Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia, Contoh soalan, cadangan jawapan dan cara menjawab sejarah kertas 3 spm bab 4 tingkatan 5.

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia. Berikut dikongsikan Contoh Soalan dan Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 3 Tingkatan 5 Bab 4.

Tema/Tajuk 11.2 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia 

  • (Huraian Sukatan Pelajaran dan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 4)

Tugasan Umum

Pembinaan negara dan bangsa Malaysia ke arah kemunculan negara Malaysia yang berdaulat. Pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946 telah menunjukkan penyatuan masyarakat terhadap penjajahan British.

Tugasan Spesifik

Pembinaan negara dan bangsa Malaysia ke arah kemunculan negara Malaysia yang berdaulat. Pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946 telah menunjukkan penyatuan masyarakat terhadap penjajahan British. Bincangkan perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan usaha melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu pada hari ini.

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia kertas 3 sejarah spm

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia (Sejarah Kertas 3 SPM Bab 4 Tingkatan 5)

Peringatan : Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah :-

KERANGKA JAWAPAN

FORMATPERINCIANMARKAH
 PENGENALAN1. (a) Pentadbiran Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
(b) Dasar perlindungan British terhadap orang Melayu sebelum pengenalan Malayan Union
 5M
 ISI DAN HURAIAN2. Sebab-sebab pengenalan Malayan Union 15M
 3. Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 10M
 4. Reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union 30M
 5. Kejayaan Malaysia mengekalkan perpaduan kaun dan mengelak perbalahan etnik menjadi contoh kepada negara lain 10M
 6. Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi menjalin perpaduan yang lebih erat. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut 10M
 –7. Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut
 10M
 –8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union 5M
KESIMPULAN9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :-

  • Pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang bersatu padu
 5M

Berikut adalah cadangan/ skema jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia untuk Sejarah Kertas 3 SPM bab 4:-

CADANGAN JAWAPAN

1. PENGENALAN

  • (a) Pentadbiran Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
    • F1 – terbahagi kepada tiga unit pentadbiran
    • F2 – Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
    • F3 – Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
    • F4 – Negeri-Negeri Selat (NNS)
  • (b) Dasar perlindungan British terhadap orang Melayu sebelum pengenalan Malayan Union
    • F1 – Menerima negeri Melayu, Raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu
    • F2 – Menerima adat istiadat, agama Islam dan bahasa Melayu sebagai budaya Tanah Melayu

2. PEMAHAMAN

Sebab-sebab pengenalan Malayan Union

  • F1 – Persediaan membentuk kerajaan sendiri
    • H1a – selepas digabungkan, Tanah Melayu akan diberi latihan berkerajaan sendiri
    • H1b – selaras dengan Piagam Atlantik 1945
  • F2 – Melahirkan pentadbiran yang licin
    • H2a – pentadbiran negeri-negeri yang berasingan menyebabkan perbezaan aspek pentadbiran
    • H2b – pembangunan tidak seragam dan seimbang
  • F3 – Menjimatkan kos pentadbiran
    • H3a – Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
    • H3b – melibatkan kos pentadbiran yang tinggi
  • F4 – Membentuk bangsa Malayan Union
    • H4a – pendatang melupakan negara asal
    • H4b – memberi kesetiaan kepada Malayan Union
    • H4c – Memastikan sumber tenaga dan pelaburan yang berterusan
    • H4d – menjamin penguasaan penuh terhadap ekonomi Tanah Melayu
  • F5 – Mengawal kuasa politik orang Melayu
    • H5a – menguasai pentadbiran negeri
    • H5b – melantik Pesuruhjaya Negeri yang mengambil alih peranan raja dan pembesar Melayu

3. MENGANALISIS

  • Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union
    • F1 – Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat disatukan
    • F2 – Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union
    • F3 – Sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura layak menjadi rakyat Malayan Union
    • F4 – Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
    • F5 – Seorang Gabenor British dilantik oleh Ratu England untuk mengetuai Malayan Union
    • F6 – Merupakan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh pemerintah pusat yang kuat
    • F7 – Pentadbiran tertakluk kepada Parlimen British di London.
    • F8 – Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union
    • F9 – Pesuruhjaya mengetuai pentadbiran di peringkat negeri
    • F10 – Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu dan berkuasa dalam agama Islam dan adat istiadat Melayu

Contoh soalan dan Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia sejarah kertas 3 spm bab 4 : Reaksi penduduk terhadap Malayan Union

4. MENGAPLIKASI

Reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union.

  • F1 – Penulisan melalui akhbar-akhbar Melayu
    • H1a – menyuarakan bantahan
    • H1b – secara berterusan H1c – seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara
  • F2 – Mengadakan demontrasi
    • H2a – secara damai
    • H2b – semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja di Kota Bharu Kelantan dan Alor Setar Kedah
  • F3 – Melalui persatuan-persatuan Melayu
    • H3a – dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union
    • H3b – surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
    • H3c – menghantar telegram
  • F4 – Peranan Dato’ Onn Ja’afar
    • H4a – menyeru diadakan kongres pada 23 Januari 1946
    • H4b – menubuhkan United Malays Organization (U.M.O)
    • H4c – sebagai benteng menentang Malayan Union
  • F5 – Mengadakan Kongres Melayu
    • H5a – diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946
    • H5b – di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
    • H5c – dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Tanah Melayu H5d – mencadangkan penubuhan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
  • F6 – Menubuhkan UMNO
    • H6a – Dato’ Onn Ja’afar menjadi Presiden UMNO pertama
    • H6b – ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru
    • H6c – menentang penubuhan Malayan Union
  • F7 – Kongres Melayu Kedua
    • H7a – pada 30 hingga 31 Mac 1946
    • H7b – membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946
    • H7c – berkabung selama 7 hari
    • H7d – Raja memulau majlis perasmian
  • F8 – Mengadakan rapat umum
    • H8a – di setiap bandar besar
    • H8b – ketika kehadiran ahli Parlimen British
    • H8c – L.D.Gammans dan David Reese Williams
  • F9 – Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar
    • H9a – menyatakan bantahan kepada ahli parlimen tersebut
  • F10 – Tindakan tegas orang Melayu
    • H10a- mendorong British berunding dengan UMNO
    • H10b- membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1948

5. MENILAI

Kejayaan Malaysia mengekalkan perpaduan kaum dan mengelak perbalahan etnik menjadi contoh kepada negara lain

  • F1 – Mengekalkan keamanan negara
  • F2 – Menjamin keselamatan negara
  • F3 – Menarik kemasukan pelaburan asing
  • F4 – Menarik kedatangan pelancong luar
  • F5 – Memajukan perdagangan antarabangsa
  • F6 – Kestabilan politik dan ekonomi
  • F7 – Tidak berlaku rusuhan kaum
  • F8 – Tiada peperangan
  • F9 – Perkembangan pesat institusi pendidikan
  • F10 – Kadar pengangguran yang rendah
  • F11 – Peluang pekerjaan yang banyak
  • F12 – Pembentukan parti politik yang dianggotai pelbagai kaum

6. MENJANA IDEA

  • Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi menjalin perpaduan yang lebih erat. buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
    • F1 – Menghapuskan perselisihan faham antara kaum
    • F2 – Merapatkan hubungan antara kaum
    • F3 – Menjaga kepentingan semua kaum
    • F4 – Mengutamakan kepentingan negara mengatasi kepentingan diri dan kaum sendiri
    • F5 – Menjadi pemangkin kepada pembentukan negara bangsa Malaysia
    • F6 – Melahirkan masyarakat yang mengamalkan sikap kesamaan dan kekitaan
    • F7 – Mengukuhkan perasaan hormat-menghormati dan saling mempercayai antara kaum
    • F8 – Semua kaum menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama
    • F9 – Setiap rakyat menganggap Malaysia sebagai tanah air sendiri dan tidak ada kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan
    • F10 – Menghapuskan perasaan tidak puas hati mana-mana kaum kerana semua rakyat merupakan bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju untuk memajukan negara

Seterusnya, Skema jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia adalah melibatkan cabaran, iktibar dan rumusan

 

7. CABARAN

Menjana Idea – Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. Cabaran yang dihadapi :-

  • F1 – Penyebaran maklumat palsu dan fitnah melalui internet
  • F2 – Pengaruh asing
  • F3 – Kepelbagaian budaya dan agama
  • F4 – Sistem pendidikan pelbagai aliran
  • F5 – Perbezaan fahaman politik

Langkah untuk mengatasi :

  • F6 – Pengenalan Konsep 1Malaysia
  • F7 – Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • F8 – Menjunjung prinsip Rukun Negara
  • F9 – Kerjasama politik melalui Barisan Nasional
  • F10 – Menggalakkan amalan kerjasama kaum seperti sambutan hari terbuka dan gotong-royong

8. IKTIBAR

Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union.

  • F1 – Bersatu teguh bercerai roboh
  • F2 – Mengutamakan perpaduan
  • F3 – Tegas mempertahankan pendirian
  • F4 – Mempunyai perancangan yang strategik
  • F5 – Sanggup berkorban demi bangsa dan negara
  • F6 – Menjalinkan kerjasama tanpa mengira pangkat dan kedudukan

9. RUMUSAN

  • F1 – Penentangan orang Melayu terhadap pengenalan Malayan Union telah membuka mata British untuk memulakan rundingan dengan UMNO dan Raja-raja Melayu
  • F2 – British akhirnya bersetuju untuk menarik balik Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu
  • F3 – Kesungguhan dan perpaduan orang Melayu telah memaksa British menarik balik Malayan Union
  • F4 – Kejayaan Malaysia mengekalkan perpaduan kaum telah memberi manfaat kepada kestabilan ekonomi dan politik negara lain
  • F5 – Setiap rakyat harus mengamalkan konsep 1Malaysia yang mementingkan nilai kebersamaan dan kekitaan demi melahirkan bangsa dan negara yang bersatu padu

Semoga perkongsian Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia boleh dijadikan rujukan dalam menjawab Kertas 3 Sejarah SPM dengan cemerlang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *