Cara Mohon Bantuan Musim Tengkujuh Dan Semakan Status BMT. Berita baik buat pekebun kecil dan penoreh getah. Pihak RISDA Malaysia telah membuka kemaskini permohonan Bantuan Musim Tengkujuh atau ringkasnya BMT untuk tahun 2022. Berikut dikongsikan panduan Permohonan BMT 2022 meliputi borang permohonan beserta maklumat syarat kelayakan memohon BMT. Sekiranya terdapat pertanyaan atau masalah sila hubungi Pejabat RISDA berdekatan.
Bantuan yang telah diperkenalkan bermula pada beberapa tahun yang lepas memperuntukkan pembayaran sebanyak RM600 dua kali bayar kepada pekebun kecil yang layak iaitu terjejas akibat kejatuhan harga getah. Untuk tahun ini, jumlah bantuan adalah sebanyak RM600 seperti yang diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi RISDA.
Isi Kandungan
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 dan kemaskini borang secara online sahaja. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan bantuan kewangan bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil terpelihara ketika musim tengkujuh melalui pengisian borang BMT.
Permohonan BMT telah dibuka mulai 9 Mei 2022. Mereka yang layak tetapi masih belum memohon (pemohon baharu), pihak RISDA akan membuka permohonan pada 5 Mei hingga 15 September 2022. Rayuan bagi permohonan yang gagal bermula 16 September hingga 31 Oktober 2022.
Info BMT
- Jumlah : Tahun 2022 RM600. Tahun 2021 : RM600
- Tarikh Bayaran : November & Disember 2022
- Terkini : Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bayaran BMT akan bermula pada 15 November 2022.
Permohonan Baharu BMT 2022
Menurut laman web pekebunkecilmakmur, tempoh pelaksanaan permohonan baharu boleh dibuat mulai 5 Mei hingga 15 September 2022. Kaedah permohonan secara online adalah seperti berikut :
i) Layari Portal Permohonan BMT di pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
- Klik Daftar Pengguna untuk pemohon yang belum mendaftar/ pengguna baharu ATAU
- Log Masuk untuk mereka yang telah mendaftar
ii) Setelah Log Masuk, klik Mohon Bantuan BMT di Dashboard Pengguna
- Isikan maklumat pemohon
- Maklumat Tanah
- Akaun Bank Penerima
- Muat Naik Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan (Hadapan)
- Salinan Kad Pengenalan (Belakang)
- Salinan Geran Tanah Yang Dimohon
- Penyata Bank
- Sila pastikan saiz setiap dokumen yang dinyatakan diatas tidak melebihi daripada 8MB
- Membuat pengesahan
Syarat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022
Untuk syarat tahun 2022, pemilik pengusaha atau penoreh perlu menepati syarat-syarat berikut:-
Pekebun Kecil RISDA (Pemilik Pengusaha)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA (Mempunyai kad pengenalan pekebun kecil (SIC))
- Mempunyai Tanah Keluasan 0.1 Hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat
- Merupakan Pemilik Tanah Yang Sah
- 1 Lot Hanya Seorang Penerima Bantuan Sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh Bukan Pemilik Yang Berdaftar Dengan RISDA
- Menoreh di Lot Keluasan 0.1 Hektar sehingga 2.5 hektar
- Mendapat Pengesahan Pemilik Tanah Yang Sah bagi penoreh
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
- 1 Lot Hanya Seorang Penerima Bantuan Sahaja
*Seorang pekebun kecil atau penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja
**Kaedah bayaran adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak
***Bagi pekebun kecil di bawah Agensi pertanian yang lain, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang BMT 2022 01 (Agensi) dan sertakan serat pengesahan daripada Agensi untuk dihantar ke pejabat Agensi berkenaan seperti: Lembaga Getah Malaysia, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA, KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain
Syarat Terperinci :
Berdaftar dengan RISDA
- Pekebun kecil yang tersenarai di dalam sistem e-SPEK
- Bagi pekebun kecil atau penoreh bukan pemilik yang belum berdaftar dengan RISDA, pengisian borang BMT 2022 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA
- Peserta yang menyertai program yang dilksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diururskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA
Pemilik Tanah Yang Sah
- Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan
- Bagi negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah pemilik tanah berdaftar ke atas surat hak milik tanah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak
- Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hak milik atau pemegang amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh pejabt tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (Mati) dari Risda iaitu Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya (TS20A(Pin.1/96)) dan Surat Sumpah oleh Pihak yang berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS20B(Pin.1/09))
- Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh KPLB serta diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuan pembangunan ladang sejahtera oleh RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDA dan Kerajaan Negeri
Semakan Status Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Status permohonan boleh disemak secara online di pautan e-Bantuan Musim Tengkujuh (e-BMT) berikut:
- Semakan e-BMT (pekebunkecilmakmur.com.my)
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Semak
Semakan Status Permohonan BMT Pejabat RISDA
- Selain cara-cara di atas, Senarai Penerima Bantuan Musim Tengkujuh yang tersenarai di dalam sistem juga boleh disemak di pejabat RISDA berhampiran
*Nota : Jika nama tiada dalam senarai, boleh isi permohonan baru di pejabat Risda dan membawa surat pengesahan daripada agensi masing-masing. Senarai yang layak akan masuk dalam sistem
Dokumen Yang Perlu Disertakan
Bawa bersama salinan dokumen-dokumen atas pengisian borang BMT di sistem maklumat pekebun-pekebun kecil RISDA adalah seperti berikut:
Kad Pengenalan Baru/TerkiniKad Smallholder Identification Card (SIC) – kad kuning RISDA untuk permohonan Pemilik (jika ada)Geran Asal Tanah Yang SahBuku Akaun Bank Yang AktifKad PAT-G (untuk penoreh bukan pemilik)
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan semakan BMT, sila hubungi :-
Bagi mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan RISDA, sila layari Laman Sesawang dan Media Sosial rasmi RISDA atau hubungi Talian Hotline berikut:
TALIAN HOTLINE BMT 2022
03-4251 0171
TALIAN TELEFON UTAMA RISDA HQ
03-42564022
WHATSAPP HELPDESK RISDA HQ
1) https://wa.me/601172703780
2) https://wa.me/601156267691
NOMBOR TALIAN HELPDESK PEJABAT-PEJABAT RISDA NEGERI & SYARIKAT MILIKAN RISDA (SMR)
- Perlis: Pn.Syafiqah
011-28510134
https://wa.me/601128510134 - Kedah: En.Ahmad Teha
019-5101735
https://wa.me/60195101735 - Pulau Pinang : En.Razif
017-5374723
https://wa.me/60175374723 - Perak: En.Zahid
019-5760386
https://wa.me/60195760386 - Selangor: Pn.Fatiha
012-2546226
https://wa.me/60122546226 - N.Sembilan: Pn.Sharina
017-2992001
https://wa.me/60172992001 - Melaka: Pn.Rakinah
013-6214589
https://wa.me/60136214589 - Johor: En.Haziq
017-6832425
https://wa.me/60176832425 - Pahang: Pn.Rafizah
011-15110367
https://wa.me/601115110367 - Terengganu: Pn.Moradila
013-9604989
https://wa.me/60139604989 - Kelantan: Cik.Maziah
019-9925651
https://wa.me/60199925651 - Sabah: Pn.Siti Zaihasrina
017-3822575
https://wa.me/60173822575 - Sarawak: En.Helmi
012-2884847
https://wa.me/60122884847 - SMR: Tn.Hj.Saharudin
019-9380688
https://wa.me/60199380688 - SMR: Tn.Hj.Alias
019-450847
https://wa.me/60194508477
Selamat membuat Permohonan serta kemaskini buat pekebun dan penoreh getah bagi membolehkan menerima bmt. Semoga permohonan bantuan anda berjaya dalam meringkan beban kewangan pada musim tengkujuh nanti.