Berita baik buat lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Berikut dikongsikan maklumat Permohonan IKM KKTM Dan MJII sesi April dan Julai 2021
Menerusi makluman TVETMARA, sebelum ini permohonan online untuk kemasukan ke KKTM Petaling Jaya dibuka untuk sesi April dari 17 Februari 2021 sehingga 28 Februari 2021. Untuk semua KKTM dan IKM selain MJII, KKTM Kuantan/ Ledang, permohonan sesi Julai 2021 akan dibuka dari 17 Februari 2021 sehingga 5 April 2021.
Permohonan online melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII).
Isi Kandungan
Permohonan IPMA MARA Sesi April, Julai 2021 : KKTM IKM MJII
Pengambilan pelajar ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) adalah dibuat dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai setiap tahun. Untuk tahun ini, dijangkakan sesi April 2021 dibuka untuk kemasukan ke KKTM Petaling Jaya, manakala sesi Julai 2021 bagi kemasukan ke IKM, MJII, KKTM Kuantan, KKTM Ledang. Jika terdapat sebarang perubahan akan dikemaskini semula. Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :-.
- Kemasukan April dan Julai melalui applikasi spupim – percuma
- Kemasukan Julai melalui Permohonan UPU – perlu membeli no. pin unik id UPU atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma
Senarai IKM/ KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan
Sila klik untuk mendapatkan maklumat senarai lokasi dan kursus yang ditawarkan :-
Permohonan IKM KKTM Dan MJII Januari 2021 Online
Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan sesi Januari 2021 akan di buka seperti maklumat berikut :-
- Tarikh Buka : Akan dikemaskini
- Tarikh Tutup : Akan dikemaskini
Applikasi Borang Permohonan IPMA Online : Sila Klik http://apponline.mara.gov.my/spupim/
- Pengguna baru perlu mendaftar dahulu dengan mengisi maklumat No Kad Pengenalan, emel, kata laluan, pengesahan kata laluan dan kod keselamatan di ruangan yang disediakan
- SPUPIM adalah sistem berkomputer utama yang digunakan dalam proses pengambilan pelajar lepasan SPM, STPM, Sijil dan Pra Diploma ke institusi pendidikan MARA. SPUPIM adalah proses berkomputer bagi urus tadbir pengambilan pelajar ke institusi pendidikan MARA
Permohonan IKM KKTM & MJII April 2021
(KKTM Petaling Jaya)
- Tarikh Buka : 17 Februari 2021
- Tarikh Tutup : 28 Februari 2021
Sesi Julai 2021
Maklumat permohonan sesi Julai 2021 adalah seperti berikut :-
- Tarikh Buka : 17 Februari 2021
- Tarikh Tutup : 5 April 2021
Syarat Am Kelayakan Permohonan IPMA
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan berdasarkan kepada program pengajian :-
Program Sijil
- Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 40 tahun
- Sihat tubuh badan
- Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
Program Diploma
- Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 40 tahun
- Sihat tubuh badan
- Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
Cara Hubungi IPMA
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila rujuk Portal Rasmi TVETMARA KKTM & IKM di https://www.tvetmara.edu.my/ atau di Facebook TVETMARA.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, - Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
- +60 3 2613 4258
- +60 3 2691 4510
- infobkt@mara.gov.my
- Unit Pengambilan Pelajar,
Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-
- KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
GMI : 03-8921 9047 / 9288
KKTM : 03-261 34605/ 34612
KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033
Selamat membuat Permohonan. Diucapkan selamat berjaya dalam permohonan ini dalam mencapai hasrat meneruskan pengajian tinggi anda.