Senarai Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) Beserta Lencana Pangkat, Jenis kategori jawatan dan lencana yang terdapat dalam perkhidmatan.

Senarai Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) Dan Lencana

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang berminat atau ingin menceburi bidang ketenteraan khususnya Tentera Darat Malaysia (TDM). Sudahkah anda membuat kajian tentang apa yang perlu anda ketahui sebagai contoh pangkat-pangkat yang berlainan dalam TDM? Sekiranya belum, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) buat panduan semua. Dalam organisasi Angkatan tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat adalah salah satu cawangan yang amat penting dari segi peranan yang dimainkannya selain Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Pangkat tentera merupakan satu sistem perhubungan hierarki dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), angkatan tentera, agensi perisikan atau mana-mana institusi yang disusun bersama kelompok tentera. Kebiasaannya, pangkat seseorang tentera ditandakan menggunakan insignia khusus yang diletakkan pada pakaian seragamnya.

Senarai Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM)

Menerusi sistem pangkat yang dilaksanakan, kelebihan dapat dikecapi dalam operasi ketenteraan terutamanya menerusi aspek logistik, penyelarasan dan pemerintahan. Semakin hari operasi ketenteraan menjadi semakin besar dan rumit. Secara tidak langsung pangkat tentera juga bertambah dan sistem pangkat menjadi semakin rumit.

Senarai Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) Dan Lencana Pangkat

Setiap Angkatan Tentera Malaysia mempunyai senarai pangkat yang berlainan. Bagi Tentera Darat Malaysia, terdapat 17 susur galur pangkat. Ia bermula daripada pangkat Prebet sehingga ke Jeneral yang terbahagi kepada dua kategori. Kategori tersebut merupakan kumpulan Pegawai dan kumpulan Lain-Lain Pangkat (LLP).

Sistem kepangkatan dalam bidang ketenteraan amatlah penting kerana ianya menunjukkan kekananan atau kebolehan seseorang pegawai dan anggota tersebut. Kepangkatan juga amat bermakna dalam aspek pemerintahan. Hormat menghormati adalah juga berdasarkan kepada sistem kepangkatan yang ada. Seseorang pegawai dan anggota yang rendah pangkatnya perlulah menghormati dan mematuhi arahan dari pegawai dan lain-lain pangkat yang lebih kanan darinya.

Kumpulan Pegawai 

Kumpulan ini bermula dengan Leftenan Muda sehingga ke pangkat Jeneral. Terdapat tiga kelompok di bawah kumpulan ini iaitu Kumpulan Pegawai Kanan, Kumpulan Pegawai Medan dan Kumpulan Pegawai Muda.

1. Kumpulan Pegawai Kanan

Berikut merupakan senarai pangkat Kumpulan Pegawai Kanan beserta Lencana masing-masing bermula dengan pangkat yang paling tertinggi ke pangkat rendah:

Jeneral

Pangkat Jeneral merupakan pangkat yang tertinggi sekali dalam senarai pangkat-pangkat pegawai dalam Angkatan Tentera Darat Malaysia. Pada masa sekarang cuma terdapat seorang sahaja pegawai yang berpangkat Jeneral memegang jawatan Panglima Tentera Darat.

jeneral

Leftanan Jeneral

Pangkat Leftenan Jeneral adalah yang kedua terkanan dalam senarai pangkat pegawai dalam Angkatan Tentera Darat.

leftenan jeneral

Mejar Jeneral

Mejar Jeneral termasuk dalam golongan pangkat pegawai-pegawai yang terkanan dalam Tentera Darat. Seseorang yang menjawat jawatan ini adalah yang dipilih khas dan yang telah menunjukkan kecekapan yang cemerlang dari segalan aspek ketenteraan.

mejar jeneral

Brigedier Jeneral

Brigedier Jeneral adalah suatu pangkat permulaan untuk siri yang berpangkat Jeneral atau kadangkala dikenali sebagai Jeneral satu bintang. Pangkat ini sangat berkesan dalam sesuatu pergerakan. Kebijaksanaan pegawai yang menyandangnya menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu rancangan yang dijalankan.

BRIGEDIER JENERAL

Kolonel

Jawatan Kolonel dapat disandang oleh seorang Leftenan Kolonel yang sudah menyempurnakan tugas selama dua tahun dengan cemerlang. Namun ia bergantung pada kekosongan yang ada. Kebiasaannya, pangkat Kolonel dijawat oleh para pegawai yang menjadi Pengarah Kor atau Rejimen, Timbalan Penglima Peringkat Briged, sebagai Ketua Turus di peringkat Divisyen dan di tempat-tempat perjawatan yang sedia ada untuk pangkat Kolonel.

kolonel

Leftenan Kolonel 

Leftenan Kolonel telah menyempurnakan enam tahun perkhidmatan dengan memuaskan dalam pangkat Mejar. Seseorang Pegawai itu mestilah terlebih dahulu menjalani kursus di Maktan Turus Angkatan Tentera di dalam mahupun di luar negeri. Pegawai yang berpangkat ini adalah dalam golongan yang dikenali sebagai Pegawai-Pegawai Kanan

leftenan kolonel

2. Kumpulan Pegawai Medan

Kumpulan Pegawai Medan terdiri daripada pegawai berpangkat Mejar:

Mejar

Seorang Pegawai berpangkat Kapten yang telah lulus peperiksaan kenaikan pangkat ke Mejar, telah berkhidmat dengan sempurna selama lima tahun sebagai Kapten dan memperoleh sokongan adalah layak untuk dinaikkan pangkat ke Mejar.

mejar

3. Kumpulan Pegawai Muda

Senarai pangkat Kumpulan Pegawai Muda beserta Lencana masing-masing bermula dengan pangkat yang paling tertinggi ke pangkat terendah adalah seperti berikut:

Kapten

Pegawai yang berpangkat Kapten memikul tanggungjawab dan kepercayaan yang lebih luas. Pangkat ini diperloeh setelah lulus peperiksaan kenaikan pangkat Leftenan ke Kapten dan telah menyempurnakan perkhidmatan selama empat tahun dengan memuaskan dalam pangkat sebenar sebagai Leftenan.

kapten

Leftenan

Pangkat Leftenan diperoleh setelah menyempurnakan perkhidmatan selama empat tahun dengan memuaskan sebagai seorang Leftenan Muda. Tempoh perkhidmatan untuk Pegawai-Pegawai Bertauliah Tetap dikira bermula daripada tarikh mereka mejalankan Latihan Pegawai dan bagi Pegawai Jangka Pendek dikira mulai tarikh ditauliahkan.

leftenan

Leftanan Muda

Leftenan Muda ditauliahkan setelah tamat dengan jayanya menjalani latihan Pegawai Kadet dalam tempoh masa yang ditetapkan.

leftenan muda

Kumpulan Lain-Lain Pangkat

Kumpulan ini pula bermula dengan pangkat Prebet dan pangkat tertinggi adalah Pegawai Waren I. Tiga kelompok yang berada di bawah kumpulan ini adalah Kumpulan Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Kanan, Kumpulan Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah, Prebet.

1. Kumpulan Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Kanan

Berikut dikongsikan senarai pangkat Kumpulan Pegawai Tidak Tauliah beserta Lencana masing-masing bermula dari pangkat yang paling tinggi ke pangkat yang terendah:

Pegawai Waran I

Pegawai Waran I merupakan pangkat yang tertinggi dalam susunan pangkat anggota Lain-Lain Pangkat. Penghormtan yang tinggi bagi menjawat pangkat ini pada lazimnya dipilih daripada Pegawai Waran II yang paling kemas dan kacak dari segi pemakaian serta disiplin yang terpuji.

senarai pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) dan lencana

Pegawai Waran II 

Pegawai Waran II merupakan pangkat yang dapat disandang oleh seorang Staf Sarjan yang sangat matang dan berkebolehan dari segi pentadbiran dan pemimpinan.

senarai pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) dan lencana

Staf Sarjan 

Staf Sarjan pada lazimnya memiliki hitung panjang dua belas tahun perkhidmatan serta cukup syarat-syarat yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

staff sarjan

Sarjan

Mulai pangkat Sarjan mereka adalah dalam golongan yang dikenali sebagai Pegawai Tanpa Tauliah Kanan dan mula diterima sebagai ahli dalam Mes Pegawai Waran/Sarjan.

senarai pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) dan lencana

2. Kumpulan Pegawai PTT Rendah

Pangkat Kumpulan Pegawai Tidak Tauliah Rendah mengikut pangkat yang tinggi ke pangkat yang rendah adalah seperti berikut:

Koperal

Di peringkat Koperal, tugas dan tanggungjawab seorang pegawai tidak bertauliah semakin banyak. Sesudah menghadiri dan lulus dalam kursus-kursus yang diwajibkan dan mempunyai syarat-syarat perkhidmatan yang luas, Lans Koperal yang berkelayakan dianugerahkan pangkat Koperal. Dalam Kor Kavalri umpamanya, pangkat ini adalah untuk jawatan seperti Ketua Seksyen.

senarai pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) dan lencana

Lans Koperal

Pada lazimnya seorang perajurit yang memiliki kebolehan memimpin yang baik serta berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun akan dipilih serta diberi peluang untuk menghadiri kursus yang diwajibkan untuk menyandang pangkat Lans Koperal.

senarai pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) dan lencana

3. Prebet

Bagi Prebet pula tiada pangkat

SUMBER : Latar Belakang Tentera Darat Malaysia

Dalam zaman moden ini, penggunaan pangkat dalam angkatan tentera adalah universal. Ada kalanya negara-negara komunis memansuhkan pangkat. Sebagai contoh Tentera Merah Soviet pada tahun 1918 hingga 1935, Tentera Pembebasan Rakyat China pada tahun 1965 hingga 1988 dan Angkatan Tentera Albania pada tahun 1966 hingga 1991. Namun, selepas mengalami kesukaran operasi perintah dan kawal, penggunaan pangkat diwujudkan semula.

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Senarai Pangkat Dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) dapat menyumbangkan ilmu yang bermanfaat untuk anda. Semoga menjadi rujukan yang berguna buat semua.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *