Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2023 Individu Untuk E-Filling 2024, Rebat cukai LHDN diri sendiri isteri serta anak (income tax rebate),

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2023 Individu Untuk E-Filling 2024

Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN Terkini. Panduan buat pembayar cukai income tax LHDN. Apakah senarai rebat dan pelepasan cukai pendapatan untuk taksiran 2023 iaitu untuk penghantaran Borang Tahun 2024? Berikut dikongsikan Senarai Pelepasan Cukai LHDN terkini tahun 2023 untuk E-Filling 2024 seperti diumumkan di Portal Rasmi LHDN. Jika anda seorang individu pemastautin di Malaysia, anda layak untuk menuntut pelepasan, potongan dan rebat cukai untuk beberapa perbelanjaan yang disenaraikan di jadual bawah ini.

Tarikh 30 April setiap tahun pada kelazimannya adalah merupakan tarikh akhir untuk memfailkan cukai tahunan BE. Samada menggunakan kaedah pemfailan cukai secara manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau menggunakan kemudahan e-filing online. Sebagai seorang pembayar cukai, senarai yang diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mampu mengurangkan kadar jumlah cukai pendapatan yang dikenakan terhadap anda.

Senarai Pelepasan Cukai pendapatan individu

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN 2023 Terkini

Maklumat senarai pelepasan cukai pendapatan individu LHDN bagi tahun taksiran 2023 adalah seperti di bawah. Berikut dikongsikan maklumat senarai rebat dan pelepasan cukai pendapatan individu termasuk jenis potongan rebat, had potongan dan jumlah amaun dalam Ringgit Malaysia.

Untuk kemudahan pembayar cukai, beberapa langkah mudah dalam menuntut pelepasan cukai pendapatan individu adalah seperti berikut :-

1. Memaksimumkan potongan dengan pembelian buku, insurans, tablets, telefon pintar dan komputer (Gaya hidup)

2. Pemeriksaan perubatan

3. Pembelian peralatan sukan

4. Memfailkan cukai secara berasingan sekiranya anda berkahwin

Pelepasan Cukai Pendapatan LHDN Individu Pemastautin

Berikut dikongsikan jadual pelepasan cukai pendapatan tahun 2023 *individu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) taksiran tahun 2023 untuk penghantaran borang cukai pada tahun 2024.

Untuk makluman, pengetahuan yang luas dalam pelepasan cukai boleh mendatangkan penjimatan yang besar terutama dalam jangka masa yang panjang.

Senarai Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun Taksiran 2023

Berikut disenaraikan jenis potongan individu serta jumlah amaun

  1. Individu dan saudara tanggungan : RM 9,000
  2. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) : RM8,000 (Terhad)
  3. Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) : RM6,000 (Terhad)
  4. Individu kurang upaya : RM6,000
  5. Yuran pengajian (Sendiri) : RM7,000 (Terhad)
    • Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
    • Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
    • Kursus up-skilling atau self-enhancement dalam apa-apa bidang kemahiran yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 – berkuatkuasa mulai TT 2021 hingga TT 2022 : RM2,000 (Terhad)
  6. Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) : RM10,000 (Terhad)
  7. Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri) : RM10,000 (Terhad)
  8. Perbelanjaan suntikan vaksin bagi diri sendiri, pasangan atau anak. Jenis vaksin yang layak dibenarkan potongan adalah seperti berikut: RM8,000 Terhad (RM1,000 Terhad)
    • Pneumococcal
    • Human papilomavirus (HPV)
    • Influenza
    • Rotavirus
    • Varicella
    • Meningococcal
    • Kombinasi TDAP (tetanus-diphteria-acellular-pertussis)
    • Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)
  9. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) : RM10,000 Terhad (RM1,000 Terhad)
  10. Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi: RM2,500 (Terhad)
    • Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang
    • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
    • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium
    • Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
  11. Gaya hidup khusus – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan : RM2,500 (Terhad)

  12. Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) : RM1,000 (Terhad)
  13. Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar : RM3,000 (Terhad)
  14. Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2021 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2021) : RM8,000 (Terhad)
  15. Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri : RM4,000 (Terhad)
  16. Suami / Isteri kurang upaya : RM5,000
  17. Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun : RM2,000
  18. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) : RM2,000
  19. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat : RM8,000
    • Mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
    • Berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
    • Kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
  20. Anak kurang upaya : RM6,000

    • Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. RM8,000
  21. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji : RM7,000 (Terhad)
    • Kategori penjawat awam berpencen (Premium insurans nyawa)
    • Kategori selain penjawat awam berpencen (Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000) atau Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)
  22. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2025. RM3,000 (Terhad)
  23. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji : RM3,000 (Terhad)
  24. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) : RM350 (Terhad)
  25. Perbelanjaan perjalanan domestik : RM1,000 (Terhad)
    • Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020 sehingga Disember 2021
  26. Pelepasan cukai tambahan gaya hidup khsuus berkaitan dengan aktiviti sukan yang Dibelanjakan oleh individu bagi: RM500 (Terhad)
    • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak termasuk basikal roda atau bermotor
    • Bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan
    • Bayaran fi pendaftaran bagi penyertaan apa-apa pertandingan sukan yang mana penganjur tersebut diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
  27. Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) : RM2,500 (Terhad)

Infografik Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2023

infografik-senarai-pelepasan-cukai-individu-pemastautin-2023

Maklumat Lanjut

Sila rujuk kepada LHDN untuk melihat senarai lengkap pelepasan cukai pendapatan individu yang terkini dan sebelumnya.

Semoga perkongsian Senarai di atas dapat memudahkan anda menuntut pelepasan atau rebat untuk E-Filling tahun 2023 nanti.

Related : untuk tujuan untuk mendapatkan dikenakan cukai dibenarkan untuk, layak mendapat pelepasan untuk e filing layak dituntut http www.hasil.gov.my, anak angkat, layak menuntut pelepasan pasangan atau anak, anak 18 tahun, pelepasan cukai untuk, laman web, individu yang mempunyai pendapatan, ibu bapa, cukai individu, laman web, untuk pembelian, pembayar cukai, rawatan perubatan, tahun taksiran 2021, untuk mendapatkan, rawatan kesuburan, kurang upaya, pembelian peralatan sukan, tahun dan ke bawah, pelepasan cukai untuk, pelepasan cukai pendapatan, 2021 untuk, untuk e filing, individu yang mempunyai pendapatan, penjawat awam, 18 tahun ke atas, untuk kegunaan, untuk individu, bermastautin dikenakan cukai 2022 untuk e filing 2023,

senarai pelepasan cukai 2022 untuk e filing 2023

berkhidmat di bawah akta pembangunan sukan 1997, gaya hidup perbelanjaan perubatan keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan, pemeriksaan perubatan keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan, diluluskan dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan, pembelian komputer peribadi telefon pintar atau tablet untuk kegunaan manfaat diri sendiri suami isteri atau anak anak, berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu tidak dikenakan cukai mengikut jenis taksiran, tolak jumlah pendapatan individu tidak dikenakan cukai mengikut jenis taksiran, perlu mendaftar fail cukai pendapatan, tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2022, pemvaksinan diri sendiri suami isteri atau anak anak terhad rm1,000, gaya hidup perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius diri sendiri atau suami isteri atau anak anak terhad rm1,000, caruman kepada kwsp skim simpanan pendidikan nasional sspn, berlesen yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun, berikut adalah senarai pelepasan cukai, sspn tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *