in

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

Panduan Mengisi Borang E-Filling Cukai Pendapatan LHDN. Berita baik buat pembayar cukai yang ingin menggunakan kaedah penghantaran borang cukai pendapatan yang mudah, cepat dan selamat. Berikut dikongsikan panduan cara isi borang e-Filling cukai pendapatan LHDN secara online. Pada tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun merupakan tarikh untuk penghantaran borang cukai pendapatan untuk kategori BE iaitu seorang individu Warganegara Malaysia yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan dalam tahun yang ditaksir.

Untuk makluman, e-Filing adalah satu kaedah untuk menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) secara elektronik melalui Internet. Walaupun tidak wajib (kecuali Borang E), pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya merupakan kemudahan atas talian yang sungguh cepat.

cara isi efilling borang cukai pendapatan lhdn

Panduan Mengisi Borang e-Filling Cukai Pendapatan Secara Online

Berikut adalah panduan buat mereka yang tidak pernah (pertama kali) atau lupa dalam menggunakan sistem e-Filling cukai pendapatan online. Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran semasa mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF. Tarikh akhir hantar borang e-Filling cukai pendapatan untuk taksiran tahun 2017 boleh dirujuk pada maklumat Tarikh Akhir Hantar e-filling 2018.

Cara Isi Borang e-Filling Cukai Pendapatan LHDN Online

Berikut dikongsikan panduan cara langkah-langkah dalam mengisi borang cukai pendapatan secara online melalui ezHASiL.

Langkah 1 (Log Masuk)

Fungsi ini digunapakai oleh pengguna samada individu atau organisasi. Setiap pengguna mestilah
mengaktifkan No.PIN dahulu pada Login Kali Pertama bagi memperoleh sijil digital terlebih dahulu.

  • Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.
  • Sila masukkan No.Pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat, dan klik butang Hantar.

Layari Laman Web ezHasil di pautan berikut :-

ATAU

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

2. e-Borang

Pengguna akan dipaparkan skrin Perkhidmatan apabila telah berjaya log masuk sistem ezHASiL.

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

i. Skrin eBorang

Klik pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin eBorang seperti di bawah

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

ii. Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.

iii. Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

  • a. Maklumat Individu
  • b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
  • c. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
  • d. Rumusan

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

3. Maklumat Individu

i. Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang seterusnya.

  • a. Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE
  • a. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris

4. Pendapatan Berkanun (Cara Isi Borang e-Filling Online)

i. Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian (gaji) akan dipaparkan. Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

ii. Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus digerakkan pada simbol Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

5. Rumusan (Cara Isi Borang e-Filling Online)

i. Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

6. Akuan

i. Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

  • a. Cetak Draf Borang – Mencetak draf borang dalam bentuk PDF
  • b. Tandatangan & Hantar – Untuk menghantar e-Borang
  • c. Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya

Tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang.

7. Tandatangan Dan Hantar Borang

i. Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan.

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

8. Pengesahan Penerimaan Borang Cukai Pendapatan (Cara Isi Borang e-Filling Online)

i. Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX seperti di bawah akan dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu :-

  • a. Butang Simpan & Cetak Pengesahan – Untuk menyimpan dan mencetak slip pengesahan penerimaan borang
  • b. Butang Simpan & Cetak e-BE – Untuk menyimpan dan mencetak salinan e- Borang
  • c. Butang Keluar – Untuk keluar dari e-Borang

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

Kategori Pembayar Cukai

Terdapat dua (2) kategori pembayar cukai iaitu seperti berikut :-

i) Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital

Mereka yang sudah mendaftar Sijil Digital boleh melayari Laman web ezHASIL untuk mengisi borang cukai di pautan ezHasil. Pembayar cukai boleh mengakses borang cukai dengan memasukkan No. Pengenalan Baru dan Kata Laluan. Untuk makluman dan bermula dari tarikh 1 Disember 2015, Kata Laluan mestilah mempunyai 8 hingga 12 aksara, kombinasi abjad dan nombor seperti berikut :-

  1. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf besar
  2. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf kecil
  3. TIDAK mengandungi aksara khas atau simbol. (Contoh : pAssword123)
  4. Sekurang-kurangnya satu (1) nombor.

ii) Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital

Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan ataupun MyKad. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi secara dalam talian.

Permohonan No. PIN Individu boleh dibuat melalui cawangan LHDNM yang berdekatan. Permohonan nombor pin e-Filing Organisasi pula boleh dibuat melalui saluran berikut:-

  • Cawangan LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)

Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut :-

  1. Borang CP55B yang lengkap diisi
  2. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat
  3. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat : Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat
  4. Salinan kad pengenalan/ pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat

Maklumat Lanjut

  • Panduan cara mengisi borang efilling boleh dimuat turun atau didownload di ezHasil

Lupa kata laluan

  1. Jika mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan atau
  2. Jika mempunyai no telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM, sila mohon Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS atau
  3. Hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan

Semoga perkongsian Cara Isi Borang e-Filling iaitu borang Cukai Pendapatan online boleh dijadikan panduan buat pembayar cukai dalam mengisi borang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas

Contoh Surat Berhenti Kerja (BM Dan English)

Permohonan program diploma pusat perubatan universiti malaya

Permohonan Diploma PPUM 2018 Online