Maksud B40 M40 Dan T20 Golongan Isi Rumah Mengikut Kumpulan Pendapatan. Apa itu takrif b40 dan jumlah pendapatan bulanan mereka.

Maksud B40 M40 Dan T20 Golongan Isi Rumah Mengikut Kumpulan Pendapatan

Apa itu golongan isi rumah B40, M40 dan T20? Pada pembentangan Bajet 2020 yang lepas, golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) merupakan antara penerima manfaat paling besar belanjawan negara kali ini berbanding golongan pendapatan pertengahan dan tinggi. Jadi apakah maksud B40 M40 dan T20?

Golongan B40 adalah golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara. Menurut statistik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA), Jabatan Perangkaan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2017 (kajian dibuat 2 kali setiap lima tahun), dianggarkan terdapat lebih 6.9 juta isi rumah di bawah kategori B40 dan M40 serta T20 pada tahun 2016 dengan purata saiz isi rumah seramai 4.1 orang.

Maksud B40 M40 Dan T20 Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan

Apakah Maksud B40 M40 Dan T20 (Takrif Golongan Isi Rumah Mengikut Pendapatan)

Takrif atau kelas pendapatan isi rumah boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan julat pendapatan iaitu isi rumah yang memperolehi pendapatan 40 peratus terendah, daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (B40),

Isi rumah yang memperolehi pendapatan 41 peratus kepada 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (M40 – middle 40), dan Isi rumah yang memperolehi pendapatan 20 peratus tertinggi daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (T20).

Secara umum, isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah dikategorikan sebagai B40, manakala golongan M40 adalah dalam kalangan isi rumah berpendapatan di antara RM4,851 sehingga RM10,970 sebulan.

T20 pula merujuk kepada golongan kaya yang mana gaji dan pendapatan isi rumah mereka melebihi RM10,971 sebulan.

Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas 2019

TERKINI 10 Julai 2020 : Menurut Laporan Survei Pendapatan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2019, pendapatan purata di Malaysia adalah RM7,901 manakala pendapatan penengah Malaysia pula sebanyak RM5,873.

Dari sudut pertumbuhan, pendapatan penengah di Malaysia tumbuh 3.9 peratus setahun bagi tahun 2019 berbanding 6.6 peratus pada tahun 2016. Sementara itu, pendapatan purata meningkat lebih tinggi 4.2 peratus pada tahun 2019. Pendapatan isi rumah penengah di bandar mencatatkan peningkatan pada kadar 3.8 peratus daripada RM5,860 pada 2016 kepada RM6,561.

Pada masa yang sama, pendapatan isi rumah penengah di luar bandar turut bertambah pada kadar 3.3 peratus bagi tempoh yang sama iaitu daripada RM3,471 kepada RM3,828. Pendapatan isi rumah purata di bandar pula meningkat 3.9 peratus setahun daripada RM7,671 kepada RM8,635. Manakala di luar bandar, pendapatan isi rumah purata adalah RM5,004 pada 2019, meningkat 0.8 peratus lebih tinggi daripada paras nasional sebanyak 4.6 peratus.

Jumlah Pendapatan Golongan B40, M40 & T20 Terkini 2019

Dapatan survei juga mencatatkan had pendapatan bagi setiap kumpulan pendapatan bagi tahun 2019 adalah seperti berikut :-

Had pendapatan Kumpulan B40 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah adalah RM4,850

Jumlah Pendapatan B40

KumpulanMedianPurataHad Pendapatan
B1RM1,929RM 1,849Kurang daripada RM2,500
B2RM2,786 RM2,803 RM2,501 – RM3,170
B3RM3,556 RM3,561 RM3,171 – RM3,970
B4RM4,387 RM4,395 RM3,971 – RM4,850

Had pendapatan kumpulan M40 yang melibatkan 2.91 juta isi rumah pula adalah di antara RM4,851 hingga RM10,970

Jumlah Pendapatan M40

KumpulanMedianPurataHad Pendapatan
M1RM5,336RM5,346RM4,851 – RM5,880
M2RM6,421 RM6,477RM5,881 – RM7,100
M3RM7,828RM7,841 RM7,101 – RM8,700
M4RM9,695RM9,730 RM8,701 – RM10,970

Sementara itu, sebanyak 1.46 juta isi rumah berada di kumpulan T20 dengan pendapatan melebihi RM10,970.

Jumlah Pendapatan T20

KumpulanMedianPurataHad Pendapatan
T1RM12,586RM12,720RM10,971 – RM15,040
T2RM19,781RM24,293RM15,041 dan lebih

Dari segi agihan pendapatan :-

T20 memiliki 46.8 peratus dari jumlah pendapatan isi rumah berbanding 46.2 peratus pada tahun 2016

Sementara itu, kumpulan M40 memiliki 37.2 peratus, manakala B40 pula hanya menguasai 16.0 peratus dari jumlah pendapatan, berkurangan daripada 16.4 peratus pada 2016.

Kredit : Jadual Pendapatan dari iRujukan

pendapatan b40 m40 t20

Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas 2016 : Maksud B40

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2016,, Garis pemisah berdasarkan pendapatan telah digunakan untuk menentukan ketiga-tiga golongan ini di mana golongan B40 adalah isi rumah pendapatan terendah iaitu RM4,360 dan ke bawah. Manakala isi rumah kumpulan M40 dan T20 adalah masing-masing berpendapatan RM4,361 – RM9,619 dan RM9, 620 dan keatas (Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isirumah 2016).

Penentuan kelas pendapatan di Malaysia iaitu kumpulan B40, M40 dan T20 adalah berasaskan garis pendapatan. Penggunaan garis pendapatan seperti ini telah lama digunakan di Malaysia. Namun, definisi kumpulan pendapatan ini tidak tetap dan istilah B40, M40 dan T20 mewakili peratus populasi negara dan nilai ini mungkin naik atau turun dari tahun ke tahun, bergantung kepada penyata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Berikut adalah maklumat berkaitan maksud B40, M40 dan T20 meliputi jumlah pendapatan dan kepentingan mereka.

NOTA

Pendapatan isi rumah median atau “penengah” adalah pelbagai pendapatan isi rumah yang diatur dari rendah ke tinggi. Pendapatan “purata” pula adalah campuran jumlah semua pendapatan isi rumah dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah

Contoh, di Taman Medan, terdapat lima pendapatan isi rumah iaitu RM4,000, RM8,000, RM12,000, RM16,000, dan RM20,000. Pendapatan isi rumah median adalah RM12,000. Pendapatan penengah digunakan kerana ianya mewakili kawasan yang lebih tepat daripada nombor purata.

Jumlah Pendapatan Golongan B40, M40 & T20 2016

Berdasarkan kepada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA), 2016, kumpulan golongan kumpulan pendapatan di Malaysia ditakrifkan seperti berikut :-

GOLONGAN B40

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40 atau Bottom 40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,360.00. Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai PGK nasional adalah RM950.00 sebulan.
NO PENDAPATAN ISI RUMAH PENENGAH PENDAPATAN ISI RUMAH PURATA
1 3,000 2,848
Kerajaan telah mengambil langkah untuk menangani kemiskinan dan ketidak seimbangan sosioekonomi. Pelbagai program dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan B40 tanpa mengira jantina, kumpulan etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi B40
B40 telah menerima banyak manfaat pada Bajet 2020. dalam usaha mengurangkan kos sara hidup yang amat tinggi di Malaysia terutamanya di bandar. Beberapa inisiatif yang diperkenalkan adalah seperti berikut :-
1. Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk 3 kategori penerima berpendapatan sehingga RM4,000
2. Peningkatan subsidi elektrik isi rumah untuk penggunaan RM20 ke bawah kepada RM40
3. Pengenalan subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta dengan kapasiti 1,500cc dan ke bawah dan pemilik motosikal 125cc dan ke bawah juga sangat diperlukan kerana kebanyakan pemilik kenderaan sebegini adalah daripada golongan B40,
4. Pemansuhan tol motosikal di tiga laluan iaitu di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor, mulai 1 Jan 2019 bakal memberi penjimatan kos perbelanjaan harian golongan B40
5. Lain-lain – Pendidikan dan kesihatan serta Bantuan Skim Peduli Kesihatan dan MySalam

Golongan kedua adalah golongan isi rumah berpendapatan M40 :-

GOLONGAN M40

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (M40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan di antara RM4,360 dan RM9,619
NO PENDAPATAN ISI RUMAH PENENGAH PENDAPATAN ISI RUMAH PURATA
2 6,27 6,502
Golongan kelas pertengahan adalah pemacu kepada ekonomi
Golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan atau M40, adalah sangat penting kepada kesejahteraan negara
M40 adalah tunjang kepada perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta di Malaysia
M40 juga merupakan satu kumpulan yang kritikal untuk sumber manusia, pelaburan dan keusahawanan

Yang ketiga adalah T20 iaitu golongan berpendapatan tinggi.

GOLONGAN T20

Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM9, 620.00 ke atas dan mereka adalah penggerak ekonomi dan majikan kepada M40 dan B40
NO PENDAPATAN ISI RUMAH PENENGAH PENDAPATAN ISI RUMAH PURATA
3 13, 148 16,088
T20 adalah penggerak ekonomi dan majikan kepada M40 dan B40

SUMBER :

LAPORAN PENYIASATAN PENDAPATAN ISI RUMAH DAN KEMUDAHAN ASAS 2016

KUMPULAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN 40% TERENDAH DI MALAYSIA

Bagi mencapai status Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Langkah untuk memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan rendah atau B40 adalah penting. Ini kerana bagi negara yang berstatus berpendapatan tinggi. Masyarakatnya perlulah berada dalam kalangan mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah tinggi dan bukan dalam kalangan B40.

Namun kerajaan perlu juga membantu golongan M40 dan T20 untuk kesejahteraan rakyat. Ianya bagi membantu meningkatkan keadaan eknomi Malaysia pada masa kini dan hadapan.

Moga perkongsian Maksud B40 M40 Dan T20 iaitu Golongan Isi Rumah Mengikut Pendapatan bermanfaat buat semua.

Related : penduduk malaysia top 20, rm2,208 sebulan, untuk membantu, bantuan kerajaan, isi rumah di malaysia, terdapat lima pendapatan isi rumah dan kemudahan asas ppir ka, bulanan kurang daripada pendapatan isi rumah dan kemudahan asas ppir ka, laporan survei pendapatan isi rumah dan kemudahan asas ppir ka, tahun 2019 pendapatan isi rumah dan kemudahan asas ppir ka, kuala lumpur, penyiasatan pendapatan isi rumah di malaysia, terdapat lima pendapatan isi rumah di malaysia,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *