Contoh Kerangka Kasar Sejarah PT3 2018, Cara buat proses awal tugasan/ kerja kursus/ folio sejarah terbaik masyarakat di tempat tinggal calon

Contoh Kerangka Kasar Sejarah PT3 2018

Kerangka Kasar Penulisan Kerja Kursus Sejarah PT3. Panduan buat murid Tingkatan 3 yang sedang menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 yang bertajuk “Kajian Masyarakat Setempat Di Tempat Tinggal Anda‘. Berikut dikongsikan contoh kerangka kasar Sejarah PT3 buat rujukan pelajar. Kerangka kasar akan dibuat selepas pelajar menjalankan proses awal tugasan iaitu mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan.

Proses Awal Tugasan Sejarah PT3 adalah satu proses di mana pelajar perlu mencari maklumat berkaitan masyarakat tempat kajian yang dipilih dari pelbagai sumber. Pengumpulan maklumat yang tepat mengikut tugasan masyarakat setempat yang telah ditentukan boleh diperolehi dari sumber rujukan primer, sekunder ataupun pihak ketiga (pihak ketiga – contoh individu yang ditemubual). Contoh lain adalah dari majalah, jurnal, brosur, phamplet, internet dan sebagainya.

contoh Kerangka Kasar Sejarah PT3 2018 proses awal

Contoh Kerangka Kasar Sejarah PT3 Tahun 2018 (Kerja Kursus)

Kerangka awal kasar adalah dibina sebagai draf kepada tugasan anda. Penghuraian perlu dibuat serba sedikit secara ringkas isi kandungan dalam tugasan lengkap anda. Tujuan membuat kerangka kasar adalah bagi memudahkan calon menulis / mengolah laporan.

Perkara yang ada dalam kerangka kasar adalah senarai isi-isi penting laporan Masyarakat Setempat yang dinyatakan secara ringkas. Contoh paling mudah bagi penyediaan / susunan kerangka kasar penulisan adalah seperti dibawah

Contoh Kerangka Kasar Sejarah PT3 2018

Contoh kerangka kasar Sejarah PT3 yang lain adalah seperti berikut:-

Kerangka Kasar Tugasan Sejarah PT3

  1. Pengenalan
    • Memperkenalkan kawasan tempat tinggal kajian
    • Lokasi kajian
  2. Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
    • Asal-usul tempat
    • Pengasas/ Tarikh dibuka
    • Populasi penduduk dan pecahan kaum
  3. Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
    • Pekerjaan Penduduk
  4. Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
    • Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan semangat perpaduan penduduk
    • Cabaran untuk megekalkan perpaduan
    • Cadangan untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan
  5. Ulaskan pernyataan tokoh
    • Membuat pemerhatian serta penilaian di kawasan tempat tinggal anda
    • Dari segi semangat persefahaman perpaduan
    • Keunikan budaya serta warisan
    • Keharmonian masyarakat berbilang kaum
  6. Rumusan
    • Pengetahuan
    • Nilai
    • Harapan
  7. Rujukan
    • Senaraikan secara ringkas bahan rujukan
  8. Penilaian Umum

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan panduan dalam menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2018, sila rujuk kepada maklumat di sertakan :-

Selamat menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2018. Moga usaha anda berjaya menghasilkan tugasan yang terbaik.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *