Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2018, contoh terbaik kerangka awal penulisan awal kerja kursus geografi pentaksiran tingkatan 3.

Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2018

Calon pelajar murid Tingkatan 3 perlu menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 pada bulan Julai 2018 berdasarkan kepada Jadual waktu peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 2018 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM. Berikut dikongsikan contoh kerangka kasar Geografi PT3 buat rujukan pelajar.

Proses Awal Tugasan Geografi PT3 adalah satu proses di mana pelajar perlu mencari maklumat berkaitan tajuk kajian yang dipilih dari pelbagai sumber. Pengumpulan maklumat yang tepat mengikut tajuk tugasan yang telah ditentukan seperti pengangkutan awam boleh diperolehi dari sumber rujukan primer, sekunder ataupun pihak ketiga (pihak ketiga – contoh individu yang ditemubual). Contoh lain adalah dari majalah, jurnal, brosur, phamplet, internet dan sebagainya.

Contoh Kerangka Kasar Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 Tahun 2018 (Kerja Kursus)

Kerangka awal kasar adalah dibina sebagai draf kepada tugasan anda. Penghuraian perlu dibuat serba sedikit secara ringkas isi kandungan dalam tugasan lengkap anda. Tujuan membuat kerangka kasar adalah bagi memudahkan calon menulis / mengolah laporan yang dibuat.

Perkara yang ada dalam kerangka kasar adalah senarai isi-isi penting laporan berkaitan dengan tajuk yang dinyatakan secara ringkas. Di antara contoh paling mudah bagi penyediaan / susunan kerangka kasar penulisan adalah seperti dibawah

Contoh Kerangka Kasar Tugasan Geografi PT3 2018

Contoh kerangka kasar kerja kursus Geografi PT3 dari tajuk tahun 2018 dan 2017 adalah seperti berikut:-

  1. Penghargaan : Tugasan yang telah siap perlu mempunyai penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada seseorang individu, pihak yang terlibat dalam membantu memberikan input yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan yang dijalankan oleh pelajar
  2. Pendahuluan/ Pengenalan : Pengenalan menerangkan secara ringkas tentang kawasan kajian dan merangkumi tajuk, sebab-sebab pemilihan kawasan kajian serta latar belakang ciri fizikal dan budaya yang ada di kawasan kajian
  3. Objektif Kajian : Suatu input yang ingin diperolehi mengikut tugasan kajian yang diberikan. Objektif kajian adalah merupakan perkara yang penting dalam suatu bentuk kajian.
  4. Kawasan Kajian : Latar Belakang Kawasan Kajian (Ciri Fizikal, Ciri Budaya)
  5. Kaedah Kajian : Merupakan satu usaha yang dilakukan oleh calon samada secara individu atau berkumpulan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ingin di kaji. Jumlah Kaedah Kajian yang disertakan adalah bergantung kepada apakah kaedah kajian yang telah digunakan dalam menyiapkan sepenuhnya tugasan
  6. Hasil Laporan Kajian :
    • Melukis Dan Mentafsir Peta Lakar Guna Tanah Di Kawasan Kajian
    • Lorekkan Kawasan Guna Tanah Utama di kawasan kajian
    • Menghuraikan Faktor Yang Mempengaruhi Guna Tanah tersebut
    • Menghuraikan kesan guna tanah terhadap alam sekitar
    • Cadangan Usaha-Usaha Untuk Mengatasi Kesan Guna Tanah Di Kawasan Berlorek
  7. Rumusan
  8. Borang Soal Selidik : Menyediakan Borang Soal selidik/ temubual/ temuramah
  9. Sumber : Senaraikan secara ringkas bahan rujukan

Contoh Kerangka Kasar 2

Contoh lain adalah seperti berikut :-

Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2018

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan panduan dalam menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018, sila rujuk kepada maklumat di sertakan :-

Selamat menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018. Moga perkongsian contoh kerangka kasar Geografi PT3 yang disediakan dapat membantu calon untuk menghasilkan tugasan yang terbaik.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *