Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 Online & Pemilihan Awal

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2022 Secara Online. Anda berminat untuk berkhidmat di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) atau Navy Malaysia? Berikut dikongsikan maklumat Permohonan TLDM terkini iaitu Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 Online (Siri 225/ 23). Permohonan hendaklah dibuat secara online dan tiada permohonan secara walk-in. Juga dikongsikan maklumat tarikh pemilihan perajurit muda tldm dan lokasi pemilihan awal TLDM.

Menerusi makluman rasmi Facebook Tentera Laut DiRaja Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berkelayakan dan berminat, bujang serta sihat tubuh badan untuk membuat permohonan Pengambilan Perajurit Muda (Ptm) TLDM Siri 225/23 Bagi Lepasan SPM/SVM/SKM (Lelaki & Wanita) Dan Lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki).

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2021 Online

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 Siri 225/ 23 Secara Online (Tentera Laut DiRaja Malaysia)

TERKINI : Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 Kini Dibuka Bagi Lepasan SPM/SVM (Lelaki dan Wanita) dan lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki).

Peluang jadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbuka buat lepasan Diploma! Jangan lepaskan peluang ini, permohonan dibuka dari:

  • Tarikh Buka : 15 Ogos 2022
  • Tarikh tutup: 26 September 2022

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online yang disediakan. Maklumat lanjut, sila rujuk iklan di pautan berikut :-

Pengambilan Terdahulu : Dikongsikan dari Portal Rasmi TLDM, berikut dikongsikan maklumat pengambilan Perajurit Muda TLDM. Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dengan ini mempelawa belia dan beliawanis tanah air yang berminat untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-lain pangkat melalui pengambilan TLDM.

Info

  • Pengambilan : Perajurit Muda TLDM Siri 224/22
  • Lepasan : SPM/SVM/SKM (Lelaki dan Wanita), Diploma Kejuruteraan (Lelaki)
  • Tarikh buka permohonan adalah pada 8 April 2022 sehingga tarikh tutup pada 20 Mei 2022
  • Iklan Permohonan Rujuk FB TLDM

Proses Permohonan

  1. Pemohon perlu mengimas Kod QR untuk mendaftar maklumat awal (Rujuk kod qr di bawah atau klik FB TLDM) atau buka aplikasi permohonan pada pautan di bawah:
  2. Pemohon dikehendaki untuk isi maklumat awal di Lampiran 2
  3. Sila pastikan nombor telefon dan emel yang didaftarkan adalah betul dan tepat
  4. Borang permohonan memasuki perkhidmatan TLDM akan diemelkan kepada pemohon sekiranya berjaya melepasi tapisan maklumat awal
  5. Pemohon perlu melengkapkan borang dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan borang
  6. Pemohon yang berjaya atau gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada bulan Disember 2022
  7. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih.

Nota

Tiada permohonan secara walk-in. Hanya calon yang mendaftar atas talian (online) serta memenuhi syarat yang telah dinyatakan sahaja berpeluang dipilih ke pemilihan.

Mana-mana pemohon yang hadir tanpa pendaftaran atas talian (walk-in) tidak akan dipertimbangkan

Syarat Kelayakan Perajurit Muda TLDM

Untuk membuat Permohonan Laskar Muda TLDM 2022, anda perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

Syarat Kelayakan Umum

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 9 Jun 2023
  2. Lepasan SPM/ SVM : Lelaki & Wanita
  3. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/ Universiti Awam/ Swasta : Lelaki sahaja
  4. Taraf perkahwinan bujang (tidak pernah berkahwin)
  5. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah/ dadah/ juvana

Syarat Kelayakan Akademik

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam Sejarah
    • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
    • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  3. Diploma
    • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu
    • Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
    • Diploma yang diiktiraf oleh MQA adalah seperti berikut :-

kelayakan diploma mohon tldm

Syarat Taraf Kesihatan

  1. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran berada dalam keadaan baik tanpa memakai alat bantuan
  2. Penglihatan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna
  3. Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5sm (Lelaki) dan 4sm (Wanita)
  4. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) dan 46.5 kg (Wanita)
  5. Tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) dan 1.60 meter (Wanita)
    • Cara pengiraan: BMI = Berat (kg) / [Tinggi(meter) x Tinggi(meter)]
  6. Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) dan 18 – 23 (Wanita)

Taraf kokurikulum

  1. Pemohon yang mempunyai sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan mempunyai kemahiran berenang akan diberi keutamaan
  2. Keutamaan juga diberikan terhadap atlit yang sedang aktif mewakili negeri atau negara dalam kejohanan sukan tertentu yang diiktiraf

Gaji/ Elaun/ Keistimewaan Perajurit Muda TLDM

  • Maklumat gaji, elaun dan keistimewaan Perajurit Muda TLDM adalah seperti berikut:

Gaji Permulaan: 

  • Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,774.00
  • Kelulusan SPM/SVM/SKM : RM 1,879.00
  • Kelulusan SPM/SVM/SKM Tahap 2 : RM 1,945.01
  • Kelulusan SPM/SVM/SKM Tahap 3 : RM 2,011.02
  • Kelulusan Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) : RM 2,341.07

Kenaikan Tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
*Jumlah Gaji Termasuk Elaun Khidmat sebanyak RM115 dan Bayaran Insentif Khas ATM sebanyak RM200

Bayaran Elaun Dan Esentif

Bayaran elaun dan insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) adalah seperti berikut:

  1. Elaun Khas Pasukan Khas Laut
  2. Elaun Krew Kapal Selam
  3. Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
  4. Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
  5. Tuntutan Cuti Tahunan

Keistimewaan

Perajurit Muda TLDM akan mendapat keistimewaan seperti di bawah:

  1. Rawatan Perubatan Dan Pergigian
  2. Pakaian Seragam
  3. Waran Perjalanan Tahunan
  4. Sajian Dan Tempat Tinggal Bagi Yang Bujang
  5. Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  6. Peluang Melanjutkan Pengajian Melalui Skim Pengajian Tinggi

𝐒emakan Keputusan Pendaftaran Pemilihan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23

1. Pemohon boleh melayari laman sesawang http://www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan/Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 atau terus ke http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/. Pemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
2. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau Emel ke pengambilantldm@navy.mil.my.
3. Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.

Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TLDM Tahun 2022

*Maklumat tahun 2022 akan dikemaskini kemudian selepas permohonan ditutup

Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut DiRaja Malaysia tahun 2020 yang memaparkan maklumat seperti tarikh dan masa, zon dan lokasi pusat pemilihan setiap zon.

Sila hadir ke pusat-pusat Pemilihan Perajurit Muda TLDM lebih awal pada tarikh yang telah ditetapkan di mana masa Pendaftaran adalah pada jam 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Pakaian semasa temuduga adalah seperti berikut :-

  • Pakaian sukan dan berkasut sukan

Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL seperti berikut :-

    • Kad pengenalan (MyKAD) beserta satu salinan
    • Sijil Kelahiran pemohon beserta satu salinan
    • Salina Kad Pengenalan (My Kad) ibu dan bapa beserta satu salinan
    • Penyata Sijil SPM/ SVM/ SKM beserta satu salinan
    • Sijil Berhenti Sekolah beserta satu salinan
    • Sijil Sokongan (Penglibatan sukan/ persatuan/ lain-lain) beserta satu salinan
    • Pemohon diwajibkan membawa sampul Pos Ekspress

Pusat Pemilihan Perajurit Muda TLDM Tahun 2020/ 2021

Berikut adalah senarai pusat pemilihan yang memaparkan tarikh, hari, lokasi dan pusat pemilihan.

1) Zon Tengah

  • Akan dikemaskini : MSS Kem Mahkota Kluang
  • Akan dikemaskini : Sekolah Menengah Teknik Melaka, Melaka
  • Akan dikemaskini : Kem Sendayan, Sendayan Negeri Sembilan
  • Akan dikemaskini : Markas 11 Briged, Kem Sungai Buloh, Selangor
  • Akan dikemaskini : Markas 12 Briged, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur

2) Zon Sabah

  • Akan dikemaskini : KD Sri Sandakan, Sandakan, Sabah
  • Akan dikemaskini : KD Sri Kota Kinabali, Kota Kinabalu, Sabah

3) Zon Sarawak

  • Akan dikemaskini : Pangkalan Udara, Kuching, Kuching Sarawak
  • Akan dikemaskini : 20 RAMD, Kem Sri Miri, Miri, Sarawak

Cara Hubungi TLDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Markas Tentera Laut
    Cawangan Strategi Dan Perkhidmatan Sumber Manusia – Khidmat Bantuan
    Wisma Pertahanan
    Jalan Padang Tembak,
    50634 KUALA LUMPUR
    (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
    Telefon: 019-2104163
    Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
    Laman Web: www.navy.mil.my

Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 siri 225/ 23 Online kepada mereka yang berminat dan berkelayakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan kali ini.

Tinggalkan Komen