Permohonan Kad Sihat Johor 2021 Secara Online Dan Syarat Kelayakan. Maklumat terkini pautan borang permohonan online bantuan kad sihat johor untuk pembiayaan rawatan kesihatan asas di klinik swasta terpilih.

Permohonan Kad Sihat Johor 2021 Online

Cara Memohon Kad Sihat Johor Secara Online. Berita baik buat rakyat Negeri Johor Darul Takzim yang berkelayakan. Satu bantuan rawatan kesihatan yang dikenali sebagai Skim Sihat Johor telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ia merupakan satu lagi insentif/ bantuan dari Kerajaan Negeri Johor untuk membantu rakyat Johor khususnya kelompok B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 dalam mendapatkan kemudahan pembiayaan rawatan kesihatan asas di klinik swasta terpilih (klinik panel). Berikut dikongsikan panduan permohonan Kad Sihat Johor tahun 2021 secara online beserta syarat kelayakan dan pautan borang atas talian sebagai rujukan.

Berdasarkan pada Belanjawan 2021, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan program Kad Sihat Johor akan diteruskan. Pemohon yang layak boleh mendaftar secara atas talian/ online di Portal Sihat Johor atau secara manual melalui Pejabat Daerah, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) & Penyelarasan DUN yang berdekatan.

Permohonan kad sihat johor online

Pendaftaran Dan Borang Permohonan Kad Sihat Johor Online & Manual

Sihat Johor adalah merupakan satu skim bantuan rawatan kesihatan asas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor di bawah PH dalam meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40).

Berikut dikongsikan panduan cara mendaftar/ membuat Permohonan Kad Sihat Johor secara online dan manual. Maklumat yang dikongsikan termasuk manfaat skim, syarat kelayakan permohonan, cara mendaftar/ mohon, kategori skim, borang permohonan dan cara hubungi.

A. Manfaat Skim SIHAT JOHOR

Kadar pembiayaan Kad Sihat Johor akan di pro rata mengikut tempoh bulan dalam setahun. Peserta Skim Sihat Johor akan menerima manfaat pembiayaan rawatan kesihatan asas menurut kategori Keluarga dan Individu seperti berikut :-

  • Had Bayaran Kesihatan Setahun : RM 500 (Keluarga) & RM 200 (Individu)
  • Had Setiap Rawatan : RM 50
  • Kad Kesihatan Percuma: Satu Kad untuk satu keluarga & Satu Kad untuk seorang individu

Nota : Had Pembiayaan akan diprorata mengikut tempoh bulan dalam setahun

B. Kategori Dan Syarat Kelayakan Permohonan Kad Sihat Johor

Skim adalah terbahagi kepada dua kategori A dan B iaitu keluarga dan individu. Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :-

  1. Orang Yang Dilindungi :
    • Pemohon, suami atau isteri dan anak-anak. Pemohon dan pasangan serta anak-anak (berumur 18 tahun dan ke bawah dan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun sekiranya belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia
    • Umur pemohon bujang adalah 21 tahun ke atas
  2. Warganegara Malaysia
  3. Lahir di Negeri Johor atau telah menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun
  4. Pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama dengan RM4,830 bagi keluarga
  5. Pendapatan individu sebulan kurang atau sama dengan RM1,500 bagi bujang

C. Cara Membuat Permohonan Kad Sihat Johor Secara Online

Berikut adalah cara membuat pendaftaran dan mengisi borang permohonan secara atas talian/ online.

  1.  Sediakan imbasan (softcopy) dokuman-dokuman yang diperlukan (jika ada)
    • Borang Permohonan yang lengkap dipenuhi (Pemohon)
    • Kad Pengenalan/ MyKid/ Surat Beranak (Pemohon/ Suami atau Isteri/ Anak-anak
    • Slip Gaji/ Pencen/ EA (Pemohon/ Sumai atau Isteri
    • Salinan Sijil Lematian/ Bercerai (Suami atau Isteri)
  2. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online di http://www.sihatjohor.com.my/onlinedaftar.aspx
  3. Pemohon perlu memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan ke laman sesawang Sihat Johor
  4. Sistem Maju Sihat akan menjana Nombor Rujukan
  5. Permohonan yang telah lengkap di isi perlu dicetak atau dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan

Nota : Sebarang pertanyaan boleh dirujuk ke Pejabat Daerah dan Pejabat Ahli Dewan Negeri berkaitan

i) Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan adalah seperti berikut :-

  1. Borang PePermohonan yang telah lengkap dipenuhi (Pemohon)
  2. Kad Pengenalan/ MyKid/ Surat Beranaj (Pemohon/ Suami atau Isteri/ Aanak-anak)
  3. Slip Gaji/ Pencen/ WA (Pemohon/ Suami atau Isteri)
  4. Salinan Sijil Kematian/ Bercerai (Suami atau Isteri)

ii) Penghantaran Borang

Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan.

iii) Semakan Status Permohonan Kad Sihat Johor

iv) Carian Penel Klinik

Senarai klinik yang terlibat dalam Skim Sihat Johor boleh dirujuk di pautan berikut :-

D. Cara Hubungi

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pejabat Daerah dan Pejabat Ahli Dewan Negeri yang berkaitan

SUMBER : Portal Sihat Johor

Selamat membuat Permohonan Kad Sihat Johor Online. Moga permohonan/ pendaftaran anda diterima sekaligus dapat membantu anda dalam meringankan beban perbelanjaan anda sekeluarga atau seorang individu.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *