Semakan BPPT Kad Debit Pelajar 2019 Online (Status), Cara semak Status BPPT termasuk status kredit Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)

Semakan BPPT Kad Debit Pelajar 2019 Online

Cara semakan kad debit pelajar 2019? Berikut dikongsikan maklumat terkini berkaitan semakan status pembayaran Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang akan dikreditkan ke Kad Debit Pelajar Bank Rakyat. Untuk makluman, BPPT akan dikreditkan terus menggunakan mekansime yang sama iaitu ke dalam Kad Debit Bank Rakyat pada akhir bulan Mac 2019. Maklumat semakan BPPT akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi atau ringkasnya BPPT berjumlah RM100 untuk tahun 2019 bagi setiap penuntut warganegara Malaysia di Institut Pengajian Tinggi (IPT). BPPT akan disalurkan pada hujung Mac 2019 menggunakan mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat, penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang terdahulu. BPPT dijangka akan memanfaatkan 1.2 juta pelajar berdasarkan pangkalan data lama dan akan membabitkan peruntukan RM120 Juta, sekaligus mengurangkan baban kewangan pelajar di IPT. Nota : Perincian pelaksanaan BPPT 2019 serta kriteria kelayakan penerima akan diumumkan Kementerian Pendidikan kelak

Semakan-status-permohonan-Kad-Debit-Pelajar-KADS1M-Online-Bank-Rakyat

Semakan BPPT Kad Debit Pelajar 2019 Status Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi

Berikut dikongsikan ringkasan maklumat terkini berkaitan tahun 2019 iaitu status yang berjaya seperti dipetik dari Garis Panduan Pemberian BPPT yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk makluman, setiap pelajar yang layak akan menerima BPPT berjumlah RM100.

Kriteria Kelayakan BPPT

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2018 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-
    • a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
    • b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; atau
    • c) Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas

Bantuan BPPT akan disalurkan kepada mereka yang layak bermula dari 28 Mac 2019 secara berperingkat.

Cara Semak Kelayakan Dan Application Baharu 2019

Pelajar boleh membuat semakan status kelayakan dan mengisi borang secara atas talian di portal Bank Rakyat atau di pautan:

PERKARAPELAJAR SEDIADA (TELAH PUNYAI KAD)PELAJAR BARU (TIADA KAD)/ AKAUN TELAH DITUTUP
 Tempoh semakan kelayakan28 Mac 2019 sehingga 28 April 201928 Mac 2019 sehingga 28 April 2019
 Tempoh Pengemaskinian Data sekiranya status ‘TIADA REKOD’28 Mac 2019 hingga 28 April 201928 Mac 2019 hingga 28 April 2019
 Tempoh aplication bagi pelajar ‘LAYAK’Tidak perlu memohon. BPPT 2019 akan dikreditkan ke akaun sedia ada1 April 2019 hingga 30 April 2019
 Tempoh application bagi pelajar ‘TIADA REKOD’Tidak berkaitan10 Mei 2019 hingga 31 Mei 2019
 Tempoh semakan status application baru BPPTTidak berkaitanSemakan status boleh dibuat 2 minggu selepas tarikh application sehingga 30 Jun 2019
 Tempoh Pengambilan KadTidak berkaitanSelewat-lewatnya pada 31 Julai 2019

Nota : Pelajar yang telah membuat application boleh mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas semakan status bertukar kepada “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”.

Sekiranya pelajar memenuhi kriteria kelayakan menerima BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD” :-

  • Pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini data di MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT swasta) / penyelaras agensi bermula 28hb Mac 2019 sehingga selewat-lewatnya pada 28 April 2019.

SUMBER : GARIS PANDUAN PEMBERIAN BPPT KPM

Semakan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) Tahun 2018

Terdapat 2 kategori pelajar iaitu

  • i) Pelajar yang telah menerima BPPT 2017 dan Akaun Simpanan-i aktif serta
  • ii) Pelajar yang baru memohon atau pelajar yang telah menutup akaun BPPT 2017

Cara membuat Semakan untuk kedua-dua kategori serta panduan application adalah seperti langkah berikut :-

  1. Bagi pelajar yang telah mempunyai KADS1M, mereka boleh menyemak status kelayakan masing-masing mulai 15 Mac 2018 bermula jam 400 petang di iRakyat, ATM dan CDM Bank Rakyat dan melalui portal http://www.bank rakyat.com.my/bppt mulai 1 April 2018
  2. Bagi pelajar yang belum mempunyai KADS1M, semakan status kelayakan BPPT boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April 2018 sebelum pelajar boleh membuat application KADS1M (untuk pelajar baru/ telah menutup akaun BPPT)
  3. Panduan BPPT (KADS1M) boleh dirujuk di

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

Carta Aliran BPPT 2018 Dan Semakan KADS1M

Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan KADS1M 2018 buat rujukan pemohon. Tarikh akhir bagi application online KADS1M di semua cawangan BankRakyat telah dilanjutkan ke 30 Ogos 2018. Dokumen yang perlu di bawa oleh pelajar bagi pengambilan KADS1M Debit-i adalah seperti berikut:-

Pengambilan KADS1M

Umur Di Bawah 18 Tahun

  1. MyKad (Asal dan 1 salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 salinan)
  3. Surat kebenaran dari ibu bapa/ penjaga
  4. Satu salinan MyKad Ibu Bapa/ Penjaga dan
  5. Sijil Kelahiran/ sijil anak angkat pelajar/ pelanggan (Asal dan 1 salinan)

Umur 18 Tahun Dan Ke Atas

  • MyKad (Asal & 1 salinan)
  • Kad Pelajar (Asal dan 1 salinan)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada grafik yang dikongsikan di bawah ini :-

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M 2018 Online

 

Nota Semakan Kad Debit Pelajar 2018

  1. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan yang pembayaran BPPT akan disalurkan melalui Bank Rakyat bermula 15 Mac 2018
  2. KPT akan menyalurkan RM300 juta untuk pembayaran kepada 1.2 juta penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta yang layak menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  3. Pembayaran yang dikreditkan terus ke KADS1M pelajar adalah berdasarkan kepada padanan data penuntut yang mempunyai akaun Bank Rakyat dengan data maklumat penuntut yang layak menerima bantuan BPPT daripada KPT
  4. Penuntut yang telah menerima KADS1M pada tahun 2017 adalah tidak perlu untuk membuat application baharu KADS1M kerana bantuan KADS1M akan dikreditkan secara automatik ke akaun sedia ada penuntut
  5. Mulai tahun 2018, penuntut adalah dibolehkan untuk mengambil KADS1M mereka di mana-mana cawangan BankRakyat. Tidak seperti pada tahun 2017, penuntut hanya boleh mengambil kad di cawangan BankRakyat yang terpilih sahaja
  6. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah di kedai buku terpilih. Selain itu, bantuan juga boleh digunakan untuk membeli perisian komputer dan peralatan pembelajaran
  7. Tarikh akhir bagi pengambilan KADS1M di semua cawangan BankRakyat adalah pada 31 Julai 2018
  8. Tarikh akhir bagi application BPPT 2018 adalah pada 31 Mei 2018

Maklumat Semakan Tahun 2017

Berikut dikongsikan cara/ langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan dalam menyemak status KADS1M pelajar untuk tahun 2017. Jika anda masih belum mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status application Kad Debit, anda tidak perlu risau.

Untuk makluman, dua (2) daripada sembilan (9) batch Kad Debit Pelajar (KADS1M) telahpun dikeluarkan. Manakala batch terakhir akan hanya dikeluarkan sekitar bulan September 2017.

Cara Semak Status KADS1M 2017 Online

Semakan status KADS1M secara online akan diperkenalkan oleh BankRakyat pada 1 Jun 2017
Berikut dikongsikan cara membuat semakan KADS1M secara online :-

  • 1. Applikasi semakan KADS1M https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
  • 2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC Baru (12 Digit tanpa simbol – )
  • 3. Klik ‘Semak’

Kenyataan Media Semakan KADS1M Atas Talian

Sila rujuk kenyataan media Kementerian Pendidikan Tinggi berkaitan Semakan Status KADS1M atas talian sebagai rujukan.

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M Online

Semakan KADS1M 2017 Melalui Talian Hotline

Alternatif pilihan, pelajar boleh membuat semakan KADS1M melalui kaedah berikut :-

  1. Telefon Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Key in “1” untuk status KADS1M
  4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
  5. Beritahu receptionist yang anda ingin membuat semakan KADS1M anda.
  6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  7. Jika application anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  8. Jika application anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan. Anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutnya daripada Bank Rakyat dengan penuh sabar

Pengambilan KADS1M Tahun 2017

Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit adalah seperti berikut :-

  1. MyKad dan satu (1) salinan
  2. Kad pelajar dan satu (1) salinan
  3. Salinan Email (1) salinan

Sebarang pertanyaan mengenai semakan, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454. Untuk maklumat lanjut, sila layari iRAKYAT

Selamat membuat Semakan Kad Debit Pelajar Bank Rakyat 2019. Semoga anda berjaya dalam application untuk mendapatkan BPPT sekaligus layak mendapat Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *