Berita baik buat pelajar lepasan UPSR yang ingin menyambung pelajaran ke sekolah elit pertama di bawah kerajaan Negeri Terengganu iaitu Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu (SMIYT), permohonan kemasukan boleh dilakukan secara atas talian (Online). Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan dan maklumat penting lain untuk kemasukan tingkatan 1 ke SMIYT ambilan tahun 2019.
Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu merupakan sekolah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan IMTIAZ Yayasan Terengganu. Sekolah ini menawarkan pendidikan selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan (bidang sains) yang diintegrasikan secara bersepadu dengan hafazan Al-quran dan pendidikan agama.
Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu
Berikut adalah senarai sekolah SMIYT :-
- BESUT : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- KEMAMAN : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- KUALA BERANG : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- KUALA TERENGGANU : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- SETIU : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- KUALA NERUS : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- MARANG : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- DUNGUN : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
Cara Membuat Permohonan Kemasukan ke SMIYT 2019
Permohonan bagi kemasukan ke SMIYT bagi tingkatan 1 ambilan 2019 boleh dilakukan secara atas talian (online) di pautan yang disediakan seperti berikut:
NOTA: Hanya calon yang bekelayakan dan memohon secara online sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga
TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE SMIYT AMBILAN 2019 | |||
TARIKH BUKA | PERMOHONAN DI TUTUP | ||
29 NOVEMBER 2018 | 1 DISEMBER 2018 | ||
*Nota : Tarikh Permohonan dibuka setelah keputusan UPSR 2018 diumumkan |
Syarat-Syarat Kemasukan SMIYT
Yayasan Terengganu telah bersetuju untuk menetapkan syarat kemasukan ke SMIYT adalah UPSR 6A. Walau bagaimanapun, sedikit kelonggaran diberikan kepada rakyat Terengganu sahaja iaitu syarat minimum yang dipersetujui adalah 4A 2B bermaksud hanya mereka yang mendapat 4A 2B, 5A 1B dan 6A sahaja yang layak untuk memohon. Tawaran kemasukan juga tertakluk kepada keputusan UPSR dan keputusan temuduga serta syarat kelayakan kemasukan lain seperti berikut:
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE SMIYT | ||
![]() | ||
![]() | ||
– ibu atau/dan bapa dilahirkan di Terengganu; ATAU | ||
– ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tetap tinggal di Terengganu | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ||
Pihak pengurusan berhak menolak permohonan sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas |
Maklumat Lanjut Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi maklumat seperti berikut:
- Telefon : 09-622 1733
- Faks : 09-623 2944
- Emel : info@yt.gov.my
- Alamat : Pengarah, Yayasan Terengganu, Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu (u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz)
Semakan Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2019 Tingkatan 1 bagi panggilan temuduga dan surat tawaran penempatan boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi SMIYT. Diucapkan selamat maju jaya buat calon-calon yang memohon dan semoga mendapat keputusan yang terbaik.