Pilihan Aliran Masuk MRSM. Umum sedia maklum yang permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kemasukan Tingkatan 1 dan 4 akan dibuka dari 24 Ogos 2020 hingga 4 Disember 2020. Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan secara online. Apakah Program Senarai Program MRSM atau Jenis Aliran yang ditawarkan buat kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4?
Menurut iklan kemasukan MRSM ambilan 2021, terdapat 5 program yang ditawarkan untuk kemasukan Tingkatan 1. 2 program pula ditawarkan untuk Tingkatan 4. Pilihan aliran dan senarai program yang ada ditawarkan di setiap MRSM dikongsikan di bawah ini.
- Senarai MRSM Seluruh Malaysia klik Maktab Rendah Sains MARA.
- Syarat kemasukan ke MRSM Terkini
- Soalan Lazim FAQ Pengambilan Pelajar Ke MRSM
Isi Kandungan
Senarai Program MRSM Dan Jenis Aliran Yang Ditawarkan
Berikut dikongsikan senarai program pengajian (jenis aliran) di MRSM yang ditawarkan buat pelajar kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2021.
Program MRSM Tingkatan 1 Yang Ditawarkan
Terdapat enam program yang berteraskan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM:-
1. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier) – Senarai Program MRSM
Melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA. Ini bermakna pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti gabungan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, kursus khas dan kursus pembangunan sahsiah. Kursus khas merupakan satu kursus yang menekankan nilai keusahawanan dan kemahiran insaniah.
MRSM yang menawarkan program ini adalah:-
- Arau, Perlis
- Beseri, Perlis
- Felda, Sungkai, Perak
- Gerik, Perak
- Jeli, Kelantan
- Kuala Berang, Terengganu
- Kuala Krai, Kelantan
- Kuala Terengganu, Terengganu
- Lenggong, Perak
- Merbok, Kedah
- Mersing, Johor
- Muadzam Shah, Pahang
- Muar, Johor
- Pasir Salak, Perak
- Pasir Tumboh, Kelantan
- Pendang, Kedah
- Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak
- Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
- Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang
- Tun Mustapha, Tawau, Sabah
- Kota Kinabalu, Sabah
- Mukah, Sarawak
- Betong, Sarawak
- Kuching, Sarawak
- Terendak, Melaka
- Besut, Terengganu
- PDRM, Kulim, Kedah
- Pengkalan Hulu, Perak
*Tertakluk kepada perubahan
2. MRSM Program SPMRSM Ulul Albab
MRSM Program Ulul Albab menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah aktiviti-aktiviti yang termasuk dalam Program Ulul Albab seperti membaca Al-Quran, Hafazan, menunggang kuda, memanah, berenang dan lain-lain lagi.
Melahirkan pelajar yang dapat menghafaz Al-Quran 30 Juzuk dalam tempoh 3 tahun pengajian di MRSM dan membina budaya saintifik Al-Quran dengan pendekatan ICT sebagai pengupaya.
Melahirkan pelajar yang berlatar belakangkan Sains & Tahfiz Al-Quran yang dapat memenuhi syarat untuk memenuhi pengajian dalam bidang profesional dan teknikal di universiti tersohor dunia.
Pelajar yang memilih Program Ulul Albab perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
- Menawarkan Program Ulul Albab sebagai nilai tambah
- Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Ulul Albab bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
- Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Ulul Albab
Program SPMRSM Ulul Albab ada ditawarkan di MRSM seperti berikut :-
- Gemenceh, Negeri Sembilan
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Kota Putra, Besut, Terengganu
- Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
- Semporna, Sabah
3. MRSM Program SPMRSM Cambridge-IGCSE – Senarai Program MRSM
MRSM Program Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) ialah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan IGCSE dalam tempoh tempoh lima tahun pengajian. Pelajar menduduki kedua-dua peperiksaan iaitu Cambridge IGCSE semasa di Tingkatan 4 dan SPM semasa di Tingkatan 5,
Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping kurikulum IGCSE. Pelajar-pelajar akan mengikuti semua kurikulum dwisijil ini dan untuk sijil IGCSE terdapat yuran peperiksaan yang perlu ditanggung sendiri oleh ibu bapa pelajar.
Pelajar yang memilih MRSM Program IGCSE perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
- Program IGCSE menawarkan dwisijil iaitu IGCSE dan SPM
- Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Program IGCSE bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
- Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program IGCSE
Program SPMRSM Cambridge IGCSE ada ditawarkan di MRSM berikut :-
- Alor Gajah, Melaka
Baling, KedahBatu Pahat, Johor- Johor Bahru, Johor
- Kuala Klawang, Negeri Sembilan
- Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Kubang Pasu, Kedah
- Parit, Perak
Serting, Negeri Sembilan- Tumpat, Kelantan
- Tun Abdul Razak, Pahang
- Kuantan, Pahang
- Langkawi, Kedah
- Tun Mustapha, Tawau, Sabah
- Kuching, Sarawak
4. MRSM Program SPMRSM lB-Middle Years Programme (MYP)
Program SPMRSM MYP mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
MRSM Program IB-MYP menggunakan kurikulum kebangsaan, mengekalkan para pelajar menduduki SPM dan pelajar melaksanakan projek individu di Tingkatan 4 dan 5.
Program ini mengaplikasikan model pembelajaran dengan pendekatan IB MYP yang berteraskan kurikulum concept-driven ke arah menjadikan pelajar kreatif, kritis dan berfikiran reflektif.
Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah aktiviti-aktiviti yang termasuk dalam Program MYP.
Pelajar yang memilih MRSM Program IB-MYP perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
- Program IB-MYP adalah sebagai nilai tambah dalam pembelajaran
- Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Program IB-MYP bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
- Pelajar tdiak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program IB-MYP
Program SPMRSM MYP ditawarkan di MRSM :-
- Balik Pulau, Pulau Pinang
- Tun Dr Ismail, Pontian
- Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan, Sabah
5. MRSM Program SPMRSM Teknikal – Senarai Program MRSM
SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal dari Tingkatan 1 hingga 3.
Seterusnya semasa di Tingkatan 4 dan 5, pelajar perlu mengambil samada jurusan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Pelajar juga perlu menduduki SPM semasa Tingkatan 5 dan menduduki kertas SPM subjek berkenaan.
Pelajar yang memilih program Teknikal perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
- Subjek Biologi tidak ditawarkan semasa pelajar berada di Tingkatan 4 dan 5 dan digantikan dengan subjek Kejuruteraan
- Pelajar wajib menghabiskan Program Teknikal bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
- Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program Teknikal
Program SPMRSM Teknikal hanya ditawarkan di
MRSM Bentong.
6. MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) – Senarai Program MRSM
MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) menawarkan pendekatan dalam pendidikan yang mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar. Program ini berdasarkan kepercayaan bahawa setiap pelajar yang berkebolehkan tinggi memerlukan program pendidikan khusus sebagai nilai tambah kepada kurikulum sedia ada. Program pintar cerdas (gifted) menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Pelaksanaan model pendidikan pintar cerdas ini adalah bagi memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan intelek, kecekapan berfikir, potensi serta keperluan pendidikan dan bimbingan.
Program MRSM PKP ditawarkan di MRSM:
- MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka
- MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
- MRSM Taiping, Perak
7. MRSM ATM
MRSM ATM menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah kepimpinan melalui aktiviti badan beruniform PKBM. Penerapan disiplin dan etos kepimpinan, pemantapan keyakinan diri dan konsep kendiri serta penerapan nilai asas ketenteraan. Pelajar adalah wajib untuk mengikuti badan beruniform Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).
Pelajar yang memilih MRSM ATM perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
Ianya menawarkan Program Premier sahajaPelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM ATM bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM ATM
Lokasi yang ditawarkan adalah di MRSM ATM Terendak Melaka
8. MRSM PDRM
Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah kepimpinan melalui aktiviti badan beruniform Kor Kadet Polis. Penerapan disiplin dan etos kepimpinan, pemantapan keyakinan diri dan konsep kendiri serta penerapan nilai asas kepolisan. Pelajar wajib mengikuti badan beruniform Kor Kadet Polis.
Pelajar yang memilih MRSM PDRM perlu memahami beberapa perkara berikut :-
Menawarkan Program Premier sahajaPelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM PDRM bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM PDRM
Lokasi yang ditawarkan adalah di MRSM PDRM Kulim, Kedah
Program Yang Ditawarkan (Aliran) Di MRSM Tingkatan 4
Terdapat dua program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) ada dilaksanakan di MRSM iaitu:
1. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA. Senarai MRSM yang menawarkan program ini adalah seperti berikut :-
MRSM yang menawarkan program ini pada peringkat Tingkatan 4 adalah:-
- Arau, Perlis
- Beseri, Perlis
- Merbok, Kedah
- Pendang, Kedah
- Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
- Felda, Trolak Perak
- Lenggong, Perak
- Gerik, Perak
- Pengkalan Hulu, Perak
- Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak
- Jeli, Kelantan
- Kuala Krai, Kelantan
- Pasir Tumboh, Kelantan
- Kuala Berang, Terengganu
- Kuala Terengganu, Terengganu
- Muadzam Shah, Pahang
- Tun Chazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang
- Mersing, Johor
- Muar, Johor
- Kota Kinabalu, Sabah
- Mukah, Sarawak
- Betong, Sarawak
- Tun Mustapha, Tawau, Sabah
- Semporna, Sabah
- Sungai Besar, Selangor
- Besut, Terengganu
- PDRM Kulim, Kedah
- Terendak, Melaka
2. MRSM Program SPMRSM Sains Keusahawanan
Menawarkan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) disamping nilai tambah untuk memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagui memulakan dan melaksanakan perniagaan pelbagai bidang dengan lebih berkesan. Menghasilkan kumpulan pelajar/ individu sebagai penganjur program-program keusahawanan yang berprestij dalam atau luar negara dan menimbulkan peluang pembelajaran keushawanan melalui teknik terkini dan pengalaman sebenar dalam perniagaan.
MRSM Program Sains Keusahawanan dibuka untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja. Pelajar yang mengikuti pengajian di MRSM Program Sains Keusahawanan wajib mengambil subjek SPM Kertas Elektif wajib iaitu Subjek ekonomi dan subjek khas Sains Keusahawanan.
Pelajar yang memilih program ini perlu memahami beberapa perkara iaitu
Subjek Biologi tidak ditawarkan semasa pelajar berada di Tingkatan 4 dan 5Pelajar wajib menghabiskan Program Sains Keusahawanan bermula daripada Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program Sains Keusahawanan
Program SPMRSM Sains Keusahawanan ada ditawarkan di Imtiaz YT Ketengah, Terengganu.
2. MRSM PKP (Program Khas Pendidikan) – Senarai Program MRSM
MRSM PKP memberi ruang serta peluang untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian akademik tinggi bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri mereka hingga mampu menunjukkan ciri-ciri perlakuan bestari (gifted). Ciri-ciri bestari ini dipamerkan melalui interaksi tiga dimensi perlakuan iaitu berkebolehan tinggi (above average) dalam bidang am atau spesifik (termasuk bidang akademik), komitmen dan kreativiti yang tinggi untuk meyempurnakan sesuatu tugasan yang bermakna kepada masyarakat.
Ianya ditawarkan di MRSM
- Tun Ghafar Baba, Melaka
- Pengakalan Chepa, Kelantan
- Taiping, Perak
Semoga perkongsian Senarai Program MRSM iaitu Jenis Aliran yang ada diatawrakan di MRSM Tingkatan 1 dan 4 bermanfaat buat semua. Semoga pelajar MRSM yang diterima masuk dapat belajar bersungguh-sungguh dalam mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.