in

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019

Berita baik buat penduduk atau rakyat negeri Terengganu yang belum mempunyai lesen motosikal dan berkelayakan. Anda berpeluang untuk mendapat lesen tersebut secara percuma. Kerajaan Negeri Terengganu yang telah diterajui oleh PAS setelah memenangi Pilihan Raya Umum 14 yang lepas akan melaksanakan manifesto yang dijanjikan. Berikut adalah cara Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera (LMTS) 2019 secara online dan borang manual.

Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta dana bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal khusus untuk golongan belia ini menerusi pembentangan Bajet 2019. Program ini mensasarkan seramai 25,000 belia serta beliawanis yang berusia dalam lingkungan 16 sehingga 40 tahun untuk mendapat manfaat daripada program LMTS 2019 ini. Bantuan ini juga diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penduduk Terengganu.

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019 online

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Percuma Sejahtera 2019 Secara Online & Borang Manual

Seperti bantuan kerajaan yang lain, mereka yang berminat untuk mendapatkan bantuan LMTS 2019 ini hendaklah membuat permohonan bagi melayakkan diri menerima bantuan. Permohonan bagi Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera tahun 2019 boleh dibuat melalui cara di bawah:

1. Permohonan Atas Talian

Permohonan LMTS boleh dilakukan secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi Bantuan Terengganu iDana seperti yang disediakan di bawah:

  • Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019 Online
  • Arahan:
    • Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik butang Semak
    • Tanda pada kotak Lesen B2 dan klik permohonan baru
    • Baca syarat kelayakan dan tandakan pada ruangan pengakuan serta klik butang Setuju
    • Isi maklumat permohonan dengna lengkap dan klik butang hantar permohonan.

2. Permohonan Menggunakan Borang

Pemohon juga boleh membuat permohonan LMTS dengan mengisi borang secara manual yang boleh didapati di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan berdekatan. Borang-borang tersebut perlulah dihantar semula ke Pejabat DUN, MPKK, dan i-MiTS yang berhampiran.

Tarikh Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019

Permohonan melalui kedua-dua kaedah tersebut boleh dilakukan dalam tarikh yang ditetapkan sahaja seperti di bawah:

  • Tarikh Buka : 1 Februari 2019
  • Tarikh Tutup : 1 Mac 2019

Penerima yang layak mendapat bantuan ini dijangka akan menerima bantuan dalam bentuk baucar pada 15 April 2019. Baucar tersebut hendaklah dibawa ke Institut Latihan Memandu dan seterusnya menjalani latihan dan peperiksaan sehingga lulus dan berjaya mendapat lesen motosikal B2.

Syarat Kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019

Berikut adalah syarat kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019 buat rujukan pemohon :-

SYARAT KELAYAKAN LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA 2019

No 1Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian atau manual
No 2Pemohon hendaklah berusia 16 hingga 40 tahun bagi Lesen B2 sahaja
No 3Bantuan ini dibuka kepada individu yang bujang dan juga yang sudah berkahwin
No 4Pemohon hendaklah merupakan anak jati negeri Terengganu atau bermastautin melebihi 10 tahun (Perlu Pengesahan MPKK)
No 5Jumlah pendapatan bulanan pemohon hendaklah tidak lebih RM2,000.00 sebulan (mengikut gaji pokok)
No 6Program ini adalah program pertama kali sahaja dan tiada program susulan. Permohonan yang telah gagal kali pertama tidak layan memohon
No 7Pemohon yang masih belajar di Sekolah/IPT/Pusat Kemahiran layak memohon tetapi perlu pengesahan tempat masing-masing
No 8Latihan atau Kursus di Institut Latihan Memandu dalam negeri Terengganu sahaja dan peserta perlu menghadiri ke tempat yang telah dipilih oleh Kerajaan Negeri sahaja
No 9Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada MPKK beserta salinan dokumen berikut:
i. MyKad Pemohon
ii. Slip gaji @ Pengesahan Tempat Belajar (Salah satu berkaitan)
iii. Buat pemohon yang tiada slip gaji, sila kemukakn Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK dan Penghulu Mukim.
No 10Pemohon hendaklah tidak disenarai hitam oleh JPJ dan PDRM
No 11Kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri hanyalah kos membuat lesen dan insuran sahaja tidak termasuk kos yang dikenakan oleh oleh Institut Memandu kepada pemohon seperti kos pengangkutan dan lain-lain.
No 12Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda mana-mana syarat di atas dari semasa ke semasa

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera

Semua pemohon yang telah membuat permohonan LMTS 2019, boleh melayari laman web i-dana untuk menyemak status kelayakan permohonan bermula 4 April 2019.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah:

  • Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggganu Tingkat 15, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
  • Telefon : 09-623 1957
  • Faksimili : 09-625 1990
  • Emel : webmastersuk@terengganu.gov.my

Diucapkan selamat maju jaya bagi pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan para pemohon untuk mengetahui lebih lanjut proses permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera bagi tahun 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kemaskini BSH 2019 Online melalui MyBSH

Kemaskini BSH 2019 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat (MyBSH)

Senarai Bantuan Kerajaan 2019 golongan b40

Senarai Bantuan Kerajaan 2019 Oleh Pakatan Harapan