Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Online. Borang Cara mohon bantuan menyanbung pengajian tinggi buat rakyat Selangor.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Berita baik buat rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan yang memerlukan pinjaman pengajian pelajaran mereka, Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor sesi 1 2023 kini dibuka secara online sehingga 14 Jun 2023. Anak-anak Selangor yang berkelayakan adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan dengan meneliti syarat-syarat dan maklumat permohonan pinjaman yang dikongsikan.

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor adalah merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara Malaysia.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor Online (Borang Dan Syarat)

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor meliputi syarat kelayakan, syarat akademik, temuduga dan semakan keputusan.

Tarikh Permohonan 

15 Mei hingga 14 Jun 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Sebelum mebuat permohonan, sila pastikan anda melepasi syarat-syarat kelayakan permohonan dan akademik yang disertakan di bawah ini.

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

1. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau

2. Pemohon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (IPTA atau IPTS dalam negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan)

4. Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.

5. Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM20,000 sebulan (gaji pokok)

6. Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.

7. Sertakan SALINAN SIJIL LAHIR PEMOHON, SALINAN MY KAD PEMOHON, BAPA DAN IBU, SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH (RENDAH DAN MENENGAH), SALINAN KEPUTUSAN SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA, SALINAN SLIP GAJI TERKINI (ibu dan bapa/penjaga), PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI/TIDAK BEKERJA/SURI RUMAH sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)

8. Pemohon dan ibu bapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan PENGESAHAN MASTAUTIN yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA

Syarat Kelayakan Akademik

1) Ijazah Sarjana Muda Pertama

Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

2) Diploma

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.

3) Sijil (IPTA)

Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM. (IPTA)

4) Sijil (bidang kemahiran dan teknikal sahaja)

Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM

Cara Buat Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS. Sila klik pautan dibawah untuk membuat permohonan :

Applikasi Permohonan Pinjaman Pelajaran Selangor

Sesi Temuduga

Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga.

Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya

Tawaran

Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan.

Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga

Semakan Temuduga / Keputusan Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa.

Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri.

Kuota Penerima Pinjaman

Kuota 1,500 peminjam sahaja setahun.

Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun.

Kriteria Pemilihan

Mengisi dan memuatnaik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP.

Memenuhi semua syarat kelayakan memohon.

Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga

Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira.

Pemohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman.

Kadar Pinjaman

Jumlah pinjaman setahun mengikut bidang pengajian adalah seperti berikut :-

IJAZAH PERUBATAN (PERUBATAN/PERGIGIAN) : RM 7,000

IJAZAH SARJANA MUDA : RM 6,500 (IPTA/IPTS), RM4,500 (UiTM, POliteknik & Kolej Komuniti)

DIPLOMA : RM 4,900 (IPTA/IPTS), RM3,500 (UiTM, POliteknik & Kolej Komuniti)

SIJIL : RM 3,000

Nota

Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.

Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.

Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.

Kaedah Pembayaran Pinjaman Kepada Pelajar

Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.

Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.

Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.

Maklumat Lanjut Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Pemohon boleh merujuk Iklan Permohonan untuk maklumat lanjut atau hubungi :-

Urus Setia Cawangan Biasiswa Dan Pinjaman Pelajaran,
Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon

03 – 5544 7000 – Talian Umum Pejabat SUK Selangor
Unit Permohonan 03 – 5521 2275 / 03 – 5544 7484
03 – 5544 7482 – Unit Kewangan & Bayaran
03 – 5544 7480 / 7481 – Unit Penguatkuasaan & Pengurangan Bayaran
Unit Task Force 03 – 5521 2430

E-mel : tkwbns@selangor.gov.my

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pinjaman bagi memudahkan lagi urusan pengajian tinggi anda.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *