Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2023 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2023 Online. Perhatian buat Tahun Enam (6) yang berminat dan berkelayakan untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2023. Berita baik buat anda, Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia akan memaklumkan tarikh Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2023 Online Tingkatan Satu (1) melalui applikasi e-SSeM pada satu tarikh pada bulan Julai 2022.

Kepada ibu bapa yang ingin tahu, Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi. Sekolah Seni Malaysia menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2022 Online Tingkatan Satu
Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2023 Online Tingkatan Satu (1)

Pengambilan murid dilaksanakan setiap tahun melibatkan murid Tingkatan Satu yang akan ditempatkan di empat (4) buah Sekolah Seni Malaysia dan satu (1) buah sekolah menengah yang menawarkan Program Pendidikan Seni.

Sebagai panduan buat ibu bapa dan pelajar, berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2023 yang boleh di mohon secara online.

  • Applikasi Permohonan : Klik e-SSeM

Pemohon boleh merujuk kepada dokumen berikut untuk panduan membuat permohonan :-

Tempoh Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2023

  • Tarikh Buka : 20 Julai 2022
  • Tarikh Tutup : dilanjutkan sehingga 3 Oktober 2022

*Nota : Tarikh yang tepat (RASMI) seperti dimaklumkan di Portal Rasmi KPM

Check Tawaran ke SSeM

  • Tarikh akan dikemaskini, tahun sebelum ini semakan bermula 14 Februari 2022
  • Cara check status application Sekolah Seni Klik CHECK STATUS

Syarat Kelayakan Memohon Sekolah Seni Malaysia 2021 Form 1

Berikut adalah syarat permohonan eSSEM 2023 :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  3. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  4. Calon mesti dari sekolah kerajaan/bantuan kerajaan
  5. Menghadiri uji bakat (Sesi Serlahan Seni)

Permohonan ini adalah terbuka kepada murid-murid Tahun Enam yang bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja

Syarat Kemasukan SSeM

  1. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan
  2. Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)- akan dikemaskini
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan. Anda boleh hubungi

  • Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03-88721620 atau layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.

Selamat membuat Permohonan. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SSeM seperti yang dihajatkan.

Tinggalkan Komen