Panduan buat kakitangan awam atau kerajaan? Satu kemudahan online secara percuma dikenali sebagai Sistem epenyata gaji dan laporan telah disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Portal Rasmi Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM). Ianya membolehkan Kakitangan Awam Kerajaan untuk membuat Semakan Penyata Gaji e-Penyata/ slip gaji mereka secara online.
Dengan adanya sistem online yang disediakan percuma oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), slip gaji kakitangan awam iaitu jadual gaji bulanan akan dapat diakses secara ata talian. Pada kebiasaannya sehari sebelum tarikh pembayaran gaji kakitangan/ penjawat awam. Untuk makluman, Sistem laporan hanya menyimpan maklumat e Pay Slip Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja. Selepas daripada tempoh yang dinyatakan tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. Adalah menjadi tanggungjawab kakitangan kerajaan untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan anda pada masa hadapan termasuk berkaitan cukai pendapatan.
Panduan cara cetak dan semak penyata pencen Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA
Senarai Isi Kandungan
Sistem e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online Kakitangan Awam
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh JANM kepada kakitangan awam yang sekaligus dapat mempercepatkan proses mendapatkan slip gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sekali sebulan.
Semakan Penyata Gaji Dan Laporan Online
Berikut dikongsikan panduan serta cara-cara membuat pendaftaran dan semakan (untuk menyemak) buat rujukan penjawat awam:-
1) Pendaftaran Pengguna Baru
Kepada mereka yang merupakan seorang pengguna baru, sila buat pendaftaran dulu sebelum dapat menggunakan applikasi semakan & laporan
i) Untuk mendaftar, Klik pautan “Pertama Kali Mendaftar” untuk membuat pendaftaran.
ii) Pengguna dikehendaki memasukkan maklumat yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan dengan lengkap dan klik butang “OK”
iii) Selesai proses mendaftar pengguna baru, paparan makluman pendaftaran telah berjaya akan ditunjukkan.
iv) Klik “Daftar Masuk” untuk log masuk ke sistem
2) Menyemak Slip Gaji Online Penjawat Awam
Setelah urusan pendaftaran selesai, anda boleh mengakses sistem dengan log in menggunakan maklumat-maklumat seperti dipaparkan, contoh No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan
i) Klik masuk ke Laman ANM
ii) Pilih Sistem e-penyata & Laporan
iii) Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
iv) Sekiranya berjaya masuk, skrin maklumat peribadi anda akan dipaparkan seperti nama, no. gaji, dan sebagainya
v) Untuk muat turun maklumat Penyata Bulanan/Penyata Pendapatan Tahunan sila klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata “/”Penyata Pendapatan Tahunan”
Lupa Kata Laluan (semak slip gaji)
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terlupa Kata Laluan atau menghadapi masalah No. Akaun tidak wujud?
Sila ikuti langkah-langkah berikut:-
a. Pihak tuan/ puan dinasihatkan mencuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji;
b. Sila pilih Soalan Keselamatan dan masukkan jawapannya untuk mendapatkan Kata Laluan Asal. Jika anda lupa, sila klik Reset Kata Laluan. Kata Laluan Sementara akan dihantar melalui sms/emel yang telah didaftarkan
Pastikan anda mendaftar masuk dengan Kata Laluan Sementara dalam tempoh tiga (3) hari, dan seterusnya menukar Kata Laluan Sementara dengan Kata Laluan Baharu.
Untuk melihat manual penggunaan penayat gaji lebih lanjut, sila rujuk pautan berikut di bawah:
Semak Penyata Melalui Aplikasi ePayslip JANM
Untuk semak slip gaji, JANM juga ada mneyediakan aplikasi mobile iaitu ePayslip JANM. Ianya adalah Sistem eSPGL yang menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam Persekutuan iaitu :-
1. Untuk memuat turun penyata bulanan serta penyata pendapatan tahunan
2. Mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja)
3. Menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat
4. Menjana penyata bulanan gaji bagi tujuan pinjaman kewangan
Nota : Pengguna adalah perlu untuk memasang perisian PDF Reader pada peranti mudah alih masing-masing untuk membolehkan proses muat turun dokumen dilakukan.
Aplikasi mobile ini boleh dimuat turun di App Store dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”.
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan/ sebarang masalah berkaitan cara membuat semakan, sila hubungi JANM melalui email di maklumbalas@anm.gov.my atau menghubungi talian telefon di 03-88821000.
Maklumat penting yang boleh dirujuk adalah seperti berikut :-
Prosedur ePay Slip & Report System
Semoga panduan untuk memuat turun penyata bulanan melalui sistem e-Penyata Gaji Laporan Penjawat Awam ini bermanfaat buat semua. Moga ianya dapat memudahkan Kakitangan Awam di Malaysia dalam merancang kewangan seperti membuat pinjaman, bercuti, perancangan kewangan dan sebagainya. pusat pembayar, penuh no.kp no.gaji no.kod e mel rasmi
Related : berkaitan sistem e penyata masalah atau aduan berkaitan aduan berkaitan sistem e, menggunakan sistem, 18 bulan, no gaji, semakan slip gaji, lupa kata, laman web, penjawat awam, soalan keselamatan, pendapatan tahunan, sistem epenyata, menggunakan sistem, untuk kakitangan, pengenalan no gaji, pejabat perakaunan, https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx, secara atas talian, maklumat yang diminta, klik lupa kata, sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang ok, sms emel dan no telefon sahaja, anak dan permohonan bantuan kewangan, menyalurkan maklum balas kepada penjawat awam persekutuan iaitu,