Panduan buat mereka yang berminat untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) KEMAS ambilan tahun 2019. Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS secara atas talian adalah dibuka dari 22 Oktober 2018 (Isnin) jam 9.00 pagi dan ditutup pada 5 November 2018 (Isnin), jam 12.00 tengahari.
Calon yang layak akan dipanggil ke proses temuduga. Calon yang berjaya dalam Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAKK) akan dipertimbangkan untuk berkhidmat dalam jawatan yang telah ditetapkan iaitu Guru Tadika / Taska KEMAS,
Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) KEMAS Tahun 2019
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting Permohonan Guru Tabika/ Taska KEMAS 2019 secara online meliputi syarat kemasukan, pautan borang permohonan dan panggilan temuduga.
INFO TARIKH PENTING PERMOHONAN GURU TABIKA TASKA KEMAS TAHUN 2019 | |||
TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP | ||
22 OKTOBER 2018 900 Pagi | 5 NOVEMBER 2018 1200 Tengahari | ||
*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh rasmi. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa |
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) Tahun 2019 seperti berikut :-
Syarat Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat permohonan Guru Tabika/ Taska KEMAS yang lain adalah :-
- Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan
- Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip
- Nilai CGPA 2.70 ke atas
- Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan
Maklumat Asas Kursus Sijil Awal Pendidikan Kanak-Kanak
- Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
- Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
- Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.
Cara Memohon Guru Tabika/ Taska KEMAS 2019 (Borang Online)
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan berikut :-
- http://ejawatan.totalconfigure.com/
- Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu jika belum mendaftar
Peringatan
- Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan;
- Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak;
- Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di http://ejawatan.totalconfigure.com/ sahaja yang akan diterima
Semakan Panggilan Temuduga
Tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Untuk makluman, hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga di mana calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.
Alamat Pejabat KEMAS Negeri
Berikut adalah senarai alamat pejabat KEMAS Negeri di seluruh Malaysia :-
|
| ||
|
| ||
|
| ||
|
| ||
|
| ||
|
| ||
|
| ||
Selamat membauat permohonan Guru Tabika Taska KEMAS tahun 2019. Moga permohonan anda untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) berjaya.