MyJPJ : Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online. Cara daftar aplikasi untuk menggunakan digital road tax tanpa fizikal.

MyJPJ : Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online

Bagaimana cara untuk mendapatkan lesen memandu atau cukai jalan (Roadtax) secara online? Kini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan aplikasi yang membolehkan pengguna jalan raya untuk mendapatkan perkhidmatan seperti menyemak lesen memandu serta summons secara atas talian. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan MyJPJ : Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online untuk makluman semua.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa pemilik kenderaan tidak perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing bermula 10 Februari 2023. Mulai tarikh tersebut, peruntukan di bawah Seksyen 20 Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan. Orang ramai boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui aplikasi atau portal rasmi JPJ.

MyJPJ Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online

Aplikasi MyJPJ : Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online

Pelaksanaan Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM) Online. Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian seperti kereta dan motor milik rakyat Malaysia.

Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara Malaysia boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house) sebagai langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ.

TERKINI : Pengukuhan Ciri Tambahan

Cara Daftar Akaun

Sebelum membuat semakan lesen memandu (e-LMM) dan cukai jalan (e-LKM), pengguna boleh melayari laman web rasmi JPJ untuk mendaftar akaun pada pautan berikut. Pengguna yang telah mendaftar masuk ke sistem MySikap JPJ sebelum ini boleh terus log masuk ke dalam akaun menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang sama:

Atau memuat turun aplikasi MyJPJ melalui pautan di bawah:

Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar MySikap JPJ, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka aplikasi

2. Klik “Daftar Akaun Baharu”

3. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan/MyKad/MyPR/MyKAS

4. Isikan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan emel yang aktif digunakan

5. Tandakan pengesahan maklumat adalah benar dan sah

6. Pilih dan jawab soalan keselamatan

7. Simpan rekod maklumat yang telah diberikan

8. Seterusnya, tetapkan kata laluan yang mengandungi sekurang-kurangnya lapan aksara terdiri daripada gabungan hruuf besar, huruf kecil, nombor dan simbol

9. Pendaftaran selesai dan pengguna akan dibawa ke paparan utama

Semak e-LMM & eLKM Online

Untuk mendapatkan paparan digital lesen memandu dan lesen kenderaan, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

1. Log masuk ke dalam akaun dan klik pada “profil”

2. Paparan digital lesen memandu (e-LMM) akan dikeluarkan. Untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas klik pada Paparan Penuh

3. Bagi menyemak lesen kenderaan pula, klik pada Lesen Kenderaan

4. Paparan cukai jalan (e-LKM) akan keluar beserta kod QR untuk tujuan penguatkuasa.

5. Tarikh insurans kenderaan juga akan dipaparkan di bahagian bawah.

Senarai Perkhidmatan Lain

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan seperti berikut:

1. Bid Nombor Kenderaan

2. JPJeQ

3. Check running numbers

4. Semakan keputusan ujian lesen memandu

5. Cek summons

6. Semakan mata demerit

7. Semakan senarai hitam

8. e-Aduan JPJ

Soalan Lazim

Di bawah adalah soalan-soalan lazim berkaitan dengan aplikasi MyJPJ untuk panduan semua:

1. Siapakah yang boleh menggunakan aplikasi ini?

Pada ketika ini, aplikasi hanya boleh digunakan oleh warganegara Malaysia yang mempunyai ID bagi perkhidmatan dalam talian JPJ

2. Bagaimana aplikasi boleh digunakan untukbukan warganegara atau kategori syarikat (bukan individu)?

Capaian aplikasi bagi bukan warganegara atau kategori syarikat (Bukan individu) sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan kelak

3.  Jika saya belum pernah mendaftar JPJeID tetapi mendapat paparan mesej “Rekod Telah Wujud” apa tindakan yang perlu dilakukan?

Sila laporkan aduan melalui :

-Emel ke infodigital@jpj.gov.my

-talian 03-2724 2522

Hadir ke kiosk JPJ berhampiran untuk menyemak emel

Hadir ke kaunter JPJ berhampiran untuk menyemak atau kemaskini emel

4. Bagaimana pengguna ingin mengemas kini alamat emel terkini?

Ketika ini, berikut adalah kaedah bagi mengemaskini alamat emel terkini;

-Hadir ke kiosk/ kaunter/ kaunter bergerak JPJ berhampiran untuk kemaskini alamat emel terkini

-Kemaskini secara atas talian sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak

5. Adakah maklumat peribadi yang dimasukkan dalam aplikasi ini selamat?

Aplikasi ini merupakan aplikasi yang dibangunkan dan diuruskan oleh Kerajaan dan jaminan diberikan bahawa maklumat peribadi anda dilindungi berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

6. Bolehkah pengguna mengakses paparan digital jika pengguna telah log keluar dari aplikasi?

-Tidak boleh. Pengguna perlu kekal log masuk bagi mengakses paparan digital eLKM dan eLMM.

-Fungsi muat turun paparan digital dalam bentuk dokumen sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak.

7. Jika kenderaan bukan milik pengguna, bagaimana untuk mendapatkan paparan digital lesen kenderaan tersebut?

Pengguna boleh mengakses paparan digital di Portal Awam JPJ serta membuat cetakan /screenshot salinan lesen kenderaan atau lesen memandu tersebut

Walaubagaimanapun, fungsi pemberian hak akses paparan digital kepada orang lain sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak

8. Apakah maksud bagi status kod QR berkuatkuasa, tidak berkuatkuasa di ruangan paparan digital pengguna?

Maksud bagi Berkuatkuasa dan Tidak Berkuatkuasa adalah:

Berkuatkuasa : LKM/LMM pengguna masih sah dan belum tamat tempoh

Tidak Berkuatkuasa : LKM/LMM pengguna tidak sah dan sudah tamat tempoh

Maklumat Lanjut

Informasi lebih terperinci berkenaan perkara di atas boleh disemak pada:

Portal Rasmi JPJ

Portal MySikap JPJ

Hotline JPJ : 03 8000 8000

Related : peruntukan di bawah seksyen 20 akta pengangkutan jalan, pelekat lesen memandu digital e lmm cukai jalan dan lesen memandu, perkhidmatan teras jpj, kementerian pengangkutan, mulai 10 februari 2023 pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan lkm digital e lkm dan lmm digital e lmm melalui portal awam jpj atau aplikasi mobile myjpj di bawah satu projek perintis secara in house, road tax, telefon pintar, peruntukan di bawah satu projek perintis secara in house, lesen kenderaan motor, muat turun, lesen kenderaan persendirian milik rakyat malaysia, transport minister anthony loke, private vehicle, digital road tax, pemilik kenderaan persendirian milik rakyat malaysia, myjpj app, driving licence, digital copy, road transport department, maklumat lesen, portal myjpj, id awam, pautan https public.jpj.gov.my, pengguna mysikap, secara digital, kota bharu, semakan lesen kenderaan, lesen fizikal, log masuk ke aplikasi, daftar sebagai pengguna mysikap melalui pautan, muat turun aplikasi myjpj, pejabat jpj, lesen kenderaan motor lkm, orang awam,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *