakah saya sebagai SUP sekolah perlu menghubungi pihak HELPDESK SAPS untuk memaklumkan hal ini?

Tidak perlu kerana kesalahan ejaan nama pelajar tidak menjejaskan markah peperiksaan sebelum ini, tetapi SUP dikehendaki memproses semula untuk mendapatkan ejaan nama pelajar terkini pada slip peperiksaan.

2) Nombor KP Pelajar Tidak Dapat Akses

a) Saya ibubapa kepada seorang pelajar dan mahu melihat keputusan anak saya melalui sistem tetapi bila saya masukkan nombor KP dan nombor sijil kelahiran, akses tidak Berjaya? Apa patut saya buat?

Ibubapa tersebut perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut. GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini no kad pengenalan pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah. SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di sistem

b) Adakah saya dikehendaki memaklumkan penukaran nombor KP pelajar kepada HELPDESK SAPS?

Ya, SUP perlu menghubungi HELPDESK untuk memaklumkan penukaran nombor KP pelajar tesebut dengan memberitahu nombor KP yang salah dan nombor KP terkini dan membolehkan pengemaskinian nombor KP dilakukan. Jika tidak dimaklumkan, markah exam/ peperiksaan pelajar sebelum ini tidak akan dipaparkan pada Semakan Ibubapa dan slip keputusan

3) Dua Nama Sama Pada Lembaran Markah di dua kelas berbeza

a) Saya mendapati ada satu nama pelajar berada pada dua kelas berbeza pada lembaran markah. Apakah tindakan yang perlu saya buat?

Keadaan ini kemungkinan berlaku disebabkan sebelum ini murid terlibat dari kelas lain dan berpindah ke kelas baru. SUP perlu login ID mana-mana GMP murid terlibat dan klik butang ‘Simpan’ untuk markah yang telah diisi. Kemudian SUP akan sahkan dan proses balik untuk pengemaskinian lembaran markah yang betul dan nama pelajar tersebut akan dipaparkan pada kelas yang betul sahaja.

b) Saya dah berbuat demikian, tetapi masalah tersebut masih wujud?

SUP boleh menghubungi HELPDESK untuk membuat laporan mengenai masalah tersebut

SOALAN LAZIM PARA GURU

1) Kod Akses Atau Kata Laluan Salah! Sila Login Semula

a) Saya tidak boleh menggunakan SAPS. Komputer memaparkan ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOGIN SEMULA”.

Berkemungkinan besar anda tersilap memasukkan ID atau kata laluan semasa login saps. Sila cuba semula. Jika masih hadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan pegawai meja SUP sekolah anda atau PPD /JPN

2) Terdapat nama murid yang berulang dalam senarai nama SAPS-APDM

a) Terdapat nama murid yang berulang dalam senarai nama apabila saya membuat semakan melalui menu IMPORT DATA APDM – SENARAI MURID SAPS & APDM.

Ia disebabkan APDM telah diubah. Kebiasaannya kes seperti ini berlaku apabila nombor Kad Pengenalan murid diubah atau disebabkan oleh murid berpindah kelas. Oleh itu, anda perlu padam nama murid yang berulang tersebut daripada senarai nama murid. Seterusnya SUP perlu import semula murid berkenaan secara individu.

3) Saya dapati butiran murid saya tidak betul

a) Saya dapati butiran murid saya tidak betul (contoh: ejaan nama salah). Bagaimana untuk mengemaskini butiran murid dalam sistem?

Anda tidak boleh membuat pembetulan sendiri. Sila lapor kepada SUP.

4) SAPS menunjukkan status pengisian masih tidak lengkap

a) Saya telah mengisi markah semua murid saya tetapi sistem menunjukkan status pengisian masih tidak lengkap.

Ralat ini terjadi apabila bilangan murid yang didaftarkan tidak sama dengan bilangan markah yang diisi. Kebiasaannya ia terjadi apabila ada murid yang berpindah keluar atau masuk. Ia boleh diatasi dengan cara kemaskini semula bilangan murid daftar mata pelajaran pada MENU GURU MP-DAFTAR MP-EDIT BILANGAN MURID setiap mata pelajaran yang berkenaan.

Senarai Tugas Dalam SAPS

Tugas Admin (SUP) Dalam sistem Login saps:

1.Mendaftar Nama Kelas.

2. Mendaftar Guru Kelas, Pengetua/ Guru Besat dan Penolong Kanan

3. Mendaftar senarai guru baru

4. Melaksanakan kerja Proses Markah Peperiksaan apabila semua Guru Matapelajaran siap mengisi markah

5. Melakukan kerja carian murid dan Mengemaskini (edit) atau mengosongkan (Reset) katalaluan semua guru di sekolah.

6. Memastikan semua Guru Kelas wujudkan senarai murid mengikut kelas dengan betul.

7. Memastikan semua Guru mendaftar diri sebagai pengguna sah disekolahnya

Maklumat Lanjut

Untuk FAQ Soalan Lazim selengkapnya, sila muat turun atau Download FAQ dalam PDF di Panduan Am.

Untuk bantuan, sila rujuk kepada grafik di bawah ini.

perlukan bantuan

Semoga dengan adanya sistem semakan ini (sistem analisis peperiksaan sekolah saps) dapat memudahkan ibubapa/ penjaga untuk membuat Semakan slip Keputusan Peperiksaan murid serta kedudukan kelas secara online. Moga dengan kewujudan sistem ini akan dapat menghasilkan keputusan peperiksaan yang terbaik dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti serta memudahkan ibu bapa atau penjaga.

Rel

: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/, login saps ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak,kod akses untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak, guru mempunyai akses untuk memasukkan markah ke dalam aplikasi saps, apdm dan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia, menganalisis data markah peperiksaan pelajar mengikut subjek yang anda ajar, meja saps ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak, kelas tidak sama dengan bilangan markah peperiksaan yang dimasukkan, gps 0 bilangan lulus 0, slip keputusan markah peperiksaan pelajar mengikut subjek yang anda ajar, your connection is not private, setiausaha peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia login saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space slip keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah, 5 dan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia login saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space slip keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah, klik butang semak dan anda akan dibawa, mohon bantuan pegawai meja saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space slip keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia login saps di pejabat pendidikan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *