Semakan Keputusan UUM Mac 2024 Ambilan Kedua, Cara semak tawaran ke universiti utara malaysia 2nd intake lepasan diploma ke degree.

Semakan Keputusan UUM Mac 2024 Online

Tarikh Semakan Tawaran Ke UUM Mac 2024 Online Ambilan Kedua. Panduan buat pelajar yang telah membuat application ke Universiti Utara Malaysia (UUM) ambilan Mac 2024 (2nd intake). Berdasarkan kepada tarikh keputusan tahun lepas, Semakan Keputusan UUM ambilan Mac 2024 dijangka boleh disemak secara atas talian/ online sekitar minggu ketiga bulan yang akan dikemaskini. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Hal Ehwal Akademik UUM (HEA) untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Intake ke UUM ambilan kedua telah dibuka dari 18 Disember 2023 hingga 1 Februari 2024. Ianya dibuka kepada pelajar lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti untuk mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda. Pengambilan seterusnya adalah untuk intake ke Universiti Awam (UA), ILKA dan Politeknik melalui Upuonline.

Semakan Keputusan UUM Februari 2019 Online

Cara Semak Keputusan Tawaran Ke UUM Ambilan Mac 2024 Secara Online

Terdapat beberapa Universiti Awam (UA) yang lain selain UUM yang ada membuka ambilan kedua Februari/ Mac 2024 seperti UiTM, UNIMAP, UIAM, UM, UMK, UPSI dan UTM. Maklumat lanjut boleh dirujuk di

Semakan Keputusan UUM Mac 2024 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Semakan tawaran ke UUM Mac 2024 untuk pengambilan kedua/ 2nd intake. Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh keputusan, applikasi semakan dan maklumat kursus pengajian yang ditawarkan.

  1. Tarikh Semakan : 11 Mac 2024 (Isnin) Mulai jam (12.00 tengah hari)
  2. Applikasi Semakan : asisonline.um atau Tawaran Baru
    • Isikan No Kad Pengenalan dan tekan butang Capaian

Sila layari Laman Web Jabatan Hal Ehwal Akademik, UUM dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan status application UUM.

Program Yang Ditawarkan Untuk Ambilan Kedua UUM Mac 2024

Terdapat sebanyak 20 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan pada pengambilan kedua UUM Mac 2024.

  • Maklumat kursus pengajian yang ditawarkan termasuk nama program, pusat pengajian dan kolej akademik boleh di rujuk di KURSUS UUM.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan informasi berkaitan Universiti Utara Malaysia, sila layari Laman Facebook UUM Official. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pendaftaran ke UUM, sila hubungi no telefon di 04 928 3309/ 3323/ 3324/ 3334 atau email ke admission_ug@uum.edu.my

Selamat membuat checking status UUM Mac 2024 Online. Semoga pemohon berjaya mendapat tawaran ke UUM untuk ambilan kedua sesi 2023/ 2024. Selamat menyambung pengajian tinggi anda di Universiti Utara Malaysia.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *