Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Contoh soalan dan skema jawapan sejarah kertas 3 spm.

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Panduan buat calon peperiksaan SPM tahun 2018 yang sedang mengulangkaji mata pelajaran Sejarah, Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan Pembinaan Negara Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Ianya adalah tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM (1249/3) tahun 2018 yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang juga bertajuk Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

Tema umum Sejarah Kertas 3 yang dikeluarkan oleh LP KPM adalah sebagai persediaan buat calon/ pelajar dalam menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 pada bulan November/ Disember yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan SPM nanti.

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia kertas 3 sejarah spm

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat (Sejarah Kertas 3 SPM)

Tema / Tajuk : 8. 1 Bab 8 – Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan

  • Soalan : Pelbagai rancangan dan dasar ekonomi telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum dan selepas merdeka. Sejauh manakah dasar ekonomi dapat memupuk perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Bincangkan.

Peringatan; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;-

SKEMA JAWAPAN SEJARAH KERTAS 3 SPM : PEMBINAAN NEGARA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanLatar belakang pembangunan ekonomi di Malaysia

1. Pengenalan

Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita.

5
Isi dan huraianMemahami rancangan pembangunan ekonomi di negara kita

2. Terangkan rancangan pembangunan Lima Tahun yang telah dilaksanakan dalam Tahap 1 (1956-1970) :

  • i. Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) (10 m)
  • ii. Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) (10 m)
  • iii. Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) (10m)
30
Menganalisis pencapaian ekonomi dalam Rancangan Malaysia keempat3. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu membangunkan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Keempat15
Usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan melalui dasar dasar pembangunan ekonomi4. Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat15
Kejayaan dasar-dasar ekonomi dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.5. Pada pendapat anda, sejauhmanakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat?10
Cabaran dan langkah-langkah dalam memupuk perpaduan

6. i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat (5 m )

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 m)

10
Nilai-nilai murni/ iktibar/ patriotisme daripada perkembangan ekonomi negara7. Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan

8. Rumusan

  • Pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5

Peraturan Pemarkahan Tingkatan 5 Bab 8

Soalan : Pelbagai rancangan dan dasar ekonomi telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum dan selepas merdeka. Sejauhmanakah dasar ekonomi dapat memupuk perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Bincangkan.

KERANGKA JAWAPAN PEMBINAAN NEGARA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT
SOALANISI DAN HURAIANMARKAH
1

Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita

  • F1 Kerajaan British memperkenalkan pelbagai dasar hanya untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka
  • F2 British mengaut keuntungan daripada sistem ekonomi moden tersebut
  • F3 Sistem ekonomi moden yang diperkenalkan terlalu asing kepada penduduk peribumi
  • F4 Penduduk peribumi yang berasaskan ekonomi sara diri ketinggalan
  • F5 Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu menghadapi kepincangan ekonomi dan sosial
  • F6 Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun
  • F7 Dimulakan oleh kerajaan Perikatan
  • F8 Peringkat awal tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar
  • F9 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  • F10 Untuk membasmi kemiskinan
  • F11 Menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum
  • F12 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
  • F13 Menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000
  • F14 Rancangan Pembangunan Lima Tahun diwujudkan secara bersepadu untuk pembangunan negara

[ 14 x 1m = mak 5m ]
5 markah

5
2

Terangkan rancangan pembangunan Lima Tahun yang telah dilaksanakan dalam Tahap 1 (1956-1970)

i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

  • F1 Diperkenalkan sejak sebelum merdeka
  • F2 Matlamat membangunkan kawasan luar bandar
  • F3 Supaya jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar dirapatkan
  • F4 Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar
  • F5 Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah
  • F6 Tumpuan rancangan Malaya Pertama memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial dan awam
  • F7 Dalam sektor ekonomi pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian
  • F8 Penanaman semula getah digalakkan
  • F9 Hasil pertanian dipelbagaikan
  • F10 Perusahaan melombong bijih timah diperluaskan
  • F11 Dalam sektor sosial, seperti kebersihan, pendidikan dan perhubungan diberi perhatian
  • F12 Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis dan lain diberi tumpuan
  • F13 Strategi pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama ialah penubuhan agensi kerajaan
  • F14 RIDA dan FELDA ditubuhkan
  • F15 Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
  • F16 Menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam pembangunan kawasan luar bandar
  • F17 Pencapaian rancangan Malaya Pertama kurang memberansangkan
  • F18 Kerana ancaman komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan perbelanjaan negara disalurkan untuk keselamatan negara
  • F19 Kejatuhan harga komoditi getah di pasaran dunia

ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

  • F20 Merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama
  • F21 Masih memberi penekanan kepada penduduk luar bandar
  • F22 Bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar
  • F23 Mengurangkan kadar kemiskinan
  • F24 Meningkatkan taraf hidup rakyat
  • F25 Memberi tumpuan kepada penyedian infrastruktur sosial
  • F26 Seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan
  • F27 Menyediakan peluang pekerjaan
  • F28 Strateginya menggiatkan peranan FELDA
  • F29 Program pembukaan tanah FELDA dipergiatkan
  • F30 Mempelbagaikan hasil pertanian negara untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan bahan makan import dipergiatkan
  • F31 FAMA ditubuhkan pada 1965
  • F32 FAMA berperanan membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani
  • F33 Mewujudkan Bilik Gerakan di Kuala Lumpur
  • F34 Untuk menyelaraskan pembangunan negeri, daerah dan kampung
    Pengenalan Buku Merah
  • F35 Yang mempunyai program pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian program pembangunan

iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

  • F36 Merupakan rancangan pembangunan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia
  • F37 Memberi tumpuan pada integrasi nasional
  • F38 Memastikan semua program pembangunan memfokus pada kesejaheraaan rakyat
  • F39 Bersifat bersepadu merangkumi semua bidang ekonomi
  • F40 Mempelbagaikan ekonomi sektor pertanian dan perindustrian
  • F41 Strategi pembangunan pertanian iaitu pembukaan tanah baru
  • F42 Usaha pembukaan tanah baru oleh FELDA semakin pesat
  • F43 Mewujudkaan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara
  • F44 FELCRA ditubuhkan pada 1965
  • F45 Bertujuan membantu FELDA dalam pembangunan ekonomi luar bandar
  • F46 Strategi pembangunan perindustrian dengan menubuhkan MARA pada 1966
  • F47 MARA menggantikan RIDA
  • F48 Matlamatnya membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian
  • F49 Strategi MARA menambah guna tenaga Bumiputera
  • F50 Meningkatkan ekuiti bumiputera
  • F51 Menyediakan kemudahan asas Bumiputera
  • F52 Penubuhan Bank Bumiputera
  • F53 Untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan
  • F54 Penubuhan PERNAS pada 1969
  • F55 Bertujuan menggiatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan
  • F56 MARDI ditubuhkan 1969
  • F57Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi meningkatkan hasil pertanian kecuali getah
  • F58 MIDA ditubuhkan pada 1967
  • F59 Untuk pembangunan perindustrian
  • F60 Akta Pelaburan 1969
  • F61 Menggalakkan kemunculan industri baru
  • F62 Rancangan Malaysia pertama terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969

[ 62 x 1m = mak 30m ]

30
3

Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam Rancangan Malaysia Keempat

  • F1 Rancangan Malaysia Keempat turut mendukung aspirasi DEB
  • F2 Walaupun rancangan ini dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi namun rancangan ini tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga
  • F3 Rancangan Malaysia Keempat memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal
  • F4 Penggunaan teknologi tinggi
  • F5 Keperluan tenaga pekerja mahir
  • F6 Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan sektor perindustrian ialah penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
  • F7 Perbadanan industri berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada akhir tahun 1980
  • F8 HICOM berperanan mengenalpasti, memula, dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti mana yang dikendalikan oleh sektor swasta F9 Pembukaan kawasan perusahaan baru bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing, kawasan perusahaan baru dibuka di Senai, Johor/ Senawang,Negeri Sembilan/ Bintulu, Sarawak/ Menggatal & Likas, Sabah
  • F10 Pengisytiharan Zon Perdagangan Bebas
  • F11 Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Sungai Way (Selangor)
  • F12 Pelancaran Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian
  • F13 Kajian Dasar Perindustrian Malaysia telah mengenalpasti kelemhan dalam struktur perindustrian negara 
  • F14 Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industrinya dan strategi pelaksanaannya
  • F15 Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Keempat bertujuan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara
  • F16 Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan
  • F17 Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
  • F18 Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumipitera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada tahun 1981
  • F19 Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan pertanian, iaitu perngenalan Dasar Pertanian Negara (DPN)
  • F20 Dasar Pertanian Negara (DPN) dibentuk pada tahun 1984 untuk memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
  • F21 Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan Keluaran Dalama Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8% setahun
  • F22 Pendapatan Perkapita meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4,000 juta pada tahun 1985

[ 20 x 1m = mak 15m ]

15
4

Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

  • F1 Meningkatkan pendapatan sektor pertanian semua kaum ke tahap maksimum
  • F2 Pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap
  • F3 Pengurusan yang berkesan
  • F4 Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil
  • F5 Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk di eksport
  • F6 Pembukaan tanah-tanah baru seperti FELDA untuk semua kaum
  • F7 Penglibatan sektor swasta dalam pembangunan negara
  • F8 Perkongsian kepakaran dalam syarikat
  • F9 Sektor swasta mengutamakan kepentingan nasional 
  • F10 Pihak kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan 
  • F11 Kerajaan memudahkan perkhidmatan / perusahaan / kepentingan / pelaburan / kuasa tertentu kepada sektor swasta
  • F12 Merapatkan jurang ekonomi luar bandar
  • F13 Membangunkan kawasan luar bandar
  • F14 Memaksimumkan penglibatan semua kaum dalam sektor ekonomi
  • F15 Melaksanakan program usahawan
  • F16 Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
  • F17 Menyediakan kemudahan sosioekonomi untuk semua kaum
  • F18 Menghapuskan dasar berat sebelah dalam komuniti
  • F19 Peluang ekonomi untuk semua kaum

Mana-mana yang munasabah

[ 19 x 1m = mak 10m ]

15
5

Pada pendapat anda, sejauhmanakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat

  • F1 Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum/ kawasan/ wilayah
  • F2 Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
  • F3 Menambahkan pendapatan
  • F4 Menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi
  • F5 Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
  • F6 Program pembangunan kawasan luar Bandar diteruskan
  • F7 Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
  • F8 Penubuhan MARA
    • H8a Membantu usahawan bumiputera
    • H8b Menambah guna tenaga bumiputera
    • H8c Meningkatkan ekuiti bumiputera
    • H8d Menyediakan kemudahan asas kepada bumuputera
  • F9 Membantu golongan petani
  • F10 Menggalakkan perkembangan perusahaan/ perdagangan/memajukan bandar
  • F11 Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara /LPN
    • H11a Menstabilkan harga padi
  • F12 Penubuhan Kemajuan Ikan Malaysia/LKIM
    • H12a Membangunkan / meodenkan industry perikanan
    • H12b Meningkatkan taraf hidup nelayan
  • F13 Perbadanan Pembangunan Bandar / UDA
  • H13a Membangunkan Bandar
  • F14 Penubuhan RISDA
    • H14a Membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan
    • H14b Penanaman semula getah
  • F15 Lembaga PErtubuhan Peladang / LPP
    • H15a Membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi
  • F16 PETRONAS
  • H16a Memajukan sector perindustrian dan perniagaan berkaitan dengan petroleum
  • F17 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
  • H17a Menggalakkan perindustrian dan perdagangan
  • H17b Menyediakan tapak perindustrian/perubahan/ruang pejabat/kedai
  • F18 Lembaga Kemajuan Johor Tenggara / KEJORA
  • F19 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah /KETENGAH
  • F20 Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara /DARA
  • F21 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan /KESEDAR
  • F22 Perbadanan Industri Berat Malaysia/HICOM
  • F23 Penubuhan kawasan perusahaan baru
  • C23a Senai Johor/Senawang Negeri Sembilan/ Bintulu Sarawak/ Menggatal dan Likas Sabah
  • F24 Zon perdagangan bebas diperkenalkan
  • C24a Bayan Lepas Pulau Pinang/ Sungai Way Selangor
  • F25 Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
  • F26 Pelan Induk Perindustrian
  • F27 Dasar Penswastaan Malaysia
  • F28 Dasar Pensyarikatan Malaysia
  • F29 Permodalan Nasional Berhad /PNB
  • F30 Skim Amanah Saham Nasional /BSN
  • F31 Dasar Pertanian Negara /DPN
  • F32 Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia
  • F33 Pelancaran TAhun Melawat Malaysia
  • F34 Penyelidikan dan Pembangunan / R&D
    F35 Menggalakkan rakyat mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman
  • F36 Mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar
  • F37 Memberi bantuan pinjaman modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
  • F38 Memberi subsidi kepada petani dan usahawan/ industri desa
  • F39 Menyediakan teknologi canggih/ inovasi
  • F40 Meningkatkan bilangan pekerja mahir
  • F41 Meningkatkan taraf hidup rakyat
  • F42 Menggalakkan kemasukan pelabur asing melalui taraf perintis/ kemudahan prasarana/ infrastruktur
  • F43 Mewujudkan kawasan-kawasan perindustrian
  • F44 Mewujudkan bandar-bandar baru di seluruh negara
  • F45 Menjalankan penyelidikan (R&D)
  • F46 Meneruskan dan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia
  • F47 Meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan
  • F48 Mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta
  • F49 Melengkapkan rakyat Malaysia dengan pelbagai kemahiran selaras dengan peluang semasa

( Mana-mana yang munasabah )

10
6

i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat (5 markah)

  • F1 Jurang ekonomi antara kaum
  • F2 Pembangunan tidak seimbang antara bandar dan luar bandar
  • F3 Sentimen perkauman yang menebal.
  • F4 Campur tangan anasir luar.
  • F5 Tiada sokongan padu terhadap pembangunan kerajaan
  • F6 Terkongkong dengan ekonomi tradisional
  • F7 Kurang penghayatan terhadap unsur-unsur patriotisme
  • F8 Tiada sikap berdaya saing
  • F9 Sikap memilih kerja
  • F10 Kurang jati diri
  • F11 Masalah pemasaran pemasaran
  • F12 Bencana alam. Contoh banjir dan bencana alam

( Mana-mana yang munasabah )

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 markah)

  • F1 Menganjurkan program motivasi / ceramah / kempen / aktiviti kemasyarakatan.
  • F2 Melibatkan semua kaum dalam pembangunan negara.
  • F3 Memantapkan lagi institusi pendidikan.
  • F4 Menaik taraf infrastruktur.
  • F5 Menghayati dasar-dasar pembangunan negara.
  • F6 Memperkasakan pembangunan ekonomi di setiap wilayah.
  • F7 Kemudahan kredit lebih longgar.
  • F8 Memantapkan institusi keluarga
  • F9 Melahirkan semangat berdaya saing 
  • F10 Pemasaran melalui e-dagang
  • F11 Penglibatan FAM
  • F12 Konsep Kedai 1 Malaysia
  • F13 Meningkatkan peranan koperasi

Mana-mana yang munasabah

10
7

Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara

  • F1 Berkemahiran tinggi
  • F2 Gigih berusaha
  • F3 Berdaya saing
  • F4 Bijak merebut peluang
  • F5 Mengukuhkan perpaduan
  • F6 Berani menghadapi risiko
  • F7 Tabah menghadapi cabaran
  • F8 Kerjasama
  • F9 Semangat patriotisme yang jitu
  • F10 Kreatif/ inovatif
  • F11 Kebijaksanaan pemimpin
  • F12 Bertanggungjawab mana-mana yang munasabah

( 10 markah )

10
8

Rumusan

  • F1 Pengetahuan yang diperolehi
  • F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
  • F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang cemerlang
5

Selamat mengulangkaji mata pelajaran dan membuat persediaan dalam menjawab soalan Sejarah Kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini. Moga usaha keras anda berjaya menghasilkan keputusan peperiksan yang cemerlang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *