Permohonan BPPT 2019 Online Kad Debit Pelajar, Cara mohon Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ganti KADS1M mengikut syarat kelayakan ditetapkan

Permohonan BPPT 2019 (Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi) Kad Debit Pelajar

Pendaftaran Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 Online. Bagaimana cara mendaftar BPPT 2019 secara online? Perhatian buat pelajar IPT (Institusi Pengajian Tinggi) di Malaysia. Bermula tahun 2017, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) melalui kad debit pelajar Bank Rakyat dahulunya Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) akan menggantikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Oleh itu berikut dikongsikan cara membuat Permohonan BPPT 2019 Kad Debit Pelajar secara Online.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) berjumlah RM100 untuk tahun 2019 bagi setiap penuntut warganegara Malaysia di Institut Pengajian Tinggi (IPT).BPPT akan disalurkan pada hujung Mac depan menggunakan mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat, penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang terdahulu. BPPT dijangka akan memanfaatkan 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data lama dan akan membabitkan peruntukan RM120 Juta, sekaligus mengurangkan baban kewangan pelajar di IPT. Nota : Perincian pelaksanaan BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan Kementerian Pendidikan kelak
Permohonan BPPT 2019 (Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi) ganti kads1m

Permohonan BPPT 2019 Online & Syarat Kelayakan 

Berikut adalah maklumat penting berkaitan permohonan 2019 iaitu Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi beserta syarat kelayakan seperti diumumkan secara rasmi oleh KPM.

Kriteria Kelayakan BPPT

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2018 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-
    • Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
    • IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa
    • Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas

Bantuan BPPT berjumlah RM100 akan disalurkan kepada mereka yang layak bermula dari 28 Mac 2019 secara berperingkat.

Cara Membuat Permohonan Baharu BPPT 2019 Dan Check Kelayakan

Pelajar boleh membuat check status kelayakan dan mengisi borang permohonan secara atas talian di portal Bank Rakyat atau di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt

  1. Tempoh check kelayakan
    • 28 Mac 2019 sehingga 28 April 2019
  2. Tempoh Pengemaskinian Data sekiranya status ‘TIADA REKOD’
    • 28 Mac 2019 hingga 28 April 2019
  3. Tempoh permohonan bagi pelajar ‘LAYAK’
    • Tidak perlu memohon. BPPT 2019 akan dikreditkan ke akaun sedia ada
    • 1 April 2019 hingga 30 April 2019 (PELAJAR BARU (TIADA KAD)/ AKAUN TELAH DITUTUP)
  4. Tempoh permohonan bagi pelajar ‘TIADA REKOD’
    • 10 Mei 2019 hingga 31 Mei 2019
  5. Tempoh check status permohonan baharu BPPT
    • Check status permohonan boleh dibuat 2 minggu selepas tarikh permohonan sehingga 30 Jun 2019
  6. Tempoh Pengambilan Kad
    • Selewat-lewatnya pada 31 Julai 2019

Nota : Pelajar yang telah membuat permohonan boleh mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas status bertukar kepada “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”.

Sekiranya pelajar memenuhi kriteria kelayakan menerima BPPT 2019 tetapi checking menunjukkan status “TIADA REKOD”:-

Pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini data di MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT swasta) / penyelaras agensi bermula 28hb Mac 2019 sehingga selewat-lewatnya pada 28 April 2019.

*Nota : GARIS PANDUAN PEMBERIAN BPPT KPM

Sebagai rujukan berikut adalah panduan permohonan untuk tahun sebelumnya :-

Permohonan KADS1M 2018

Untuk makluman, pautan untuk mendaftar baru dan check status KADS1M adalah seperti dinyatakan di bawah. Untuk pemegang KADS1M sediada, duit BPPT berjumlah RM250 akan dikreditkan terus ke dalam KADS1M bermula 15 Mac 2018.

Buat pelajar yang baru saja memohon, anda boleh mendapatkan kad anda dari cawangan Bank Rakyat berdekatan dengan anda. Penggunaan Kad debit Siswa 1Malaysia (KADS1M) hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih di seluruh Malaysia.

  • Maklumat permohonan baru BPPT akan dikemaskini dari masa kesemasa
  • Nota : Penuntut yang sudah menerima KADS1M pada tahun 2017 tidak perlu untuk membuat permohonan baharu kerana BPPT akan dikreditkan secara automatik kepada Kad sediada

Berikut dikongsikan maklumat terkini permohonan dan status Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) tahun 2018.

  • Permohonan baharu di mana pelajar belum mempunyai KADS1M (Penerima BPPT Baharu) : Pelajar boleh membuat checking kelayakan permohonan bermula dari 1 April 2018. Sekiranya layak, pelajar boleh terus membuat permohonan KADS1M. Tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan. Pelajar yang layak boleh mendapatkan KADS1M di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas menerima pemakluman daripada Bank Rakyat.
  • Bagi pelajar yang telah mempunyai KADS1M, mereka tidak perlu membuat permohonan KADS1M yang baharu. Bantuan akan disalurkan kepada yang layak (memenuhi syarat kelayakan permohonan) mulai 15 Mac 2018 bermula jam 400 petang secara berperingkat. Checking boleh dibuat di iRakyat, ATM dan CDM Bank Rakyat
  • Pelajar adalah disarankan untuk melayari Portal Rasmi Bank Rakyat untuk mendapatkan info terkini berkaitan BPPT (KADS1M)

Syarat Kelayakan Permohonan KADS1M (BPPT)

Pelajar yang layak menerima BPPT adalah pelajar-pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2017 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-
    • a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; atau
    • b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa
  3. Tarikh akhir bagi permohonan 2018 secara atas talian telah dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2018

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

Carta Alir Permohonan BPPT/ BB1M Atas Talian

Berikut adalah cara-cara dalam membuat membuat permohonan terkini tahun 2018. Terdapat 2 kategori pemohonan iaitu :-

  1. Pelajar yang telah menerima BPPT 2017 dan Akaun Simpanan-i aktif
  2. Pelajar yang baru memohon atau pelajar yang telah menutup akaun BPPT 2017

Kedua-dua kategori pemohon BPPT boleh perlu membuat checking kelayakan samada layak membuat permohonan KADS1M atau menerima BPPT. Langkah seterusnya adalah :-

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online
Cara Aliran Permohonan Kad Debit Pelajar 2018

a) Jika Layak

  1. Pengkreditan Dana Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)/ Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
  2. Nota : Bagi pemegang Akaun Simpanan-i Bank Rakyat yang aktif, sila semak akaun manakala bagi pelajar yang baru memohon akan dimaklumkan setelah pengkreditan dilaksanakan
  3. Setelah mendapat makluman, sila ke mana-mana Cawangan Bank Rakyat untuk pengambilan KADS1M Debit-i anda
  4. Setelah pengambilan KADS1M Debit-i anda, sila daftar perbankan internet iRakyat

b) Jika Tidak Rekod

  1. Sila rujuk dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi Pendidikan Masing-masing
  2. Teruskan pengisisan borang secara online dan pastikan
    • Alamat yang dimasukkan ke dalam borang adalah alamat yang sama seperti di dalam MyKad
    • Emel yang dimasukkan adalah betul
  3. Pembukaan Akaun Simpanan-i Bank Rakyat secara automatik
  4. Langkah seterusnya adalah seperti Langkah 1 hingga 4 untuk pelajar yang layak

Pengambilan KADS1M 2018

Tarikh akhir bagi pengambilan KADS1M di semua cawangan BankRakyat adalah pada 31 Julai 2018. Dokumen yang perlu di bawa oleh pelajar bagi pengambilan KADS1M Debit-i adalah seperti berikut:-

Umur Di Bawah 18 Tahun

  1. MyKad (Asal dan 1 salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 salinan)
  3. Surat kebenaran dari ibu bapa/ penjaga
  4. Satu salinan MyKad Ibu Bapa/ Penjaga dan
  5. Sijil Kelahiran/ sijil anak angkat pelajar/ pelanggan (Asal dan 1 salinan)

Umur 18 Tahun Dan Ke Atas

  • MyKad (Asal & 1 salinan)
  • Kad Pelajar (Asal dan 1 salinan)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Carta Aliran BPPT.

TAHUN 2017

Pelanjutan Tarikh Permohonan atas talian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (KADS1M) Debit Tahun 2017

Adalah dimaklumkan bahawa, mana-mana pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mendaftar tetapi masih belum memperolehi Kad Siswa Debit 1 Malaysia (KADS1M) Tahun 2017 adalah diminta untuk membuat permohonan semula melalui atas talian di laman sesawang Bank Rakyat. Permohonan semula perlu dilakukan kerana checking daripada Bank Rakyat mendapati ramai pelajar-pelajar tidak membuat permohonan atas talian menyebabkan tiada rekod yang diperolehi. Permohonan semula boleh dilakukan sehingga tarikh tutup pada atau sebelum 30 Oktober 2017.

Apa Itu KADS1M?

Kad diskaun Siswa 1Malaysia ini merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. Pelajar layak menerima bantuan BPPT adalah digalakkan untuk membuat pembelian buku, alat tulis dan alatan komputer.

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online

Untuk makluman, semua pelajar IPT adalah diwajibkan untuk membuat Permohonan Kad debit pelajar. Permohonan KADS1M boleh dibuat secara online bermula dari 16 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2017.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan KADS1M secara online untuk panduan semua.

Syarat Kelayakan Permohonan KADS1M

Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA / IPTS di bawah seliaan:-

  1. Kementerian Pengajian Tinggi
  2. Institut Perguruan
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia
  4. Kementerian Sumber Manusia
  5. Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Ciri-Ciri Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat dalam KADS1M :-

  1. Kad 3 dalam 1
  2. BB1M (RM250 telah dikreditkan dalam kad)
  3. Kad diskaun pelajar
  4. Kad debit diskaun dan ATM
  5. Sebanyak RM250 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar.
  6. Maksima pengeluaran adalah RM240. Jika hendak mengeluarkan RM250 sepenuhnya, pelajar boleh berurusan dengan BankRakyat untuk menutup terus akaun berkenaan.

Cara Memohon KADS1M Secara Online

Berikut adalah cara ringkas dan mudah panduan proses permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M pelajar secara online.

  1. Isi borang e-permohonan di www.bankrakyat.com.my/bppt secara online sebelum tarikh tutup permohonan KADS1M pada 31 Mac 2017 (Dilanjutkan sehingga 30 Oktober 2017)
  2. Pastikan alamat emel yang betul dimasukkan
  3. Setelah memohon, pelajar perlu menunggu e-mail dari Bank Rakyat sebelum dapat mengambil KADS1M Debit di cawangan Bank
  4. Status permohonan akan disahkan melalui emel permohonan oleh BankRakyat
  5. Kunjungi Cawangan Bank yang dipilih untuk pegambilan KADS1M Debit
  6. Caj kad RM5.00 perlu dibayar semasa mengambil kad

Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Online

Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit

  • MyKad dan satu (1) salinan
  • Kad pelajar dan satu (1) salinan
  • Bagi pelajar ada/ telah mempunyai akaun di BankRakyat, anda tetap perlu memohon KADS1M
  • Layak kepada pelajar berstatus aktif pada 30 Disember 2016

Check Status Permohonan KADS1M 2017 Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat checking status permohonan KADS1M 2017. Untuk makluman, dua (2) daripada sembilan (9) batch KADS1M telahpun dikeluarkan. Manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017. Jika anda masih tidak mendapat e-mail daripada BankRakyat mengenai status permohonan KADS1M Pelajar anda, jangan risau.

Berikut dikongsikan langkah-langkah cara membuat checking status permohonan Kad Debit Pelajar anda.

Check Status KADS1M Secara Online

Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem checking status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian/ online mulai 1 Jun 2017. KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat checking.

  • 1. Applikasi checking KADS1M
  • 2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ No IC
  • 3. Klik ‘Semak’

Talian Hotline

  1. Telefon Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
  4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
  5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon KADS1M anda.
  6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada BankRakyat dengan penuh sabar
  9. Pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana ramai pelajar masih belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank
  10. Semua urusan agihan BPPT melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017

Nota Penting Permohonan Semula BPPT

For the application via browsers other than Mozilla Firefox, there’s a big chance that your application is not recorded in the system. Hence, you can try the following steps:

  • Open Firefox browser
  • Clear all history and cache, and reboot Firefox
  • Fill in the form again at https://bppt.bankrakyat.com.my/

Untuk maklumat lanjut sila layari iRAKYAT

Maklumat Lanjut Permohonan KADS1M 2018

Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan BankRakyat di talian 1300 80 5454.

Semoga perkongsian panduan Permohonan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi secara Online bermanfaat buat semua. Oleh itu, pelajar adalah dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk membuka akaun permohonan bagi menikmati kemudahan yang terdapat di kad debit pelajar Bank Rakyat yang serba menarik.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *