Permohonan SMAN Perak 2023 Online Kemasukan Ke Tingkatan 1

Perhatian buat pelajar lepasan UPSR yang baru sahaja mengambil keputusan Tahun 6 2022 dan sedang mencari peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah, di sini ada berita baik buat anda yang berkelayakan. Permohonan untuk kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak bagi ambilan 2023 telah dibuka. Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan SMAN Perak 2023 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 secara online.

Seperti kebanyakan negeri di Malaysia yang lain, Negeri Perak juga mempunyai Sekolah Menengah Agama Negeri yang diletakkan di bawah pemantauan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Di samping menjalankan Kurikulum Arus Perdana, terdapat dua jenis aliran yang ditawarkan mengikut sekolah iaitu Kurikulum Bersepadu Dini di 3 Sekolah Menengah Agama Negeri dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz di 5 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan

Permohonan SMAN Perak 2022 Online Kemasukan Ke Tingkatan 1

Tarikh Penting Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan SMAN Perak ambilan tahun 2023 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 :-

  • 27 Oktober 2022 : Tarikh buka permohonan
  • 30 November 2022 : Tarikh tutup permohonan
  • akan dikemaskini *15 November 2021 : Tarikh semak permohonan
  • akan dikemaskini *20 hingga 22 November 2021 : Ujian bertulis
  • akan dikemaskini *Disember 2021 : Ujian hafazan bagi calon yang memilih Aliran Kurikulum Bersepadu Tahfiz
  • Akan dikemaskini : Semakan Keputusan dan Tawaran
  • Akan dikemaskini : Rayuan permohonan
  • Akan dikemaskini : Pendaftaran pelajar

*Tarikh tahun sebelum ini sebagai rujukan

Syarat Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak

Berikut adalah syarat pada tahun ini sebagai rujukan:

  1. Warganegara Malaysia dan Tahun Enam tahun 2022 (12 tahun)

Senarai Nama Sekolah Menengah Agama Negeri Perak

Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Perak untuk kemudahan para pemohon:

SMAN (SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI) – ALIRAN KBD

  1. Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (L)
  2. Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (P)
  3. Sek. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg. Gajah (L/P)

SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN – ALIRAN KBT

  1. Sekolah. Menengah. Tahfiz Darul Ridzuan, Manjung (L)
  2. Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Kuala Kangsar (L)
  3. Sekolah. Menengah. Tahfiz Darul Ridzuan, Lenggong (L)
  4. Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Kerian (P)
  5. Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Batang Padang (P)

Cara Membuat Permohonan SMAN Perak Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2023

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak bagi ambilan 2023 boleh dilakukan secara atas talian (online) bermula pada 27 Oktober 2022 melalui pautan aplikasi permohonan dan semakan keputusan tawaran seperti berikut:

NOTA: Permohonan adalah secara online. Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh semak secara online di laman permohonan atau ke pejabat di alamat berikut:

  • Tingkat 7, Bahagian Pendidikan
  • Jabatan Agama Islam Perak
  • Kompleks Islam Darul Ridzuan
  • Jln Panglima Bukit Gantang Wahab
  • 30000, Ipoh, Perak.

Makluman

  1. Sila masukkan No.KP/Passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama atau membuat semakan status permohonan
  2. Klik butang SEMAKAN untuk pengesahan No.KP/Passport
  3. Sekiranya No.KP/Passport tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar. Ibu/bapa boleh membuat permohonan baru dengan klik butang DAFTAR DISINI

Semoga berjaya buat calon-calon yang membuat permohonan SMAN Perak 2023 dan semoga apa yang dikongsikan dapat sedikit sebanyak membantu memberi panduan kepada yang berminat untuk memohon.

Tinggalkan Komen