Berita baik untuk penjawat awam di negara ini. Pembayaran bantuan khas sempena hari raya Aidilfitri 2023 pada 17 April 2023. Jika sebelum ini menerusi pengumuman pada Bajet, Perdana Menteri telah mengumumkan pada Majilis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam, Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak akan menerima RM700 sebagai bantuan tunai yang akan dibayar pada bulan Januari 2023. Tidak dilupakan pesara kerajaan yang akan menerima bayaran khas berjumlah RM350. Jadi bilakah tarikh pembayaran bantuan khas untuk penjawat awam yang diumumkan pada PREPR? Maklumat bantuan khas bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pembentangan PREPR telah dibuat oleh Perdana Menteri ke lapan, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat, 27 Mac 2020 (Akan dikemaskini). Pemberian bayaran khas atau bantuan tunai kali ini untuk kakitangan awam dilihat adalah sama seperti jumlah bayaran tahun yang lepas bagi bayaran khas bajet 2023.
- Tarikh pembayaran gaji 2023 kakitangan awam klik Jadual Gaji 2023.
Isi Kandungan
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kakitangan Awam Tahun 2023
BAYARAN INSENTIF AWAL KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM 2024
Pada pembentangan Belanjawan 2024, Menteri Kewangan mengumumkan bonus penjawat awam akan diberikan pada akhir bulan Februari 2024. Kadar bayaran adalah seperti berikut:
- RM2,000 : semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk juga kepada lantikan kontrak
- RM1,000 : semua jawatan utama sektor awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform
- RM1,000 : pesarak kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen
BANTUAN KHAS PENGHARGAAN PENJAWAT AWAM 2023
Pada 27 Julai 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam yang akan disalurkan dalam tempoh dua minggu lagi pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani. Bantuan berjumlah RM300 untuk Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai / kakitangan lantikan kontrak., manakala RM200 bagi pesara kerajaan, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteren tidak berpencen. Bayaran akan dibayar pada 10 Ogos 2023.
INFO BANTUAN KHAS KEWANGAN
Menurut pengumuman perdana menteri, Bantuan khas kewangan sebanyak RM700 diberikan untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Manakala bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen akan diberikan sebanyak RM350.
Pembayaran Bonus/ Bantuan Khas Penjawat Awam/ Pesara Bajet 2023
Berikut adalah jadual tarikh pembayaran bantuan khas penjawat awam dan pesara pada Bajet 2023 :-
NO | KAKITANGAN AWAM | JUMLAH (RM) | TARIKH PEMBAYARAN |
1 | BAYARAN KHAS 2022 | 700 | 17 JANUARI 2023 |
2 | BAYARAN KHAS HARI RAYA | 700 | 14 APRIL 2023 |
3 | JUMLAH BAYARAN | 1,400 | – |
NO | PESARA KERAJAAN | JUMLAH (RM) | TARIKH PEMBAYARAN |
1 | BAYARAN KHAS 2022 | 350 | 17 JANUARI 2023 |
2 | BAYARAN KHAS HARI RAYA | 350 | 14 APRIL 2023 |
3 | JUMLAH BAYARAN | 650 | – |
Kategori Pegawai Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023
1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
2. Pegawai yang bercuti bergaji penuh
3. Pegawai yang bercuti separuh gaji
4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji
5. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.
6. Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 17 April 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut
7. Guru interim
8. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya
9. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
Kategori Pegawai Yang Tidak Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023
1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023
3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023
4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023
5. Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun yang diasingkan saraan.
Maklumat lanjut berkaitan Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bonus atau Bayaran Khas, sila rujuk kepada Surat Edaran JPA.800-3/2/4(24) Tahun 2023
Bayaran Khas Aidilfitri 2023
1. Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2023 akan dibayar pada 17 April 2023
2. Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri bagi tahun 2023
3. Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri 2022 adalah seperti berikut:-
i) RM700 – Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah (hampir 1.5 juta orang)
ii) RM350 – Pesara Kerajaan (hampir 0.8 juta orang)
4. Pembayaran akan dilakukan pada 17 April 2023
5. Bantuan akan diberikan kepada pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service, Pegawai Sambilan Harian (serta lantikan daripada MySTEP)
Bayaran Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam Negeri
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan jumlah dan Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk Kakitangan Awam negeri yang terlibat.
Berikut adalah senarai Kerajaan Negeri yang memberikan Bantuan Khas Kewangan sempena perayaan Aidilfitrii untuk Penjawat Awam Negeri masing-masing beserta jumlah dan tarikh pembayaran bantuan khas :-
NO | KAKITANGAN AWAM NEGERI | JUMLAH (RM) | TARIKH PEMBAYARAN |
1 | PERAK | 700 | 17 April 2023 |
2 | PULAU PINANG | 0.75 sebulan gaji atau minimum 1,500 | 17 April 2023 |
3 | SELANGOR | Sebulan gaji atau minimum 1,000 | 21 April 2023 |
4 | JOHOR | Setengah bulan gaji | April 2023 |
5 | KEDAH | 1,000 | 18 April 2023 |
6 | NEGERI SEMBILAN | 1,000 | 14 April 2023 |
7 | SARAWAK | – | – |
8 | MELAKA | Suku bulan gaji | April 2023 |
9 | PAHANG | 1,200 | April 2023 |
10 | KELANTAN | 700 | April 2023 |
11 | SABAH | 700 | 17 April 2023 |
12 | TERENGGANU | 700 | April 2023 |
13 | PERLIS | – |
Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran Bantuan Khas ini boleh dijadikan panduan dalam membuat jadual perbelanjaan untuk tahun depan. Antaranya untuk perbelanjaan persekolahan, cuti sekolah dan sebagainya.