in

Permohonan PPAM Online (Borang/ Syarat Kelayakan)

Borang Permohonan Online PPAM. Apakah syarat permohonan/ kelayakan dan bagaimana cara untuk membuat permohonan PPAM secara online? Berita baik buat kakitangan awam kerajaan yang ingin memiliki rumah sendiri terutama di bandar-bandar besar yang berharga terlalu mahal. Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2013 bakal menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam terutama buat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada kakitangan awam terutamanya yang di dalam kategori pendapatan rendah serta sederhana untuk membeli rumah yang tidak melebihi RM300,000 seunit terutamanya di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia.

Permohonan PPAM

Permohonan Online Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Menurut Portal Rasmi PPAM, Skim PPAM adalah bertujuan untuk membantu penjawat awam khususnya golongan muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Ianya adalah satu skim perumahan mampu milik untuk kakitangan kerajaan yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian. Kesemua projek PPAM dikendalikan oleh unit PPAM, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menerusi pembentangan Bajet 2018, Kerajaan bakal memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion untuk perumahan mampu milik termasuk 210,000 PR1MA, 25,000 unit PPAM, 17,300 PPR dan 3,000 rumah mesra rakyat.

Spesifikasi Rumah PPAM

Rumah yang ditawarkan oleh PPAM adalah dari jenis apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo (sesebuah). Berikut dikongsikan di antara spesifikasi rumah PPAM :-

  1. Jenis rumah (Type) : Bertingkat/ apartmen atau bertanah. Semua jenis apartmen hendaklah perlu disediakan kemudahan lif
  2. Saiz rumah : Keluasan hendaklah sekurang-kurangnya 850 kaki persegi (kp). Setiap rumah pula perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  3. Reka bentuk: konsep perlu mengambil kira penjimatan kos pembinaan dan penyelenggaraan, keselesaan penghuni dari segi pencahayaan dan pengudaraan
  4. Kemudahan perumahan adalah seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  5. Harga rumah bermula dari RM90,000 sehingga RM300,00

Borang Permohonan PPAM Online

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan PPAM/ pendaftaran secara online buat panduan penjawat awam yang berminat. Ianya meliputi maklumat syarat kelayakan, borang permohonan online, cara hubungi, projek PPAM terkini dan panduan pemohonan. Untuk makluman, Projek PPAM kini dibina di bandar-bandar utama seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada kakitangan kerajaan yang berhasrat untuk miliki rumah sendiri.

Syarat Kelayakan Permohonan PPAM Online

Semua kakitangan awam termasuk yang bekerja di tempat yang disenaraikan di bawah ini adalah layak untuk memohon skim perumahan PPAM:

  1. Kerajaan Persekutuan
  2. Kerajaan Negeri
  3. Pihak Berkuasa Negeri/ Tempatan
  4. Badan Berkanun Persekutuan
  5. Badan Berkanun Negeri

Syarat kelayakan permohonan yang lain termasuklah :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kakitangan awam dari kesemua gred jawatan layak memohon termasuklah yang sudah berpencen dan kontrak
  3. Pemohon boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa namun pemohon boleh ditawarkan salah satu produk sahaja bagi setiap isi rumah (sekiranya berjaya)
  4. Moratorium selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri dan anak-anak

Panduan Permohonan PPAM Online

Permohonan dan pendaftaran PPAM boleh dilakukan secara atas talian atau Online berdasarkan panduan berikut :-

  1. Lakukan pendaftaran akaun di pautan di bawah:
  2. Pilih lokasi pilihan berdasarkan projek-projek terbaru PPAM
  3. Permohonan boleh dilakukan melalui pautan berikut:
  4. Semak kelayakan pinjaman dengan LPPSA/bank komersial sebelum memilih jenis unit yang dikehendaki
  5. Undian akan dijalankan oleh Bahagian PPAM
  6. Sekiranya berjaya, pemohon akan dimaklumkan menerusi email dan paparan dalam laman web PPAM
  7. Bayaran deposit sebanyak 2% daripada harga rumah perlu disediakan sewaktu menandatangani Perjanjian Jual & Beli (SPA)
  8. Kunci serta hartanah akan diserahkan secara rasmi sebaik sahaja Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperoleh, menjadikan anda pemilik kediaman PPAM

Untuk maklumat lanjut berkaitan Permohonan PPAM, berikut adalah grafik proses permohonan PPAM dari awal hingga akhir :-

Permohonan PPAM Online

Semakan Permohonan PPAM Online

Pemohon boleh melakukan semakan permohonan di pautan berikut:

Maklumat Lanjut PPAM

Berikut adalah pautan penting buat rujukan pemohon dalam mendapatkan maklumat berkaitan PPAM.

  1. Manual Pengguna
  2. Soalan Lazim PPAM (FAQ)
  3. Senarai Projek PPAM

Alamat/ No Telefon & Fax

  • Bahagian PPAM
    Jabatan Perumahan Negara
    KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
    Aras 32, No.51 Persiaran Perdana
    Presint 4, 62100 Putrajaya
  • Telefon : 603-80008000
    Faks : 603-88915588
    Email: bantuan.ppam@kpkt.gov.my

Waktu Perkhidmatan

  • Isnin hingga Jumaat (08:00 Pagi hingga 05:00 Petang)

Diucapkan selamat membuat Permohonan online PPAM. Sila baca syarat kelayakan permohonan sebelum memohon. Semoga hasrat anda untuk memiliki rumah sendiri tercapai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

senarai alamat dan alamat laman web jpn negeri

Senarai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Di Malaysia

Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2018 Online

Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2020