Permohonan Biasiswa Young Leaders 2023 Online Yayasan TM. Cara mohon biasiswa Telekom Malaysia tingkatan 4 dan 5 beserta pautan borang online.

Permohonan Biasiswa Young Leaders 2023 Yayasan TM Online

Berita baik buat para pelajar Tingkatan 3 yang kini berada di tingkatan 4 pada tahun 2023. Yayasan TM baru sahaja membuka semula permohonan Biasiswa Young Leaders untuk tahun 2023. Ianya terbuka kepada mereka yang melepasi syarat kelayakan yang akan dikongsikan di bawah. Berikut adalah cara untuk membuat Permohonan Biasiswa Yayasan TM Online secara atas talian.

Biasiswa Young Leaders telah diwujudkan oleh pihak Yayasan TM atau Telekom Malaysia. Ia telah diberikan bagi tahun 2018 dan juga tahun 2019. Golongan sasaran bagi bantuan kewangan ini adalah tentu sekali mereka yang berpendapatan rendah yang terdiri dari keluarga dalam kelompok B40 dan juga M40. Pastinya objektif utama bantuan adalah untuk mengurangkan beban yang dihadapi keluarga penerima khususnya dalam menampung perbelanjaan persekolahan.

permohonan Biasiswa Young Leaders TM Online

Biasiswa Young Leaders Yayasan TM (Telekom Malaysia)

Pakej Biasiswa memberikan bantuan dari segi kewangan selama 2 tahun iaitu bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5. Penerima biasiswa juga bakal berpeluang mengikuti program pembangunan yang disediakan oleh Yayasan TM.

Berikut dikongsikan maklumat penting bagi membuat permohonan Biasiswa untuk tahun 2023 seperti syarat-syarat permohonan, cara memohon dan tarikh penting permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Young Leaders Yayasan TM

Sebelum membuat permohonan, pastikan pemohon melepasi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Merupakan Pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2023
  2. Pemohon telah mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam Pentaksiran/Peperiksaan Akhir Tingkatan 3
  3. Pemohon serta ibu bapa hendaklah merupakan warganegara Malaysia
  4. Pendapatan seisi rumah kurang daripada RM5,000 sebulan
  5. Pemohon merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan
  6. Pemohon tidak menerima apa-apa tajaan daripada mana-mana institusi

Tarikh Permohonan Biasiswa Young Leaders Yayasan TM

Berikut adalah tarikh penting permohonan :

  • Tarikh Tutup : Telah ditutup

Tempoh permohonan adalah sehingga tarikh tutup seperti dinyatakan di atas

Panduan Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan :

  • Aplikasi Permohonan : Biasiswa Young Leaders Yayasan TM
  • Klik pada pautan di atas, pilih menu permohonan baru, isikan maklumat yang diperlukan serta hantar permohonan secara online sahaja.
  • Setelah selesai, sila simpan/cetak permohonan sebagai rujukan.
  • Penghantaran dokumen tidak diperlukan bagi permohonan ini.

Pemohon boleh juga kemaskini permohonan dengan memasukkan No. Kad Pengenalan serta No. Rujukan (permohonan) yang telah diperolehi sebelum ini.

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini, sila hubungi talian bantuan yang disediakan seperti berikut:

Semoga perkongsian mengenai permohonan ini dapat membantu memudahkan para pelajar dan ibu bapa untuk membuat permohonan. Diharapkan agar bantuan ini dapat membantu meringankan beban keluarga dalam menampung kos perbelanjaan sepanjang pembelajaran seterusnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *