Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang Online (Cara Daftar). Maklumat pendaftaran baru rumah makmur pahang beserta pautan borang online dan syarat kelayakan memohon rumah mampu milik pahang.

Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang Online

Berita baik untuk penduduk atau warga negeri Pahang khususnya rakyat kelahiran negeri Pahang yang berkelayakan, kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan projek rumah mampu milik yang dikenali sebagai Rumah Makmur Negeri Pahang. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang meliputi cara pendaftaran, syarat kelayakan dan pautan borang.

Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri Pahang, Projek Rumah Makmur adalah projek rumah mampu milik iaitu penambahbaikan kepada program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Pahang. Menteri Besar Pahang telah mengumumkan pada tahun 2018 bahawa kerajaan negeri akan membina 4,000 unit Rumah Makmur lagi berikutan kejayaan program PR1MA yang telah menawarkan 15,000 unit rumah di seluruh negeri.

Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang Online

Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap rumah mampu milik dan harga rumah PR1MA  yang agak tinggi iaitu RM150,000 seunit, sebahagian rakyat masih tidak mampu untuk memilikinya. Justeru itu Rumah Makmur akan dijual dengan harga yang lebih mampu milik iaitu RM80,000 seunit dengan syarat pendapatan seisi rumah pemohon RM5,000 dan ke bawah.

Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang Secara Online

Permohonan bagi projek Rumah Makmur negeri Pahang boleh dibuat melalui satu cara sahaja iaitu secara atas talian di laman sesawang sistem perumahan awam Pahang seperti pautan di bawah:

  • Applikasi Sistem Perumahan Awam Pahang
  • Pilih Permohonan Makmur pada menu Permohonan
    • Nota: Masukkan No. MyKad untuk membuat pendaftaran baru atau mengemaskini permohonan dengan klik pada butang SEMAK

Arahan Dalam Membuat Permohonan Rumah Makmur Pahang

  1. Pemohon hendaklah memastikan anda melepasi syarat permohonan (seperti dinyatakan di bawah) sebelum memohon.
  2. Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
  3. Setiap medan bertanda * adalah wajib diisi.
  4. Pastikan pemohon klik pada butang SIMPAN selepas mengisi borang.
  5. Pemohon dibenarkan mengemaskini semula borang selagi belum klik butang HANTAR PERMOHONAN. Setelah selesai, tandakan ruangan PENGAKUAN dan klik pada butang HANTAR PERMOHONAN
  6. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan cetak Slip Penerimaan Pendaftaran serta kemukakan bersama dokumen sokongan seperti di senarai semak dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan ini dan hantar ke Bahagian Perumahan atau cawangan Pejabat Daerah dan Tanah. Klik pada pautan di bawah untuk melihat rujukan alamat yang lengkap.

Syarat Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
  2. Pendapatan isi rumah berjumlah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
  3. Tidak memiliki tanah (syarat tanah : bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan atas nama pemohon atau suami / isteri pemohon.
  4. Belum pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan / Swasta) atau kos sederhana rendah.
  5. Bukan terdiri daripada peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan.
  6. Telah tinggal dan menetap di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima tahun.
  7. Pemohon atau suami/ isteri tidak pernah gagal pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.

Dokumen-dokumen yang Perlu Dikemukakan

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan semasa Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang :-

  1. Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
  2. MyKad / Kad Pengenalan Pemohon (Satu Salinan)
  3. Kad Pengenalan Suami / Isteri (Satu Salinan)
  4. Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Penceraian (Satu Salinan)
  5. Sijil Kelahiran Pemohon (Satu Salinan)
  6. Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesagan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Sekiranya tiada slip gaji) – (Satu Salinan)
  7. Surat Perakuan Majikan – (Satu Salinan)
  8. Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Sekiranya tiada slip gaji) – (Satu Salinan)
  9. Penyata Taksiran Cukai Pendapatan – (Satu Salinan)
  10. Dokumen pembuktian tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Sekiranya pemohon bukan lahir di Negeri Pahang) – (Satu Salinan)
  11. Surat Akuan Sumpah

Jenis Dan Spesifikasi Rumah Makmur

  1. Keluasan Lot Minimum (Landed) : 20′ x 65′ (1,300 kaki persegi)
  2. Keluasan Lot Minimum (Rumah Bertiang) : 20′ x 55′ (1,100 kaki persegi)
  3. Luas Binaan Minimum (tidak termasuk anjung) : 800 kaki persegi
  4. Bilik Tidur : 3 Bilik – Keluasan Minimum :-
    • Luas bilik tidur utama ialah 10’x16′ (160 kaki persegi)
    • Luas bilik tidur 2 dan 3 ialah 10′ x 12′ (120 kaki persegi)
  5. Bumbung : Metal deck / Jubin Konkrit
  6. Bilik Air : 2 Bilik Air
  7. Kemasan Lantai :
    • Ruang Tamu – Jubin Seramik
    • Ruang Makan – Jubin Seramik
    • Dapur – Jubin Seramik
    • Bilik Air – Jubin Seramik
    • Bilik Tidur – Lepasan Simen
  8. Kemasan Dinding : Dapur dan Bilik Air – Jubin Seramik 5 kaki tinggi

Lokasi Projek Rumah Makmur Pahang 

Menurut Menteri Besar Pahang, terdapat sebanyak 563 unit Rumah Makmur sudah dibina di Kampung Tiram, Indera Mahkota Kuantan, 189 unit di Bandar Tun Razak, Jengka, Lipis dan 200 unit di Keratong, dan 290 unit di Kuala Lanar, Lipis.

Untuk melihat senarai penuh projek Rumah Makmur Pahang, sila lihat pautan yang disediakan di bawah:

Maklumat Lanjut Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang

Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Projek Rumah Makmur Pahang, sila hubungi maklumat berkenaan:

  • Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Wisma Sri Pahang, 25503, Kuantan, Pahang.
  • Telefon: 609-5126600
  • Faks: 609-5156106
  • Email: webmast@pahang.gov.my
  • Facebook : Kerajaan Negeri Pahang

Diucapkan selamat maju jaya buat pemohon yang berminat untuk memohon memiliki Rumah Makmur Pahang. Semoga perkongsian Permohonan Projek Rumah Makmur ini dapat memudahkan para pemohon untuk membuat permohonan dan berjaya memiliki sebuah rumah mampu milik.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *