Berita baik buat pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf yang ingin memasuki UA atau gagal dalam permohonan dan rayuan UPU sesi ambilan 2022-2023. Berikut dikongsikan senarai Senarai Universiti Yang Menawarkan Pengambilan Kedua (second intake) untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta setaraf.
Pemohon yang berhasrat untuk menyambung pengajian tinggi mereka ke Universiti Awam (UA) tempatan kini diberikan peluang sekali lagi untuk kemasukan pengambilan kedua (second intake) ambilan Februari dan Mac 2023.
Isi Kandungan
Universiti Awam Yang Membuka Pengambilan Kedua Sesi 2022-2023 Untuk Lepasan SPM & STPM/ Setaraf
Beberapa buah Universiti Awam (UA) terpilih di Malaysia ada menawarkan kemasukan pengambilan kedua buat pelajar.
Permohonan kemasukan kebiasaannya dibuka sekitar bulan September/ Oktober/ November 2022 dan pelajar perlu membuat permohonan terus ke UA yang berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.
Senarai Universiti Yang Menawarkan Pengambilan Kedua Sesi 2022-2023
Berikut adalah senarai Senarai Universiti Yang Menawarkan Pengambilan Kedua (second intake) untuk pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf sesi 2022-2023.
Nota*
Untuk memohon dan panduan permohonan, sila klik LINK UA yang disertakan.
1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Kemasukan: Februari 2023
- Pemohon dari lulusan SPM/Setaraf dan STPM /Setaraf
- Permohonan terus melalui Laman Web UIAM e-Admission bermula dari 17 Oktober 2022 hingga 13 Februari 2023
2. Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Kemasukan Mac 2023
- Tarikh permohonan dibuka bermula dari 18 Disember hingga 1 Februari 2023
- Permohonan terus melalui Laman Web UUM
3. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Pemohon dari lulusan STPM /Setaraf
- Kemasukan Mac 2023 Untuk Lepas STPM/Diploma/Setaraf
- Permohonan UiTM ambilan kedua melalui Laman Web UiTM dari 31 Oktober 2022 hingga 30 November 2022
4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Kemasukan untuk Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
- Pemohon dari lulusan STPM /Setaraf
- Permohonan UPSI Februari 2023 melalui Laman Web UPSI bermula dari 1 November 2022 hingga 11 Disember 2022.
5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Kemasukan Mac 2023
- Lepasan STPM/Diploma/setaraf
- Permohonan UTHM ambilan kedua melalui Laman Web UTHM bermula dari 10 November 2022 hingga 5 Disember 2022
6. Universiti Malaya (UM)
Tahun 2021-2022 akan dikemaskini (jika terdapat pengambilan)
- Ambilan Februari 2018
- Lepasan STPM/ setaraf
- Permohonan UM Februari melalui Laman Web Kemasukan e-Pohon bermula dari 30 Oktober hingga 13 November 2017.
7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Kemasukan Februari 2023
- Lepasan STPM/Diploma/Setaraf
- Permohonan UTM Februari 2022 melalui Laman Web UTM bermula dari 1 November 2022 hingga 31 Disember 2022
8. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Ambilan Februari 2023
- Lepasan Diploma sahaja
- Permohonan UMK Februari 2023 melalui Laman Web UMK bermula dari 7 November 2022 hingga 7 Disember 2022
9. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
- Ambilan Mac 2023
- Lepasan STPM/ setaraf
- Permohonan UTeM Mac 2023 melalui Laman Web UTeM bermula dari Januari 2023
10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Ambilan Mac 2023
- Lepasan STPM/ setaraf
- Permohonan USIM Mac 2023 melalui Laman Web USIM sehingga 31 Disember 2022 sahaja
11. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Pengambilan kedua sesi 2022/2023
- Kemasukan Februari 2023
- Program Sarjana Muda
- Permohonan UMP Ambilan Kedua melalui Laman Web UMP bermula 1 November 2022 hingga 15 Disember 2022
12. Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
- Kemasukan Februari 2023
- Lepasan STPM/ setaraf
- Permohonan JPPKK melalui Laman Web JPPKK bermula dari 3 Oktober 2022 hingga 2 Disember 2022
Semoga Senarai Universiti Yang Menawarkan Pengambilan Kedua sesi 2022-2023 boleh dijadikan buat pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke UA terpilih. Selamat membuat permohonan kemasukan ambilan kedua UA dan didoakan semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti.