Bila tarikh jadual SPM 2020? Perhatian buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Untuk panduan murid dan ibu bapa, Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020 iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi di Portal Lembaga Peperiksaan (LP) Malaysia. Tarikh peperiksaan atau exam date yang dikongsikan adalah untuk jadual peperiksaan bertulis meliputi tarikh, masa dan subjek mata pelajaran.
Peperiksaan SPM adalah sangat penting buat para pelajar kerana ianya menentukan halatuju pendidikan tinggi dan seterusnya untuk mereka. Jika ingin menyambung pengajian tinggi ke IPT, terdapat banyak program pendidikan yang ditawarkan seperti kemasukan ke IPT (Universiti Awam/ Swasta), Program Matrikulasi , Tingkatan 6 (Enam) ataupun terus bekerja. Terdapat juga banyak jawatan di sektor perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan SPM.
Isi Kandungan
Jadual Dan Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020
Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan SPM 2020 seperti diumumkan secara rasmi oleh LP Malaysia.
Baca : Format Baharu SPM Bermula Tahun 2021
Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2020 (Tarikh Dan Masa)
NOTA : Berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semula peperiksaan di bawah kendalian KPM. Penjadualan semula di buat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Tarikh baharu SPM adalah seperti berikut :-
- Peperiksaan SPM 2020 ditunda ke suku pertama tahun 2021
Maklumat lanjut, sila rujuk kepada kenyataan media berkaitan penjadualan semula beberapa peperiksaan ini di Facebook Rasmi KPM.
INFO TERKINI: Menurut Sidang Media KPM pada 10 November 2020. tarikh peperiksaan SPM adalah bermula 22 Februari 2021 sehingga 25 Mac 2021. Tarikh terperinci akan dikeluarkan lanjut oleh KPM.
Sebelum ini, susulan pengumuman PKPB pada 7 November 2020, KPM telah mengumumkan tarikh peperiksaan SPM/SVM/STAM dipinda dan akan bermula 22 Februari 2021. Jadual waktu baharu akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam selain SPM, anda boleh meruuk kepada jadual lengkap peperiksaan awam tahun 2020 seperti UPSR, PT3, STAM, STPM, SPMU dan PAV di Takwim Peperiksaan Awam 2020.
Jadual Lengkap Dan Tarikh Peperiksaan SPM Tahun 2020
Berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan SPM 2020 (peperiksaan bertulis) yang mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.
22, 23, 24, 25 Februari & 1 Mac 2021 : BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SEJARAH DLL
2 & 3 MAC 2021 : SAINS, FIZIK, PENDIDIKAN ISLAM DLL
Panduan : Koleksi Soalan Percubaan SPM Tahun 2019/ 2018/ 2017 Dan Skema Jawapan
8, 9, 10 & 15 MAC 2021 : PRINSIP PERAKUANAN, KIMIA, MATEMATIK TAMBAHAN DAN LAIN-LAIN
16 & 17 MAC 2021 : PERNIAGAAN, BIOLOGI DLL
18 & 22 MAC 2021 : GEOGRAFI, KESUSASTERAAN DLL
22, 24 & 25 MAC 2021 : SAINS RUMAH TANGGA, USUL AL DIN, TASAWWUR ISLAM DLL
Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon Peperiksaan SPM
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:
- 1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/ bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- 2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- 3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- 4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- 5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- 6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- 7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- 8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- 9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Peringatan
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
- 1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
- 2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
- 3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Cara Muat Turun/ Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020
Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan buat calon serta untuk mendownload atau memuat turun Jadual Peperiksaan SPM 2020 :
- Sila klik jadual dalam PDF
Diucapkan selamat berjaya buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting SPM awal tahun 2021 nanti. Buat ulangkaji dengan penuh bersungguh-sungguh dalam mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam mengejar cita-cita anda.