Permohonan Program JUMPER PUNB 2023 Online (Usahawan Muda). Maklumat terkini cara memohon Program JUMPER 'Start Up' PUNB program khas mensasarkan graduan muda Bumiputera untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

Permohonan Program JUMPER PUNB 2023 Online

Berita baik buat rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan. Mereka yang berkelayakan boleh memohon menyertai Program JUMPER anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Program JUMPER PUNB ini telah dijalankan dijalankan sejak tahun 2010 lagi yang dahulunya dikenali sebagai Program Siswazah Perantis PUNB. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Program JUMPER PUNB 2023 secara Online.

PUNB merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam meningkatkan jumlah dan juga kualiti usahawan Bumiputera yang terlibat dalam sektor perniagaan dalam bidang ekonomi strategik di negara ini. PUNB bukan sahaja menawarkan sokongan dari segi kewangan, malah khidmat nasihat, rundingan serta latihan kepada individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan. Antara inisiatif yang telah dibangunkan PUNB termasuklah Skim Budding PUMA, Prosper Usahawan Muda dan juga Program JUMPER.

Permohonan Program JUMPER PUNB

Permohonan Program JUMPER PUNB 2023 (Borang Online)

Program JUMPER PUNB yang terkini ditawarkan adalah Program JUMPER ‘Start Up’. Program ini adalah program khas yang disasarkan kepada graduan muda Bumiputera yang membuat pilihan keusahawanan sebagai pilihan kerjayanya.

Usaha ini diperkenalkan untuk melahirkan bakal usahawan muda yang berdaya tahan serta dinamik dalam bidang peruncitan dan pengedaran perniagaan.

Tarikh Permohonan JUMPER ‘Start Up’ 2023

Bagi sesi pengambilan Februari 2023 iaitu untuk Program JUMPER ‘Start Up’ 2023, tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 23 Disember 2022 (Jumaat)

Syarat Kelayakan Program JUMPER START UP

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dilepasi untuk menyertai Program JUMPER ‘Start Up’:

  1. Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan tunjuk ajar dalam bidang perniagaan ke arah global
  2. Merupakan seorang Bumiputera yang berumur tidak lebih daripada 30 tahun semasa tarikh pendaftaran
  3. Merupakan seorang pemegang Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas), Diploma atau Ijazah dari Institusi Pengajian yang diiktiraf Kerajaan
  4. Pernah mempunyai paling kurang enam (6) bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa dalam pengajian) dalam apa jua bidang/industri
  5. Sanggup dan boleh memberi komitmen menjalani latihan sepenuh masa
  6. Berminat untuk membuka perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan

Panduan Permohonan Program JUMPER PUNB Online

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah:

  1. Klik pautan berikut untuk mengakses laman web PUNB:
  2. Di ruangan JUMPER ‘Start Up’ / Pendaftaran Permohonan, muat turun borang pendaftaran

Calon juga dikehendaki menghantar permohonan yang lengkap beserta dokumen berikut:

  1. Salinan MyKad / Kad Pengenalan
  2. Resume
  3. Salinan Sijil Akademik tertinggi

Sila hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan dan pastikan:

  • Semua ruangan di dalam borang permohonan wajib diisi
  • Maklumat yang diisi benar dan tepat
  • Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (jika ada) untuk tempoh 2 bulan terkini
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses

Kelebihan Program JUMPER ‘Start Up’

Peserta-peserta yang terpilih menyertai program ini akan digelar perantis. Program ini dapat membantu para perantis bagi memahami dan mempelajari selok-belok dunia perniagaan menerusi sesi yang dipanggil latihan sangkut di syarikat-syarikat bawah naungan PUNB yang juga sebagai Mentor kepada perantis.

Bukan sahaja kursus dan latihan teori yang akan dilalui perantis, malah mereka secara langsung akan didedahkan serta dapat belajar dengan situasi sebenar mengenai pengurusan perniagaan dalam industri yang dipilih. Dalam masa yang sama, perantis juga turut berpeluang meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka sebagai persediaan bagi menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Keistimewaan Program JUMPER START UP

Selain daripada kelebihan yang dinyatakan, terdapat banyak lagi keistimewaan menjadi perantis dalam Program JUMPER ‘Start Up’ ini. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Elaun sara diri bulanan sebanyak RM1,200 akan diberikan kepada perantis
  2. Perantis akan menyertai program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan
  3. Modul dan latihan diberikan secara percuma
  4. Setelah tamat latihan, perantis yang berkelayakan serta berminat untuk menjalankan perniagaan mempunyai peluang untuk mendapatkan peluang pembiayaan maksimum RM100,000 atau RM300,000 bagi memulakan perniagaan.*Tertakluk kepada terma dan syarat
  5. Sehubungan itu, program ini juga menyediakan mentor bagi membimbing para perantis dalam mengetahui lebih mendalam tentang ilmu perniagaan. Mentor-mentor tersebut adalah:
    • Kebanyakannya adalah daripada syarikat dan perniagaan yang berada di bawah naungan PUNB
    • Juga merupakan syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB

Iklan Permohonan Program JUMPER PUNB 2023

Untuk butiran lanjut, rujuk iklan di bawah:

Maklumat Lanjut Permohonan Program JUMPER PUNB 2023

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenari Program JUMPER ‘Start Up’ PUNB, sila hubungi butiran yang disediakan berikut:

  • Talian Bebas Tol: 1300 13 7862
  • Emel: jumper@punb.com.my

Semoga perkongsian mengenai Permohonan Program JUMPER PUNB ‘Start Up’ PUNB ini dapat membantu para graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menjadi seorang usahawan dapat merealisasikan impian mereka. Diharap program ini dapat membantu memajukan lagi ekonomi negara kita di samping membantu mewujudkan peluang pekerjaan bagi para graduan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *