Jadual Waktu Berbuka Puasa Sabah 2024 Dan Imsak, Lampiran takwim Ramadhan 1445 Hijrah bagi seluruh kawasan/ zon di negeri Sabah

Jadual Waktu Berbuka Puasa Sabah 2024 Dan Imsak (Sahur)

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sabah Tahun 2024/ 1445H. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Sabah beserta maklumat Waktu Imsak tahun 2024 bersamaan dengan tahun 1445 Hijrah buat panduan warga Sabah. Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1445H bersamaan dengan hari Selasa, 12 Mac 2024. Juga dikongsikan jadual waktu berbuka dan Imsak Wilayah Persekutuan Labuan.

Jadual berbuka puasa/ Imsak yang disertakan memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah bagi waktu berbuka dan imsak Negeri Sabah dan seluruh kawasan/ zon yang sewaktu dengannya. Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sabah.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Sabah 2018 Dan Imsak (Sahur)

Jadual Waktu Berbuka Puasa Sabah Dan Imsak Tahun 2024/ 1445H

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Umat Islam adalah wajib untuk mengerjakan puasa dan untuk kemudahan, berikut adalah Jadual Waktu berbuka puasa Sabah dan Imsak 1445H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Sabah untuk tahun 2024 seperti berikut :-

  1. Zon 1 : Bahagian Sandakan (Timur) : Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam
  2. Zon 2 : Bahagian Sandakan (Barat) :Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan Telupid, Tongod Dan Pinangah
  3. Zone 3 : Bahagian Tawau (Timur) : Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak, Dan Lahad Datu
  4. Zon 4 : Bahagian Tawau (Barat) : Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan
  5. Zon 5 : Bahagian Kudat: Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat
  6. Zone 6 : Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M)
  7. Zon 7 : Bahagian Pantai Barat: Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamapruli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar
  8. Zone 8 : Bahagian Pedalaman (Atas) : Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan Dan Keningau
  9. Zon 9 : Bahagian Pedalaman (Bawah) : Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang

Zon 1 : 

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Sabah-Zon-1
NOTA : Muat Turun : Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak 2024 (Sabah)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2 : 

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Sabah untuk Zon 2:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Sabah-Zon-2

Zon 3 : 

Berikut pula adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Sabah untuk Zon 3 buat panduan penduduk Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak Dan Lahad Datu:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Sabah-Zon-3

Zon 4 : 

Zon seterusnya adalah Zon 4 melibatkan kawasan Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Sabah-Zon-4

Zon 5 : 

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Sabah untuk Zon 5:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Sabah-Zon-5

Zon 6 : 

Berikut dikongsikan Jadual untuk Zon 6:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Sabah-Zon-6

Zon 7 : 

Zon seterusnya adalah Zon 7 melibatkan Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamapruli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Sabah-Zon-7

Zon 8 : 

Zon berikutnya adalah Zon 8 melibatkan kawasan Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Sabah-Zon-8

Zon 9 : 

Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Sabah untuk Zon 9:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Sabah-Zon-9

Semoga perkongsian jadual boleh dijadikan panduan buat umat Islam yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak pada bulan puasa Ramadhan di Negeri Sabah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan buat Warga Sabah. Semoga jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2024 yang dikongsikan bermanfaat buat semua. Semoga amalan kita diterima oleh Allah Yang Maha Esa.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *