Permohonan Kemasukan KUIS Sesi Januari 2025 Secara Online. Panduan buat para pelajar yang bercadang untuk menyambung pengajian di KUIS. Permohonan kemasukan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Sesi Januari 2025 akan dibuka seperti dipetik dari Laman Facebook KUIS. Kolej Universiti islam Selangor telah dinaiktaraf menjadi Universiti Islam Selangor. Calon Pelajar dijemput membuat permohonan KUIS ke program Asasi/ Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD secara online melalui e-Admission KUIS.
Semua calon pelajar diingatkan untuk menggunakan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN YANG SEBENAR semasa memohon kemasukan melalui applikasi atas talian. Untuk makluman, semua kursus pengajian yang ditawarkan di KUIS telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Senarai Isi Kandungan
Cara Membuat Permohonan KUIS Secara Online
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sesi Januari 2025 secara online. Maklumat yang dipaparkan termasuk applikasi permohonan atas talian, syarat kelayakan dan cara hubungi KUIS.
Syarat Kemasukan KUIS
Apakah syarat kelayakan permohonan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)? Berikut adalah syarat kemasukan buat panduan para pemohon.
Ijazah Sarjana Muda
- Keputusan Peperiksaan STAM hanya dengan keputusan MAQBUL
- STPM hanya dengan 2 kredit
Asasi KUIS
- Mendapat 5 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Diploma KUIS
- Mendapat 3 kredit dalam SPM
Nota : Calon pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 kepujian (kredit) serta memenuhi syarat kelayakan ditetapkan KUIS amat digalakkan untuk memohon program ASASI KUIS. Program ini merupakan laluan pantas ke program Ijazah Sarjana Muda KUIS kerana tempoh pengajian hanya 3 semester (1 tahun).
Pengambilan KUIS Sesi Januari 2025 Online (Asasi)
Pemohon boleh membuat permohonan kemasukan ke KUIS dengan mengakses applikasi permohonan di
Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang dikongsikan oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bagi sesi pengambilan Asasi/Matrikulasi Januari 2025 :
- Permohonan Sesi 2 2024/2025 akan dibuka. Pendaftaran pelajar bermula pada 11 dan 12 Janauari 2025
Proses menjadi Pelajar Berdaftar KUIS adalah melibatkan tiga peringkat seperti berikut:
PERINGKAT PERTAMA: PERMOHONAN
- i. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Permohonan Baru.
- ii. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online dan klik HANTAR.
- iii.Cetak Borang Permohonan Kemasukan untuk rujukan.
NOTA: Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari bekerja. Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan selepas tempoh tersebut.
PERINGKAT KE-2: SEMAKAN KEPUTUSAN KUIS DAN PENAWARAN
Semakan keputusan permohonan boleh disemak seperti langkah berikut menggunakan applikasi permohonan yang sama di atas:-
- i. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak Status Permohonan.
- ii. Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran.
- iii.Lengkapkan/ laksanakan/ penuhi semua keperluan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu.
PERINGKAT KE-3: PENDAFTARAN
- i. Pastikan semua perkara dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu disediakan/ dilengkapkan/ dibawa pada hari pendaftaran.
- ii. Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan (rujuk Surat Tawaran).
PERINGATAN KEPADA PEMOHON KUIS
Sila baca peringatan di bawah ini sebelum memohon.
- Pemohon dinasihatkan untuk memberikan pertimbangan serius kepada pilihan program yang ingin dimohon sebelum melengkapkan bahagian PROGRAM PILIHAN.
- Jika perlu, pemohon boleh berbincang dengan ibu bapa/ guru kaunseling/ saudara mara/ penaja pengajian sebelum membuat keputusan mengenai program pilihan yang hendak dimohon.
- Pemohon WAJIB menggunakan dan memasukkan keputusan sebenar peperiksaan/ kelulusan yang berkaitan semasa mengisi bahagian Latarbelakang Akademik. Penggunaan keputusan peperiksaan percubaan
- Sekiranya permohonan berjaya, surat tawaran mengikuti pengajian di KUIS akan dikeluarkan secara online kepada pemohon dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan di www.kuis.edu.my
- Selepas surat tawaran dikeluarkan, sebarang permohonan untuk tukar program hanya boleh dilakukan selepas hari pendaftaran pelajar baharu dan ia tertakluk kepada kelayakan akademik pemohon
- Sebagai ingatan, segala maklumat yang diberikan semasa memohon hendaklah benar, betul dan tepat. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah TIDAK benar/ betul/ tepat, surat tawaran mengikuti pengajian di KUIS akan TERBATAL dengan sendirinya.
Program Pengajian Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.
Objektif penubuhan KUIS adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Syarat Kelayakan Kemasukan KUIS
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Ijazah Sarjana Muda
- Keputusan Peperiksaan STAM hanya dengan keputusan MAQBUL
- STPM hanya dengan 2 kredit
Asasi KUIS
- Mendapat 5 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Diploma KUIS
- Mendapat 3 kredit dalam SPM
Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS – PHD, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Dan Asasi
Berikut adalah Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di KUIS berdasarkan kepada jenis program pengajian.
A. Program Ijazah Doktor Falsafah (PHD)
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
- PI02 Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Arab
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat
- PT01 Ijazah Doktor Falsafah Multimedia Kreatif
Fakulti Pendidikan
- PE01 Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan
B. Program Ijazah Sarjana (Masters)
Fakulti Pengurusan dan Muamalah
- MG01 Pentadbiran Perniagaan (Muamalah)
- MT12 Kewangan Islam
- MT10 Pengurusan Sumber Manusia
- MT13 Perakaunan
- MT11 Ekonomi
- MT14 Komunikasi
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
- MT04 Usuluddin & Pemikiran Islam
- MT07 Pengajian Al-Quran
- MT05 Usuluddin (Perbandingan Agama)
- MT08 Pengajian Ilmu Qiraat
- MT06 Pengajian Al-Hadis
- MT09 Dakwah & Pembangunan Komuniti
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
- MG02 Syariah (Pengurusan)
Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat
- MC03 Teknologi Maklumat
- MT20 Sains (Multimedia Kreatif)
Fakulti Pendidikan
- MT15 Pendidikan (Pendidikan Islam)
- MT18 Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan)
- MT16 Pendidikan (Pendidikan Bahasa)
- MT19 Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
- MT17 Pendidikan (Kurikulum & Pedagogi)
C. Program Ijazah Sarjana Muda
Kursus pengajian yang ditawarkan di KUIS untuk Program Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut :-
Fakulti Pengurusan dan Muamalah
- BB01 Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang (Kepujian)
- BB04 Perakaunan (Kepujian)
- BB02 Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
- BB05 Kewangan Islam (Perbankan) (Kepujian)
- BB03 Ekonomi dan Kewangan (Kepujian)
- BC02 Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
- BI02 Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)
- BI06 Bahasa Arab dengan Multimedia (Kepujian)
- BI03 Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian)
- BC01 Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (Kepujian)
- BI04 Al-Quran dan Al-Qiraat (Kepujian)
- BC03 Bahasa Arab (Terjemahan) (kepujian)
- BI05 Dakwah Dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
- Fakulti Syariah dan Undang-Undang
- BI01 Syariah dengan Undang-undang (Kepujian)
- BS02 Syariah dengan Muamalat (Kepujian)
Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat
- BT01 Teknologi Maklumat (Multimedia) (Kepujian)
- BT02 Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Fakulti Pendidikan
- BE01 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dengan Multimedia (kepujian)
- BE02 Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)
D. Program Diploma
KUIS ada juga menawarkan program pengajian peringkat Diploma buat para pelajar seperti berikut:-
Fakulti Pengurusan dan Muamalah
- MS31 Perakaunan
- MS34 Pengurusan Sumber Manusia
- MS32 Pengurusan Perniagaan
- CS41 Komunikasi
- MS33 Perbankan Islam
- LS43 Pengajian Bahasa Inggeris
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
- IS11 Pengajian Islam (Bahasa Arab)
- IS14 Pengajian Islam (Al-Quran dan Al-Sunnah)
- IS13 Pengajian Islam (Akidah dan Pemikiran Islam)
- IS15 Pengajian Islam (Dakwah)
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
- IS12 Pengajian Islam (Syariah)
- IS18 Syariah dan Perundangan Islam
- Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat
- MS36 Teknologi Maklumat (Multimedia)
- MS39 Sains Komputer
Diploma Perguruan
Fakulti Pendidikan
- ES53 Pendidikan Islam
E. Program Asasi
KUIS juga ada menawarkan Program Asasi kepada pelajar.
- FA01 Kursus Asas Pengajian Islam
- FA04 Pengajian Tahun Asas Bahasa Arab
- FA02 Asasi Pengurusan
- FA05 Pengajian Asas Komunikasi
- FA03 Pengajian Asas Teknologi Maklumat
- FA06 Asasi Bahasa Inggeris
Cara Hubungi KUIS
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan pendaftaran, sila hubungi KUIS di :-
- Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS
No. Telefon : 03-8911 7000 no. sambungan : 2240/ 2239/ 1220/ 1205
No. Faksimili : 03-8926 8462
No. Whatsapp : 019-389 6937
E-mel : admission@kuis.edu.my
Alamat
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA
Selamat membuat Permohonan. Semoga anda berjaya ditawarkan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.