in

Semakan MYTV Online Nama Penerima Dekoder Percuma

Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV Online. Siaran TV Digital bertaraf dunia Myfreeview? Bagaimanakah cara untuk membuat semakan nama samada layak atau tidak untuk mendapatkan Dekoder MYTV secara PERCUMA? Berikut dikongsikan cara membuat Semakan MYTV Online iaitu Nama Penerima Dekoder Percuma yang layak dan tidak perlu memohon. Semakan secara SMS dan menghubungi khidmat pelanggan juga ada disediakan.

Untuk makluman, penerima Unit Dekoder Percuma adalah dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) dan beralamat di kawasan liputan DTT.

Semakan MYTV Online Nama Penerima Dekoder Percuma

Siaran TV Digital

Kerajaan Malaysia telah merancang untuk menutup siaran TV analog pada tahun 2018. Penduduk Malaysia yang tidak menggunakan siaran DTT atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen selepas siaran analog ini ditutup. Oleh itu, anda perlu menyemak status samada anda penerima dekoder percuma MYTV atau tidak secara online.

Semakan MYTV Online : Semak Nama Penerima Dekoder Percuma

Berikut dikongsikan cara membuat semakan MYTV iaitu senarai nama penerima dekoder percuma MYTV secara online.

  1. Layari Laman Web MYTV
  2. Cari Unit Dekoder Percuma di halaman kanan
  3. Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang HANTAR

Cara Semakan MYTV Melalui SMS Dan Hotline

Selain semakan secara online, anda juga boleh membuat semakan melalui khidmat SMS dengan :-

  • Menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888

Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.

Saluran TV Digital Yang Ditawarkan

Berikut adalah Saluran yang boleh ditonton :-

  1. TV1
  2. TV2
  3. NTV7
  4. TV3
  5. TV9
  6. TV ALHIJRAH
  7. TVi
  8. Bernama News
  9. 8TV

* Saluran akan ditambah dari masa kesemasa

Apakah Televisyen Terestrial Digital (DTT)?

Menurut Laman Web MYTV, berikut dikongsikan apa itu DTT? Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO.

Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11. Sumber

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X)
    2271, Jalan Usahawan 2,
    Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
    Selangor Darul Ehsan
  • Pusat Khidmat Pelanggan
    1300-80-6988
    careline@mytvbroadcasting.my

Selamat membuat Semakan MYTV secara online, SMS dan khidmat pelanggan. Moga nama anda tersenarai sebagai salah seorang penerima dekoder percuma MYTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Rumah Selangorku online

Permohonan Rumah Selangorku Online

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online