Apa Itu Guru Interim, Guru Sandaran Dan Guru Ganti? Pengambilan guru dan Maksud istilah guru interim termasuk cikgu sandaran dan cikgu ganti.

Apa Itu Guru Interim, Guru Sandaran, Guru Ganti?

Perhatian buat semua rakyat Malaysia khususnya yang menceburi bidang pendidikan. Adakah anda tahu apakah perbezaan antara guru interim, guru sandaran dan guru ganti? Bagaimana pula dengan peranan atau tugas mereka dalam sesebuah sekolah? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Apa Itu Guru Interim, Guru Ganti dan Guru Sandaran?

Guru adalah tenaga pengajar yang utama dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau kelas bimbingan. Dalam era serba baru ini, istilah guru juga digunakan untuk menggambarkan seseorang yang mempunyai kepakaran dalam sesebuah bidang seperti pengurusan dan bisnes. Secara asasnya, guru hendaklah mahir dalam sesuatu subjek atau mata pelajaran dan diperkukuh lagi dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi (Satu proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat seni serta sains dalam penyampaian isi kandungan).

apa itu guru interim

Apa Itu Guru Interim, Guru Sandaran Dan Guru Ganti? – Maksud Istilah

Profesion perguruan merupakan suatu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Menjalani kehidupan di era serba moden ini menjadikan peranan dan tanggungjawab seorang guru itu semakin mencabar. Peranan seorang guru amat penting dalam membantu membina akhlak dan sahsiah seorang pelajar.

Selain itu, sekiranya guru atau cikgu menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama, perpaduan kaum dapat dicapai. Hal ini kerana guru sering dilihat sebagai seorang individu yang baik dan perlu dicontohi. Arahan dan ajaran daripada guru mudah untuk dijadikan panduan dan akan diingati oleh para pelajar selalu.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan apa itu guru interim, guru sandaran dan guru ganti buat rujukan semua:

Guru Interim

  1. Guru interim merupakan suatu status di mana sama seperti penjawat awam yang lain iaitu mereka layak menerima segala ganjaran kewangan serta faedah sampingan.
  2. Namun begitu, mereka tidak menikmati status perkhidmatan secara tetap.
  3. Seorang guru interim yang bertugas tidak dikira sebagai berkhidmat secara tetap yang bermaksud mereka tidak akan memperoleh senioriti dan gratuiti (hitungan sagu hati persaraan).
  4. Keputusan temuduga SPP yang akan menentukan tarikh lantikan tetap guru interim sama ada bermula dari tarikh temuduga atau diundur sehingga sama dengan tarikh penempatan secara interim.
  5. Guru Interim yang berminat untuk dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 perlu mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh interim dan layak  menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri KDC tertakluk peruntukan semasa Jabatan

Berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan jawatan Guru Interim yang mempunyai kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda meliputi elaun serta kemudahan yang layak & tidak layak diterima sebagai rujukan.

Maklumat adalah berdasarkan kepada iklan pengambilan :-

Maklumat Jawatan Guru Interim KPM DC41

  1. Jawatan/ Gred: Guru Interim/ Gred DC41
  2. Bayaran Elaun Bulanan: RM 2,149.03 bagi ijazah kepujian
  3. Elaun Tetap dan Kemudahan yang dinyatakan di bawah ini mengikut syarat dan kadar yang sedang berkuat kuasa seperti berikut bagi yang LAYAK:
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2006
    • Bantuan Sara Hidup berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012
    • Bayaran Insentif Pedalaman berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 atau Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2016 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman)
    • Elaun Balik Kampung berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 6 Tahun 2014 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman)
    • Elaun dan kemudahan bagi pegawai yang bertugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013
    • Elaun Perumahan Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (Pindaan Kadar)
    • Bayaran Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (Pindaan Kadar)
    • Caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019
  4. Kemudahan lain:
    • Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C
    • Cuti Penggal Sekolah Bergaji Penuh
    • Cuti Rehat Khas
    • Rawatan perubatan dan pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-klinik Kerajaan untuk diri sendiri sahaja tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa
  5. Elaun & Kemudahan yang TIDAK LAYAK diperolehi:
    • Imbuhan Tetap Perumahan, Rawatan perubatan di luar negeri, Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer, Cuti separuh gaji, Cuti tanpa gaji, Cuti bersalin, Cuti belajar, Cuti kecederaan, Cuti kerantina, Cuti Tibi, Kusta dan Barah, Cuti tanpa rekod dan Cuti haji

Guru Sandaran

  1. Guru Sandaran merupakan seseorang yang bertugas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesuatu tempoh untuk mengisi kekosongan.
  2. Mereka belum dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
  3. Selain itu, Guru Sandaran hanya menerima bayaran dalam bentuk elaun bulanan sahaja.
  4. Terdapat dua jenis Guru Sandaran iaitu Guru Sandaran Terlatih (GST) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

A) GURU SANDARAN TERLATIH

  1. Guru Sandaran Terlatih (GST) adalah guru yang baru tamat pengajian dan sedang dalam proses untuk mendapat pengesahan kepada jawatan yang sebenar.
  2. Selain kelulusan akademik yang mendapat pengiktirafan Kerajaan, Guru Sandaran Terlatih juga hendaklah mempunyai kelayakan ikhtisas yang diiktiraf dan kelayakan Bahasa Melayu. Pelantikan GST ini diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia KPM
  3. Jawatan Guru Sandaran Terlatih diberikan kepada semua guru yang baru posting dan yang memiliki ijazah akan dikumpulkan dalam kategori gred DG41
  4. Apabila telah lulus temuduga SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) dan mendapat pengesahan jawatan, pemansuhan jawatan sebagai Guru Sandaran Terlatih akan berlaku
  5. Jawatan GST tersebut digantikan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi gred DG41
  6. Buat makluman semua, jawatan GST tidak terhad kepada sekolah sahaja. Jika seseorang memilik ijazah dalam bidang lain yang menepati kelayakan, mereka juga boleh memohon di institusi politeknik di Malaysia

B) GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH

  1. Guru Sandaran Tidak Terlatih pula merupakan istilah yang digunakan untuk individu yang berminat dan memohon untuk menjadi guru tetapi tiada kelayakan dalam bentuk sijil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan.
  2. Mereka hanya mempunyai kelayakan akademik dan kelayakan Bahasa Melayu sahaja.
  3. Pelantikan GSTT diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Jabatan/Bahagian yang berkenaan. Antaranya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Khas, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
  4. Secara lazimnya, golongan ini akan ditugaskan sebagai guru ganti yang akan menampung kekurangan guru di sekolah.
  5. Tugas Guru Sandaran Tidak Terlatih bergantung pada kontrak dan tempoh masa yang terhad.
  6. Perkhidmatan mereka juga boleh ditamatkan pada bila-bila masa

Guru Ganti

  1. Seperti gelarannya, Guru Ganti adalah guru yang menggantikan tempat guru lain yang tidak dapat berada di sekolah pada suatu-suatu masa tertentu.
  2. Mereka membantu untuk mengisi kekosongan tatkala guru-guru terlatih mengambil cuti sakit, bersalin atau menghadiri kursus
  3. Kekosongan sementara yang berlaku ini ditampung dengan khidmat Guru Ganti yang majoritinya terdiri daripada pelajar lulusan SPM atau STPM.
  4. Guru Ganti tidak memiliki sebarang latihan ikhtisas dan hanya dilantik secara kontrak.
  5. Jika terdapat kekosongan selama minimum 28 hari, barulah sekolah dibenarkan mengambil guru ganti

Permohonan Guru Ganti 2023 Pengambilan Personel MySTEP (Guru Ganti) Tahun 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggunakan inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) untuk menawarkan jawatan guru ganti di sekolah seluruh Malaysia. MySTEP adalah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek secara kontrak di kementerian, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Berikut dikongsikan info berkaitan MySTEP untuk pengetahuan semua:

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

  • Minimum satu bulan dan maksimum dua belas bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (khusus untuk sektor awam)

Syarat-Syarat MySTEP Guru Ganti 

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (bukan siswazah) atau 18 – 35 tahun (siswazah)
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
  • Syarat Tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM), Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi,  IV Senawi
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti bahasa CIna : Kepujian Bahasa Cina (SPM)
  • Keutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan

Kadar upah gaji

Gaji untuk perkhidmatan guru ganti akan bergantung kepada tahap kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh MySTEP seperti berikut:

  • SPM : RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Diploma, STPM, STAM : RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Ijazah : RM2,1000 (termasuk KWSP dan PERKESO)

Di bawah dikongsikan kekosongan guru ganti di bawah inisiatof MySTEP yang ditawarkan pejabat-pejabat pendidikan daerah:

1) Kekosongan Guru Ganti Pejabat Pendidikan Daerah Klang :

  • Tarikh tutup permohonan pada 19 Mac 2023
  • Pemohon perlu mencetak dan lengkapkan borang seperti di bawah, sertakan sekeping gambar pasport, salinan kad pengenalan, salinan surat kelahiran dan salinan kelayakan akademik yang disahkan oleh pegawai kerajaan Kumpulan A
  • Borang yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Klang.

2) Kekosongan Guru Ganti Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas :

3) Kekosongan Guru Ganti Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah :

3) Kekosongan Guru Ganti Pejabat Pendidikan Daerah Miri :

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan bidang pendidikan, rujuk butiran di bawah:

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Apa itu Guru Interim, Guru Sandaran, dan Guru Ganti dapat menambahkan pengetahuan anda terhadap bidang perguruan. Diharap agar penjelasan ini memberi manfaat buat semua.

Related : syarat kelayakan
syarat tambahan bagi guru ganti bahasa tamil kepujian bahasa tamil spm
pendidikan islam kepujian bahasa
berumur antara 18 30 tahun bukan siswazah dan 18 35 tahun siswazah
sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
warganegara malaysia
sekurang kurangnya kepujian dalam empat 4 mata pelajaran termasuk bahasa malaysia di peringkat spm
spm bahasa arab tinggi dan agama islam
stpm diploma dan ijazah
pejabat pendidikan daerah ppd
islam kepujian bahasa arab spm bahasa arab tinggi
kurang kepujian
memiliki latihan ikhtisas perguruan
agama islam tinggi iv senawi
kepujian bahasa cina spm

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *