Perhatian kepada murid Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 3 tahun 2020. Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah baharu bagi permohonan kemasukan melalui single-entry point. Sebagai panduan buat semua, berikut adalah perkongsian berkaitan Permohonan Sekolah Khusus 2021 termasuk semakan PKSK Online.
Untuk makluman, Sekolah Khusus KPM adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Justeru, bagi mereka yang berminat untuk menempatkan diri di salah satu Sekolah Khusus KPM hendaklah memohon melalui cara-cara permohonan yang dikongsikan di bawah. Tambahan pula, satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat pada Oktober 2020 digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2021 PKSK Online
KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.
TERKINI: KPM telah mengadakan sidang media pada 10 November 2020, mengumumkan bahawa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dipinda pada tarikh 20 hingga 29 Januari 2021 bagi kemasukan Tingkatan 1. Manakala pentaksiran bagi kemasukan Tingkatan 4 ditunda dan dilaksanakan pada 15 hingga 25 Februari 2021. Keputusan pentaksiran bagi Tingkatan 1 akan diumumkan pada 17 Mac 2021 dan bagi Tingkatan 4 akan diumumkan pada 5 April 2021.
Di bawah adalah maklumat seperti tarikh-tarikh penting dan cara memohon kemasukan ke Sekolah Khusus 2021 PKSK Online serta berkaitan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk rujukan semua.
Tarikh Penting Permohonan & Semakan PKSK 2021
TARIKH PENTING PERMOHONAN & SEMAKAN PKSK 2021 | ||
PERKARA | TINGKATAN 1 | TINGKATAN 4 |
Permohonan dalam talian | 7 September hingga 2 Oktober 2020 | 7 September hingga 2 Oktober 2020 |
Semakan Pusat PKSK | ||
Pelaksanaan PKSK | ||
Keputusan Tawaran | ||
Pendaftaran Pelajar | ||
Rayuan Permohonan |
Pautan Borang Online Sekolah Khusus
Seperti yang dinyatakan oleh KPM, pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus KPM bagi ambilan tahun 2021 perlu memohon melalui satu applikasi yang sama seperti di pautan https di bawah:
- Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 (https spskt1.moe.gov.my)
- Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 (https spskt4.moe.gov.my)
Semasa membuat permohonan, pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid (sama seperti APDM) dan nombor MyKad penjaga utama yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk memasuki sistem. Hal ini supaya padanan dapat dibuat oleh sistem dengan maklumat murid yang terdapat dalam pangkalan data murid APDM.
Selain itu, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah sama ada SBP, SMKA, SMT, KV atau MTD, jenis aliran, pengkhususan sekolah, kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan dan pusat pentaksiran pilihan. Beberapa butiran lain yang perlu didaftarkan bagi memohon dan menduduki PKSK secara berpusat bagi kemasukan Tingkatan 1 2021 serta lepasan pelajar Tingkatan 3 2020 yang layak memohon setelah PT3 dibatalkan.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus akan menjalani satu pentaksiran berpusat sebagai proses pemilihan pelajar ke sekolah yang dimohon. Berdasarkan kenyataan media oleh KPM, sebanyak 555 buah pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM.
Berikut merupakan format PKSK untuk rujukan pelajar:
- Terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan).
- Bahagian A akan dilakukan secara dalam talian menggunakan item objektif aneka pilihan dan mempunyai wajaran skor sebanyak 20%.
- Bahagian B juga akan dilakukan secara dalam talian dan menggunakan item objektif aneka pilihan serta mempunyai wajaran skor 70 %. Bahagian ini mencakupi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.
- Bahagian C pula menggunakan kaedah bertulis dan subjektif yang akan dilakukan di pusat pentaksiran serta mempunyai wajaran skor sebanyak 10%.
- Pelaksanaan PKSK akan dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi. Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Semakan Pusat PKSK1 & 4
Semakan Pusat PKSK bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat bermula 8 Januari 2021 di sistem permohonan sekolah khusus.
Pelajar diingatkan supaya semak dan cetak slip menduduki pentaksiran pada laman permohonan yang dinyatakan diatas dan patuhi tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan. Semakan status PKSK akan dilaksanakan adalah mustahak kerana tiada ujian ulangan. Di bawah adalah Jadual Sesi Pentaksiran Sekolah Khusus PKSK yang ditetapkan oleh KPM:
Sila bawa bersama kad pengenalan, slip dan alat tulis serta berpakaian seragam sekolah lengkap ketika menghadiri pentaksiran. Pastikan juga pelajar dalam keadaan sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
Semakan Keputusan Sekolah Khusus
Sekiranya pelajar berkelayakan dan terpilih untuk mendapat tempat di salah satu sekolah khusus yang dimohon, pelajar boleh melakukan semakan keputusan permohonan di:
- Bermula 12 Mac 2021
- Bermula pada 5 April 2021
Rayuan Permohonan Sekolah Khusus
Pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan boleh membuat rayuan pada aplikasi yang sama untuk membuat semakan tawaran mengikut tarikh berikut:
- Rayuan permohonan kemasukan Tingkatan 1 dibuka pada
15 hingga 29 Januari 2021tarikh yang akan dikemaskini - Rayuan permohonan kemasukan Tingkatan 4 dibuka pada
5 hingga 19 Februari 2021tarikh yang akan dikemaskini
Carta Alir Permohonan PKSK KPM 2021
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan sebarang pertanyaan berkaitan permohonan bagi ambilan tahun 2021 sila rujuk pautan di bawah:
- Soalan Lazim (FAQ) PKSK
- No. Telefon Bahagian Pengurusan SBP : 03 8217 400
- No. Telefon Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional : 03 8884 5154
- No. Telefon Bahagian Pendidikan Islam : 03 8321 7200
- No. Telefon Unit Pengambilan Dan Promosi MTD : 03 8946 5562/ 5565
Selamat membuat Permohonan PKSK Online kepada pelajar yang berminat. Diharapkan permohonan anda berjaya diterima.