in

Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan

Sejarah Kertas 3 SPM 2017 : Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua. Panduan buat pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 3 1249/3. Berikut dikongsikan Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua buat rujukan pelajar dalam membuat ulangkaji sebelum peperiksaan.

Tema umum Sejarah Kertas 3 2017 bertajuk Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua. Tema telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan sebagai persediaan buat pelajar dalam menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 November/ Disember yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan SPM nanti.

Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Berikut dikongsikan contoh jawapan Sejarah Kertas 3 SPM. Pelajar adalah diingatkan untuk menjadikan contoh jawapan ini sebagai rujukan dalam menjawab tugasan kerana Soalan spesifik hanya akan diumumkan pada hari peperiksaan iaitu pada Khamis, 9 November 2017.

Tema umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.

Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat kecuali Thailand, Belanda menguasai Kepulauan Indonesia. British menguasai Burma (Myanmar), Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menjawab soalan / tugasan berikut :

Pengenalan

  • 1. Jelaskan latar belakang imperialisme barat di Asia Tenggara (5 markah)

Isi Dan Huraian

  • 2.   Huraikan faktor-faktor yang telah membawa kepada imperialisme barat  di Asia Tenggara (15 markah)
  • 3. Jelaskan perubahan yang berlaku dalam sistem politik Negara-negara yang dijajah oleh Imperialisme barat (20 markah)
  • 4. Kehadiran imperialis barat telah membangkitkan gerakan nasionalisme di Asia tenggara. Berikan penjelasan. (20 markah)
  • 5. Terangkan bagaimana Thailand dapat mengekalkan  kemerdekaannya. (10 markah)
  • 6. Pada pendapat anda adakah imperialisme masih berlaku hari ini. Berikan penjelasan.(10 markah)
  • 7. Huraikan  langkah-langkah untuk mengatasi cabaran imperialis baru (10 markah)
  • 8.  Apakah iktibar yang diperoleh daripada sejarah imperialisme barat di Asia Tenggara?  Berikan penjelasan (10 markah)

Kesimpulan

  • 9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan : (5 markah)
  1. Pengetahuan yang diperoleh.
  2. Ikhtibar kepada diri, bangsa dan Negara
  3. Unsur patriotisme
  4. Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

1 Jelaskan latar belakang imperialisme barat di Asia Tenggara.  [5 markah]. Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Imperialisme merupakan dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan cara menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialisme telah berlaku sejak Emppayar Yunani dan Rom.Pada awalnya imperialisme barat bertujuan menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja namun apabila Revolusi Perindustrian tercetus di Eropah kegiatan imeperialisme semakin sengit dan menjelang 1914 seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat.

2 Huraikan faktor-faktor yang telah membawa kepada imperialisme barat Di Asia Tenggara [15 markah]. Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

2.1 Kedudukan Asia Tenggara yang strategik.

Antara faktor yang membawa kepada imperialis barat ialah kerana kedudukan Asia Tenggara yang strategik. Keadaan ini menarik minat imperialis untuk menguasainya ia dapat manjamin pasaran yang luas selain memiliki tanah yang subur dana kaya dengan pelbagai bahan mentah.

2.2 Revolusi Perindustrian. Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Kepesatan sektor perindustrian di Eropah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran. Ini menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten dan pasaran baru. Keadaan ini mendorong mereka menguasai China, India dan Asia Tenggara. China dikuasai kerana berpotensi dijadikan pasaran yang luas manakala Asia Tenggara pula kerana memiliki bahan mentah.

2.3 Perkembangan sistem Pengangkutan dan Perhubungan

Perluasan kuasa Barat di Asia Tenggara juga didorong oleh perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan . Kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepatkan perjalanan antara Barat dan Timur. Sementara pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur. Kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan ini  menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos. Penciptaan telegraph pula membolehkan imperialis barat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan dan urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.

2.4 Persaingan Kuasa-kuasa Barat

Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan Negara-negara Asia Tenggara menjadi mangsa. Mereka beranggapan semakin luas tanah jajahan akan bertambah sanjungan yang diperolehi dan keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan bagi mereka.

2.5 Beban orang Putih

Slogan beban orang putih digunakan dalam menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun dan bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih baik dan menyebarkan agama Kristian.

3 Jelaskan perubahan yang berlaku dalam sistem politik Negara-negara yang dijajah oleh imperialisme barat. [20 markah]. Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Apabila imperialis barat menguasai Asia tenggara mereka telah memperkenalkan sistem Birokrasi Barat menggantikan sistem pemerintahan beraja. Dalam sistem ini sebuah Kerajaan Pusat telah dibentuk hasil penyatuan wilayah-wilayah yang diketuai oleh Gabenor Jeneral. Pelaksanaan pentadbiran dibuat melalui Biro atau Jabatan. Pegawai-pegawai barat akan dilantik sebagai ketua Biro dan undang-undang barat telah diperkenalkan.

Di Filipina Sepanyol telah menyatukan wilayah-wilayah tradisional yang dikenali sebagai barangay dan telah memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral dan pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendaro. Penyatuan wilayah ini telah menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan kuasa Datu. Encomiendaro bertanggungjawab untuk menjaga keamanan, mengutip cukai serta mengkristiankan penduduk. Sistem ini amat dibenci oleh penduduk tempatan kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga.

Indonesia

Di Indonesia Belanda telah membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral sementara pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan Belanda. Beberapa Jabatan telah ditubuhkan seperti Jabatan Pertanian dan Pelajaran. Dewan tempatan berperanan untuk menasihat pentadbiran Belanda.Volksraad pula merupakan majlis Rakyat yang dibentuk sebagai langkah kea rah kemerdekaan.

Di Burma, Pesuruh Jaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi dan pengenalan Akta Kampung Ulu Burma serta Akta Perkampungan Burma telah melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional. Pentadbiran daerah oleh Myo-ok iaitu pegawai bandaran . Undang-udang Bara telah diperkenalkan. Keadaan ini menyebabkan pengaruh golongan agama merosot. Majis perundangan telah diperkenalkan dan beberapa jabatan telah ditubuhkan seperti Jabatan perhutanan, kesihatan dan pelajaran.

IndoChina

Di Indochina, Perancis telah memperkenalkan sistem Birokrasi yang diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan I Paris. Sebuah kerajaan pusat telah dibentuk dengan penubuhan Union Indochinoise. Semua rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Peranchis. Walau bagaimanapun mereka tidak mencampuri pentadbiran tempatan namun pentadbiran tempatan dikenakan cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

Kehadiran Portugis di Melaka telah menyebabkan runtuhnya institusi kesultanan Melaka dan terhapus semasa pemerintahan Belanda.Sementara itu semasa pemerintahan British di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura ketiga-tiga wilayah ini telah digabungkan menjadi Negeri Selat yang dan tadbir oleh Gabenor . Gabenor dibantu oleh Residen kaunselor di ketiga-tiga negeri tersebut sementara pentadbiran peringkat kampong oleh Penghulu dikekalkan.

Di negeri-negeri Melayu Bersekutu British telah memperkenalkan sistem residen sementara di Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu ditadbir oleh Penasihat. Residen dan Penasihat ini diletakkan di bawah Gabenor negeri Selat. Tugas Residen dan Penasihat adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu. British juga memperkenalkan sistem kehakiman Barat, sistem cukai dan pembahagian negeri mengikut beberapa daerah serta penubuhan Balai Polis. Keadaan ini menyebabkan kedudukan Raja dan pembesar Melayu terjejas.

4. Kehadiran imperialis barat telah membangkitkan gerakan nasionalisme di Asia tenggara. Berikan penjelasan. [20 markah]. Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berpunca dari dasar penjajahan British yang menimbulkan perasaan tidak puas hati. Sistem pentadbiran barat yang diperkenalkan dilihat tidak member peluang kepada penduduk tempatan. Rakyat terus kekal dalam ekonomi tradisional. Dasar ekonomi barat seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina jelas menindas penduduk tempatan.

Penjajahan juga telah menyebabkan wujudnya jurang sosial yang besar antara penjajah dan peribumi. Penjajah beranggapan mereka berada dalam kelas tersendiri dan tidak layak bergaul dengan peribumi kecuali golongan elit tempatan yang terdiri dari bangsawan dan pengawai kerajaan yang berpendidikan barat.Kemasukan golongan imigran juga menimbulkan perasaan tidak puas hati kerana penguasaan golongan ini dalam bidang ekonomi.

Agama

Pengaruh agama juga jelas dalam kebangkitan nasionalisme dimana agama telah berjaya menyatukan penduduk tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama Kristian. Contoh di Gerakan Pan-Islamisme yang merupakan gerakan Islam sedunia yang menentang penjajahan Barat.

Kemunculan karya sastera berperanan membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara. Karya-karya ini berperanan menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penjajah yang akhirnya membangkitkan perjuangan kesedaran nasionalisme. Contoh Kerikel-kerikil tajam oleh Raden Adjeng Kartini di Indonesia dan Noli Me Tenggera oleh Jose Rizal.

Sikap pilih kasih penjajah dalam bidang pendidikan yang hanya menyediakan kemudahan pendidikan kepada golongan elit atau bangsawan dan anak golongan priyayi menimbukkan perasaan tidak puas hati golongan bawahan.

Kemunculan golongan intelektual lulusan Barat dan Asia Barat telah menyedarkan golongan ini bahawa Barat tidak mentadbir Negara seperti Negara mereka Golongan ini kemudiannya menjadi pemimpin. Pada peringkat awal perjuangan, mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa dibela namun kemudiannya menuntut kemerdekaan.

5  Terangkan bagaimana Thailand dapat mengekalkan kemerdekaanya. [10 markah] Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Faktor faktor Siam dapat mengekalkan kemerdekaan 

1.Sejak Zaman  Mongkut,Siam menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengamalkan dasar buka pintu kepada orang-orang asing terutamanya pedagang-pedagang.Langkah ini diambil kerana Mongkut menyedari sekiranya Siam meneruskan dasar isolasi,kuasa-kuasa Barat akan membuka Siam secara paksa seperti yang berlaku ke atas Burma,Vietnam dan China.Dalam usaha untuk melaksanakan dasar buka pintu,Siam telah menandatangani bebrapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat.Perjanjian pertama ditandatangani dengan British pada 18 April1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring.Seterusnya Siam menandatangani perjanjian dengan Amerika (1856),Perancis (1856),Portugal (1859),Holand (1860)dan Prusia (1862).

2.Semasa Chulalongkorn

Hubungan Siam dengan kuasa-kuasa Barat bertambah erat kerana Chulalongkorn juga meneruskan dasar buka pintu yang dimulai oleh Mongkut.Semasa Chulalongkorn  bukan sahaja konsul asing  terdapat di Siam,tetapi kedutaan-kedutaan Siam juga didirikan di negara-negara Barat seperti di New York,London,Paris,Brussels,Tokyo dan sebagainya.Chulalongkorn juga telah mengadakan hubungan peribadi dengan pemimpin-pemimpin Barat seperti Raja William II (Jerman),Tzar Ncholas (Rusia),Prince of Wales (England) dan Presiden Lawbet (Perancis). Chulalongkorn juga mengadakan lawatan ke Eropah dan beliau merupakan Raja siam yang pertama melawat ke Eropah sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1897 dan 1907.

3.Dalam usaha menyusun semula pentadbiran Siam mengikut sistem Barat,Mongkut telah mengambil orang-orang Barat dan mereka berasal dari pelbagai negara serta ditempatkan di pelbagai jabatan.Secara umumya,British diberi tugas untuk menguruskan pendidikan,kewangan,polis dan pelabuhan;Amerika dalam perkhidmatan kastam dan Perancis serta Itali dalam ketenteraan.Tindakan Mongkut ialah supaya tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh yang kuat di Siam.

Pemodenan Pentadbiran Siam. Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

4.Semasa Chulalongkorn,lebih ramai pegawai Barat yang diambil bagi memodenkan pentadbiran Siam.Secara umumnya,British telah ditugaskan dalam pendidikan dan kewangan,Perancis dalam undang-undang,Jerman dalam perkhidmatan kereta api,Denmark dalam angkatan laut dan polis wilayah,manakala Itali dalam kerja pembinaan.Selain itu,Chulalongkorn juga menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874 untuk menasihatinya dalam pentadbiran.Majlis-majlis itu ialah Majlis Penasihat Tertinggi Negeri dan Majlis Penasihat Rendah Negeri.Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 Apruil 1892.Sistem pentadbiran lama telah dihapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian.Setiap kementerian akan diketuai oleh seorang menteri.

5. Dasar buka pintu oleh Mongkut telah memajukan ekonomi Siam.Kedatangan  orang Barat telah membuka Siam kepada perdagangan antarabangsa.Perkembangan ekonomi telah meruntuhkan ekonomi sara diri dan mewujudkan sistem ekonomi komersil.Selain itu,sistem tukar barang juga digantikan dengan  sistem ekonomi wang.Beras,gula dan kayu jati menjadi eksport utama. Perkembangan ekonomi terlalu singkat akibat daripada penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai eksport 5%.Dalam masa yang singkat,Siam telah menikmati imbangan pembayaran yang memuaskan contoh.Dalam usaha untuk menyusun semula sistem kewangan Siam mengikut sistem kewangan Barat,Mongkut telah menubuhkan Royal Mint pada tahun 1861.

6. Pada pendapat anda adakah imperialisme masih berlaku hari ini. Berikan penjelasan. [10 markah]. Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Imperialisme masih berlaku dalam dunia hari ini sebagai contoh Amerika telah menyerang beberapa Negara seperti Iraq, Libya dan Afganistan. Serangan tentera Amerika telah berjaya menggulingkan kerajaan di Negara tersebut dan melantik kerajaan baru yang menjadi boneka mereka. Serangan ini dilakukan adalah untuk menguasai ekonomi Negara tersebut seperti hasil minyak di Iraq

Selain itu, penjajahan juga berlaku dalam bentuk yang lain seperti ekonomi. Dengan mengutarakan konsep perdagangan bebas seperti AFTA syarikat-syarikat gegasi milik Negara besar seperti Amerika dan Britain telah menguasai syarikat-syarikat kecil di Negara-negara kecil seperti Malaysia. Keadaan ini berlaku dalam sektor perindustrian dan teknologi.

Penjajahan Minda

Penjajahan juga berlaku dalam bentuk minda dimana pengaruh dari media hasil dari konsep dunia tanpa sempadan,  menyaksikan  budaya barat  menular dalam masyarakat di Asia Tenggara khususnya Malaysia. Bu daya barat meresap dalam kehidupana masyarakat tempatan tanpa dapat disekat dan nilai-nilai barat mula diterima dalam masyarakat meruntuhkan nilai-nilai tempatan.

Selain itu penjajahan dalam bentuk politik juga dapat dilihat apabila kuasa-kuasa besar yang memiliki kuasa VETO dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu menekan dan menindas Negara-negara kecil untuk kepentingan mereka. PBB telah digunakan sebagai alat untuk meluaskan pengaruh mereka.

Tawaran pinjaman dari IMF juga merupakan satu cara Negara-negara kaya menguasai Negara-negara miskin dengan menawarkan pinjaman bersyarat.  Hal ini menyebabkan Negara-negara peminjam tidak lagi memiliki kuasa membuat keputusan kerana syarat tersebut skaligus menandakan Negara-negara ini hilang kedaulatan dan kebebasan membuat keputusan.

7.  Huraikan  langkah-langkah untuk mengatasi cabaran imperialis baru. [10 markah]

Dalam menghadapi cabaran imperialisme bara kita perlulah berhati-hati dalam membuat sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa besar samada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Ini kerana kuasa-kuasa besar seperti Amerika syarikat semestinya memiliki agenda tersembunyi iaitu menguasai sesebuah Negara dengan cara yang baru.

Selain itu kita mestilah meningkatkan kekuatan pertahanan Negara bagi mengelakkan Negara diceroboh oleh kuasa-kuasa asing kerana kelemahan pertahanan  Negara akan mengakibatkan kita tidak mampu mempertahankan Negara dan bergantung kepada kuasa-kuasa besar.

Seterusnya kita mestilah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana Negara yang stabil dan rakyat yang bersatu padu akan menjadikan kita bertambah kuat. Kekuatan ekonomi juga menjadi tunjang dalam menghalang penjajahan kuasa-kuasa besar. Kekuatan ekonomi akan mengelakkan Negara bergantung dengan kuasa-kuasa asing.

8  Apakah iktibar yang diperoleh daripada sejarah imperialisme barat di Asia Tenggara? Berikan penjelasan. [10 markah]. Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Penilaian Holistik ( Fakta + Huraian + Contoh ) 

Antara iktibar yang boleh dilihat ialah pemimpin seharusnya berwaspada dengan tipu helah Negara luar terhadap Negara kita. Mereka  tidak sepatutnya menerima bulat-bulat idea yang dibawa atau diperkenalkan oleh Negara luar untuk diaplikasikan dalam Negara kita sehingga menggadai Negara sendiri. Malahan kita seharusnya menyelidik dengan sedalam-dalamnya manfaat dan akibat yang diterima oleh Negara sekiranya kita mengamalkan.

Sekiranya pembaharuan yang diperkenalkan lebih banyak memberi manfaat, kita seharusnya berani mengambil risiko dan cekap menggunakan peluang yang ada untuk kebaikan Negara kita. Misalnya penggunaan teknologi moden dalam pelbagai bidang oleh Negara maju wajar kita contohi dan pelajari  untuk kemajuan Negara kita. Selain itu, iktibar lain yang boleh diambil ialah, kita haruslah bijak menggunakan sumber Negara yang ada untuk kemajuan Negara sendiri daripada  membiarkannya dieksploitasi oleh pelabur luar.

Berusaha

Rakyat sendiri perlu gigih bekerja untuk meningkatkan pendapatan sendiri, keluarga dan seterusnya pendapatan Negara. Hal ini akan mampu melahirkan rakyat yang berdaya saing, di mana mereka mampu melahirkan produk serta inovasi tempatan yang tidak kurang hebatnya seperti Negara maju yang lain. Contohnya penghasilan kereta ciptaan tempatan Negara kita iaitu Proton yang telah mampu menembusi pasaran Negara barat satu masa dahulu. Kita juga seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa imperialisme tersebut dengan mengukuhkan perpaduan dalam Negara. Ini adalah penting kerana

Negara kita mempunyai penduduk berbilang bangsa. Tanpa perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat, kita tidak kuat dan akan mudah dikalahkan. Perjuangan tokoh nasionalisme Negara kita terdahulu seperti Tok Janggut, Dato’ Bahaman boleh dijadikan panduan, walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh, tapi tanpa sokongan pemimpin tertinggi, usaha mereka tetap tidak berhasil dalam menentang  penjajahan British di negeri masing-masing.Kesimpulannya, tidak semua idea dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh barat itu berunsur negative sahaja.

Kebaikan Imperialisme

Malahan banyak juga kebaikan yang diperolehi daripada imperialisme barat ke atas Asia Tenggara dan Negara kita pada hari ini seperti kemajuan dalam perladangan getah dan perlombongan bijih timah membawa kemajuan dari aspek lain seperti kewujudan Bandar dan jalan perhubungan. Namun kita sebagai warganegara yang bijaksana, patut mengambil keputusan yang tepat untuk kebaikan Negara dan bangsa kita sendiri.

Penilaian Analitikal (Fakta)

Nilai – nilai murni yang saya perolehi pertama ialah kita mestilah sentiasa mengamalkan nilai toleransi dalam hidup bermasyarakat  demi mencapai kesejahteraan bersama. Nilai kedua pula  ialah generasi pada hari ini seharusnya berani berkorban  dan mencontohi kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara terdahulu dalam memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara. Selain itu,  nilai murni yang ketiga ialah kita seharusnya bersungguh – sungguh dan tidak berputus asa dalam melaksanakan sesuatu usaha yang baik.

Seterusnya ialah,  amalan memikirkan kepentingan bersama dalam membuat sebarang keputusan dapat mengelakkan masalah dan persengketaan. Akhir sekali, kita seharusnya mengutamakan nilai perpaduan dalam setiap agenda kemasyarakatan demi menjamin keharmonian masyarakat dan negara.

9. Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut (5 markah). Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

  • Pengetahuan yang diperoleh – 1 markah
  • Nilai murni – 1 markah
  • Unsur patriotisme – 1 markah
  • Harapan kepada masyarakat dan negara – 2 markah

(Mana-mana jawapan munasabah)

Pengetahuan

  1. Pengetahuan yang saya dapati daripada tajuk ini ialah perubahan sistem politik dan eksploitasi ekonomi oleh penjajah telah menindas dan menidakkan hak peribumi.Perkara ini telah mencetuskan gerakan nasionalisme Asia Tenggara.
  2. Yang lain ialah penjajah menggunakan apa sahaja cara untuk mengekalkan kuasanya.
  3. Pengetahuan seterusnya, perjuangan para nasionalis memperlihatkan semangat juang yang kental,keberanian, dan pengorbanan yang tinggi.
  4. Kita patut mencontohi perpaduan, kepimpinan, dan kebijaksanaan para nasionalis demi mengekalkan kemerdekaan negara.

Nilai Murni. Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

  1. Nilai murni yang saya dapati daripada tajuk ini ialah semangat keberanian yang tinggi. Kita seharusnya mencontohi keberanian para pejuang tanahair kita yang bermati-matian mempertahankan tanahair sehingga ke titisan darah yang akhir. Contoh, Tok Janggut yang mati kerana menentang British di Kelantan.
  2. Nilai murni seterusnya ialah sikap kerjasama antara kaum. Kerjasama antara kaum di Malaysia perlu diamalkan selalu agar bersama-sama berganding bahu mempertahankan negara kita daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
  3. Rakyat Malaysia juga saling menghormati dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan. Hal ini dapat memelihara keharmonian dan kemakmuran negara agar terus berkekalan.

Pelajar boleh merujuk kepada contoh jawapan lebih lanjut di Jawapan 1 dan Jawapan 2

Selamat mengulangkaji mata pelajaran Sejarah. Semoga perkongsian Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam menjawab Soalan spesifik Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2017 nanti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Pendaftaran MUET Mac 2018 Online

Pendaftaran MUET Mac 2018 Online

Permohonan SMISTA 2018 MAIWP Online

Permohonan SMISTA 2019 MAIWP Online