Berita baik buat pelajar Tahun Enam 2023 yang ingin memasuki Sekolah Kawalan Tingkatan 1 (Form 1). Bermula pengambilan tahun 2018, tiada lagi permohonan Sekolah Kawalan – KRK. SMKA. SABK. KAA secara atas talian/ online. Ibu bapa/ penjaga perlu mengisi permohonan melalui borang manual yang akan diedarkan oleh Sekolah Rendah dimana permohonan seterusnya akan dilengkapkan oleh Guru Kelas (Sekolah Rendah) melalui APDM.
Sekolah Kawalan Menengah meliputi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK).
Terkini: Berdasarkan Kenyataan Media, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan kemasukan murid ke Sekolah seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi tahun 2023. Sistem permohonan ke tingkatan 1 dan 4 secara single entry point ini melibatkan permohonan secara berpusat dan kaedah pentaksiran standard secara berpusat.
Isi Kandungan
Cara Membuat Permohonan Sekolah Kawalan Tahun 2023
Berikut dikongsikan panduan permohonan Sekolah Kawalan kemasukan Tingkatan 1 2023 untuk pelajar tahun enam 2022. Bagi tahun 2023, maklumat akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman dikeluarkan oleh KPM.
Permohonan SMKA 2023
Bagi tahun 2023, maklumat permohonan SMKA adalah seperti berikut:
- Mula : 30 September 2022
- Tutup :30 November 2022
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama bagi tahun pengambilan 2023 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi KPM seperti di bawah
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my
Berikut adalah keterangan mengenai perincian lanjut permohonan SMKA bagi ambilan tahun 2023:
Permohonan Sekolah Kawalan 2021 (Tarikh Penting)
- Mula : –
- Tutup : –
- Seperti dinyatakan, tiada lagi permohonan ke Sekolah Kawalan Menengah secara dalam talian (online) bermula ambilan tahun 2018
- Semua calon akan diberikan borang permohonan manual KRK001 bagi tujuan pengisian pilihan sekolah, calon akan mengisi pilihan aliran yang dipohon dan perlu diserahkan kepada guru kelas masing masing untuk tindakan permohonan. Pengisian borang permohonan Sekolah Kawalan 2019 boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga dalam bulan September 2019. Tarikh borang permohonan dikeluarkan / diedarkan adalah bergantung kepada pengurusan sekolah anak masing-masing
- Pelajar hanya perlu mengisi maklumat pencapaian ko-kurikulum, pencapaian akademik dan mengisi pilihan permohonan. Maklumat asas pemohon telah diambil dari sistem pangkalan data murid dan murid tidak perlu mengisi maklumat asas permohonan KRK001 yang TIDAK dikembalikan akan dianggap sebagai calon tidak memohon
- Borang permohonan KRK001 yang TIDAK dikembalikan akan dianggap sebagai calon tidak memohon
*Nota : Tarikh permohonan adalah berbeza bagi setiap negeri. Pemohon perlu rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri bagi tarikh yang tepat.
Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan informasi berkaitan permohonan Sekolah Kawalan daripada pihak sekolah.
Senarai Negeri
- PERLIS
- KEDAH
- PULAU PINANG
- PERAK
- KL
- PUTRAJAYA
- SELANGOR
- NEGERI SEMBILAN
- MELAKA
- JOHOR
- PAHANG
- TERENGGANU
- KELANTAN
- SARAWAK
- SABAH
Permohonan dan kemasukan ke program khas 2021 adalah berdasarkan kepada “State Base” dan “District Base”, permohonan dan penempatan adalah kawalan negeri sepenuhnya. Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah akan menyelaras permohonan, memproses dan menawarkan tempat kepada calon-calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Permohonan SMAN
Pelajar UPSR juga boleh membuat permohonan kemasukan ke SMAN melalui pautan URL berikut :-
- PERLIS
- KEDAH
- PULAU PINANG
- PERAK
- KL
- PUTRAJAYA
- SELANGOR
- NEGERI SEMBILAN
- MELAKA
- JOHOR
- PAHANG
- TERENGGANU
- KELANTAN
- SARAWAK
- SABAH
Semak Tawaran Sekolah Kawalan 2022
Hebahan dan keputusan boleh disemak melalui laman web Pejabat Pendidikan Daerah yang menguruskan permohonan kemasukan (application). Calon calon yang layak juga boleh mencetak surat –surat tawaran melalui laman web tersebut diatas.
Pejabat Pendidikan Daerah juga akan mencetak semua surat tawaran dan akan mengedarkan melalui sekolah asal ( sekolah rendah asal) permohonan dibuat. Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan pada Minggu Ke-2 Disember 2021.
Selamat membuat permohonan Sekolah Kawalan 2023. Moga permohonan anda berjaya.