Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang ingin mengambil ujian memandu JPJ. Adakah anda sudah mengkaji berapa kos yang diperlukan untuk menduduki ujian memandu kereta dan motosikal bagi tahun 2020 yang terkini? Buat panduan semua, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini meliputi harga yang dikenakan untuk mendapatkan lesen samada kereta auto/ manual ataupun motorsikal.
Kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal boleh dikatakan sebagai sesuatu yang amat penting untuk dimiliki pada hari ini. Selain daripada tempat tinggal, pakaian dan makanan, kenderaan juga boleh dikategorikan sebagai suatu keperluan buat setiap individu. Kenderaan seperti kereta dan motosikal dapat memudahkan urusan kita sehari-hari dengan membawa kita ke destinasi yang ingin dituju. Di samping itu, ia sedikit sebanyak dapat membantu kita ketika sedang berada dalam kecemasan.
- Permohonan Lesen Motorsikal Pecuma – LMTS Terengganu Sejahtera
- Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal – Roda Darul Ehsan (RiDE) Selangor
Namun begitu, sebelum seseorang individu dapat membawa kereta dan motosikal di jalanraya, lesen memandu perlu dimiliki dengan menduduki ujian memandu JPJ bagi mengelakkan dikenakan saman kerana tiada lesen memandu. Dan bagi setiap ujian yang ingin diduduki, sejumlah bayaran akan dikenakan mengikut jenis ujian tersebut samada ujian memandu kereta, motosikal atau lain-lain. Syarat-syarat untuk menduduki ujian mengikut kategori secara ringkasnya adalah seperti berikut:
- Lesen motosikal B2 / Superbike B Full kuasa 500 cc : Sekurang-kurangnya berumur 16 tahun
- Lesen memandu kereta (manual atau automatik) : Sekurang-kurangnya berumur 17 tahun
- Bagi lesen E (bas atau lori) : Sekurang-kurangnya berusia 21 tahun
Isi Kandungan
Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal 2020 Terkini
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga anggaran kadar harga lesen memandu terkini mengikut kategori kenderaan dan kelas. Harga yang ditunjukkan merangkumi yuran pembelajaran dan latihan pemanduan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal.
Oleh kerana harga berbeza bergantung pada institut memandu, kami tidak dapat untuk membekalkan info tentang harga dengan tepat. Namun begitu, berikut adalah anggaran harga yang diperoleh menurut tinjauan yang telah dibuat ke atas kadar yang dikenakan oleh Institut Memandu di seluruh Malaysia..
KADAR HARGA ANGGARAN YURAN LATIHAN MEMANDU | |||||
Kategori | Kelas | Harga Anggaran | |||
Lesen Motosikal Tidak Melebhi 250 cc | B2 | RM350 hingga RM450 | |||
Lesen Motosikal Tidak Melebhi 500 cc | B | RM900 hingga RM1,100 | |||
Lesen Kereta Transmisi Manual | D | RM1,150 hingga RM1,300 | |||
Lesen Kereta Transmisi Automatik | DA | RM1,250 hingga RM1,500 |
Buat pengetahuan semua, bagi setiap kelas kenderaan ada harga maksimum yang ditetapkan untuk membuat lesen:
- Motosikal B2 : RM450
- Motosikal B: RM1,100
- Kereta D : RM1,300
- Kereta DA : RM1,500
Kemungkinan besar institut memandu akan mengenakan cas tambahan berdasarkan kemudahan atau perkhidmatan tambahan seperti duit minyak, sewa kenderaan dan kos operasi sehingga melebihi harga maksimum. Namun harganya perlulah munasabah.
Jika institut memandu meletakkan harga lebih tinggi sehingga tidak munasabah, seeloknya cuba untuk mengkaji harga di institut memandu lain. Barangkali ada yang menawarkan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini yang lebih murah dan berpatutan.
HARGA TERKINI LESEN MEMANDU MENGIKUT NEGERI TAHUN 2020 | |||
Berikut dikongsikan harga terkini dari beberapa buah syarikat memandu di Malaysia. Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini adalah berbeza mengikut negeri dan institut memandu. Anda boleh klik pada nama institut memandu yang disenaraikan untuk maklumat lanjut: | |||
Institut Memandu Shah Alam, Shah Alam, Selangor | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,250 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,150 | ||
Lesen Memandu Lori E Full | RM1,300 | ||
Lesen PSV Van/ GDL (Lori Kurang tiga tan) | Pendaftaran RM50 + Kursus PSV / Ujian Bertulis RM300 | ||
Harmony Driving Academy, Cawangan Petaling Jaya & Subang, Selangor | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,299 | ||
Lesen Memandu Motosikal (B2) | RM399 | ||
Lesen Memandu Kereta (D) dan Motosikal (B2) | RM1,698 | ||
Azhan LP Enterprise Batu Caves, Gombak, Selangor | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,500 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,150 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM550 | ||
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM1,100 | ||
Lesen Kereta Manual dan Lesen Motosikal B2 | RM1,650 | ||
Institut Memandu Kecemerlangan Latihan (IMKL), Kuala Lumpur | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,150 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,150 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM350 | ||
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM900 | ||
Lesen Memandu Lori E Full | RM1,200 | ||
Pusat Latihan Memandu Intensif Kg Melayu, Johor Bahru | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,356.80 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,250.80 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM434.60 | ||
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM901 | ||
Lesen Memandu Lori E Full | RM932.90 | ||
Lesen Memandu GDL | RM159 | ||
Lesen Memandu H | RM614.80 | ||
Lesen Memandu B’Sendi | RM1007 | ||
Lesen Memandu PSV | RM190.80 | ||
Lesen Memandu Teksi | RM318 | ||
Lesen Memandu Bas | RM743.09 | ||
Pusat Memandu Zapcity Sdn Bhd, Alor Gajah, Melaka | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,190.15 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,084.15 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM345.62 | ||
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM883.30 | ||
Lesen Memandu Lori E Full | RM895.60 | ||
Pusat Latihan Memandu Rembau, Negeri Sembilan | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,350 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,250 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM370 | ||
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM950 | ||
Akademi Memandu Bera, Pahang | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1200 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1040 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM400 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 dan Kereta Manual D | RM1350 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 dan Kereta Auto DA | RM1450 | ||
Pusat Latihan Memandu Wawasan, Behrang Hulu, Perak | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM999 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM399 | ||
Pusat Latihan Memandu Mahsuri, Langkawi, Kedah | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D)/ (DA) | RM800/ RM1100 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM250 | ||
Akademi Memandu Padang Terap, Kedah | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM849 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM332 | ||
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM725 | ||
Lesen Memandu Lori E Full | RM878 | ||
Institut Memandu GANDA, Marang, Terengganu | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM950 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM740 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM160 | ||
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM497 | ||
Lesen Memandu Lori E Full | RM1050 | ||
Lesen Memandu GDL | RM265 | ||
Akademi Memandu Kist, Kelantan | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1250 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1150 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM350 | ||
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM650 | ||
Lesen Memandu Lori E Full | RM1199 | ||
Lesen Memandu GDL | RM299 | ||
Lesen Memandu PSV Bas | RM1417 | ||
Institut Memandu Winajasa, Putatan, Sabah | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1593 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1443 | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM330 | ||
Institut Memandu N.B. Motors Sdn Bhd, Kuching, Sarawak | |||
Kategori | Harga | ||
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1590 | ||
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1380 (umur 17-19), RM1440 (umur 20) | ||
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM500 | ||
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM1010 | ||
Lesen Memandu Lori E Full | RM1380 |
*Sila layari pautan Sekolah Memandu yang disediakan untuk mendapatkan harga terkini atau harga promosi
Senarai Institut Memandu Di Malaysia Mengikut Negeri
Anda jiga boleh membuat pengesahan harga dengan menghubungi senarai Institut Memandu mengikut negeri di pautan berikut :-
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Johor
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
- Sabah
- Sarawak
Diharap agar maklumat berkaitan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini dapat memberi pencerahan dan pengetahuan berguna buat anda. Selamat menjalani ujian memandu dan semoga berjaya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.sebelum tu sy mohon maaf atas ketidak puashatian sy hanya meluahkan tidak puashati harga lesen memandu zaman skrg mmg x masuk akal langsung. melambung tinggi mcm hartanah pula. bagi pendapat sy kerajaan seharusnya memainkan peranan penting supaya harga lesen memandu ini dpt di kurangkan agar semua rakyat malaysia dapat memiliki lesen memandu yg sah dan tidak melalui org tgh yg senganja mengambil kesempatan. Pengurangan harga lesen ini juga dpt membendung lesen terbang atau lesen tidak sah. Sekurang-kurang pihak berwajib seharusnya dapat berfikir dgn waras kerana rata-rata gaji rakyat malaysia terutamanya sabah dan sarawak di bawah RM1100.00. harga lesen lebih tinggi daripada Gaji rakyat malaysia. sekali lagi sy mohon maaf. sekian terima kasih
waalaikumsalam..sye sgt2 setuju dgn statement tuan..especially bagi student seperti kami..family kaya boleh la support..yg dtg dari latar blkg kluarge susah mcm sye ni nak bayar gune ape..dgn kos pengajian lagi..mcm2 yg perlu dibayar..bile org tanye,,knape xambik lesen..kan dah susah nk pergi mane2..and sye hanye mampu jawab “belum ade kemampuan nak ambik lesen”…sekian,,hanye meluahkan isi hati yg trpendam.
Assalamualaikum. Ada satu institut memandu dalam negeri Johor ni mahalnya ya ampun.. untuk lesen D saja dah nak cecah RM1500. Kalau DA RM1600. Kalau gagal dah kena tambah lagi RM257. Kalau nak tambah jam belajar RM40/jam. Sangat tak masuk akal. Caj mahal bukannya dijemput dekat rumah. Calon sendiri yang kena pergi sana. Paling tidak pun, bagi calon pilih kereta yang mereka selesa. Sebaliknya kereta yang di beri sewaktu test adalah random. Bagi saya sangat tak wajar dan membebankan rakyat. Rata-rata gaji pekerja swasta dekat sini tak sampai RM1500. Memang patut pon ramai yang bawak kereta tanpa lesen. Saya tak pasti ada lagi atau tak pakej “confirm lulus” dekat sini. Tapi yang saya dengar, ada pakej yang lebih mahal sedangkan sama je ambik lesen D/DA. Saya tak tahu sama ada berbaloi atau tak harga yang mereka kenakan. Tapi kalau ada unsur rasuah, atau ‘duit tepi’, saya takkan halalkan 1 sen pon duit yang mereka makan hasil ‘duit tepi’ tu. Semoga terus menggemok dengan duit haram. Sekian, hanya meluahkan rasa ditindas!