Permohonan Tabika Kemas 2024 Dan Taska, borang pendaftaran tabika kemas dan taska permata kemas tahun 2024 beserta link muat turun borang & syarat.

Permohonan Tabika Kemas 2024 Dan Taska

Perhatian buat ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak berusia 3 hingga 5 tahun. Dan bercadang untuk menghantar anak mereka ke Tabika Kemas. Permohonan Tabika Kemas 2024 Dan Taska akan dibuat menerusi makluman di Facebook KEMAS. Lazimnya, Pendaftaran Kemasukan ke Tabika Kemas serta Taska akan bermula dari bulan Jun hingga bulan Oktober setiap tahun.

Pendaftaran anak ke KEMAS adalah terbuka kepada anak-anak yang berusia lima hingga enam tahun dan melepasi syarat kemasukan yang dikongsikan di bawah ini. Pemohon perlu mengisi borang permohonan/ pendaftaran KEMAS yang dikongsikan di bawah ini. Iaitu TABIKA (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) dan TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak).

Permohonan Tabika Kemas 2019 Dan Taska

Permohonan Tabika Kemas 2024 Dan Taska (Borang Atas Talian)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Tabika dan Taska Kemas tahun 2024 meliputi tarikh permohonan dan muat turun borang pendaftaran.

Pemohon perlu menyediakan dokumen seperti yang tertera di borang permohonan KEMAS.

Tarikh Permohonan Tabika Kemas 2024

Permohonan bagi kemasukan ke TABIKA KEMAS setiap tahun akan dibuka sekitar bulan Jun hingga Oktober. Berikut adalah tarikh permohonan mengikut tahun

  • 2024 : 1 Ogos hingga 31 Oktober 2023
  • 2023 : 1 Ogos hingga 31 Disember 2022
  • 2022 : 1 Jun hingga 31 Oktober 2021
  • 2021: 1 Jun hingga 31 Oktober 2020
  • 2020: Jun hingga 31 Oktober 2019

Syarat-Syarat Pendaftaran

  1. Permohonan boleh dibuat oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak
  2. Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak harus mendaftar sebagai pengguna berdaftar di
  3. Permohonan hanya boleh dilakukan SEKALI SAHAJA
  4. Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA
  5. Permohonan HARUSLAH DICETAK dan DIHANTAR ke TABIKA KEMAS pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan semakan
  6. Borang permohonan TIDAK AKAN diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar ke TABIKA KEMAS
  7. Kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.

Syarat Kemasukan Ke TABIKA Kemas

Berikut adalah syarat kemasukan kanak-kanak ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) 2024 sebagai rujukan

  • 1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
  • 2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  • 3. Permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS tahun 2024 akan dibuka mulai Ogos hingga Oktober 2023.
  • 4. Borang permohonan secara manual boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  • 5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 30 orang sahaja.
  • 6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.
  • 7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima/ Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  • 8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2023

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran TABIKA KEMAS:-

  • 1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  • 2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  • 3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  • 4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  • 5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) serta rekod imunisasi

Senarai Alamat Tabika Kemas

Sebagai rujukan kepada semua, berikut dikongsikan senarai alamat tabika Kemas mengikut negeri :

Syarat Kemasukan TASKA PERMATA KEMAS 2024

Berikut adalah syarat kemasukan ke TASKA KEMAS ambilan 2024 sebagai rujukan :-

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun
  3. Permohonan kemasukan ke Taska PERMATA KEMAS tahun 2024 akan dibuka mulai Ogos hingga Oktober 2023
  4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Taska PERMATA KEMAS
  5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak)
  6. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak
  7. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Taska PERMATA KEMAS yang berdekatan
  8. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima/ Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat
  9. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat November 2023

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
  4. Dua (2) keeping gambar kanak-kanak berukuran passport
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Rekod Imunisasi)

Senarai Alamat Taska Kemas

Sebagai rujukan kepada semua, berikut dikongsikan senarai alamat taska Kemas mengikut negeri :

Pendaftaran Secara Manual

Ibu dan bapa yang ingin membuat pendaftaran secara manual boleh memuat turun borang di pautan berikut:

Selamat membuat Permohonan Tabika Kemas 2024 Dan Taska buat ibu bapa dan penjaga semua. Semoga permohonan pendaftaran anda ke KEMAS berjaya nanti.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *