in

Permohonan Rumah PPR Online Program Perumahan Rakyat Seluruh Negeri

Berita baik buat rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah dan belum memiliki rumah sendiri. Tahukah anda tentang Program Perumahan Rakyat (PPR)? Sudahkah anda membuat permohonan PPR? Sekiranya belum, berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara membuat Permohonan Rumah PPR Online termasuk syarat permohonan dan langkah untuk membuat semakan status permohonan PPR Online.

Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan menjalankan Program Perumahan Rakyat ini bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah. Hal ini kerana rata-rata harga rumah sekarang adalah melampaui kemampuan rakyat. Justeru itu, ia menyebabkan kesukaran untuk seseorang individu memiliki rumah sendiri terutamanya yang terletak di bandar-bandar besar.

Permohonan Rumah PPR Online

Maka dengan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat, masalah kekurangan perumahan dapat diselesaikan. Pada masa yang sama, ia dapat membantu mengurangkan masalah setinggan yang dihadapi oleh masyarakat kerana program ini memberi keutamaan terhadap golongan B40.

Permohonan Rumah PPR Online Borang Program Perumahan Rakyat Setiap Negeri

Program ini amat menggalakkan penyertaan golongan yang berpendapatan kurang dari RM 2,500 sebulan. Disebabkan sebuah rumah biasa pun sudah mencecah enam angka dalam harga pasaran, menerusi program inilah kelompok berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Hal ini kerana rumah-rumah PPR disewa dan dijual dengan harga yang mampu dimiliki. Berikut merupakan kadar harga rumah PPR:

  • Sewa: RM 124 sebulan (untuk golongan berpendapatan rendah)
  • Jual: RM 30,000 – RM 35,000 seunit (rumah untuk dijual hanya dilaksanakan di negeri Pahang buat masa ini)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH PPR ONLINE

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sekiranya ingin membuat permohonan PPR:
No 1 Warganegara Malaysia.
No 2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
No 3 Mempunyai pendapatan bulanan isi rumah kurang dari RM 2,500. 
No 4 Pemohon mestilah belum memiliki rumah.
No 5 Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH PPR ONLINE

Untuk membuat permohonan rumah PPR Online, klik pada pautan yang disediakan di bawah. Pautan-pautan ini merupakan laman web rasmi pihak berkuasa tempatan untuk setiap negeri. Untuk negeri yang tidak menawarkan permohonan secara atas talian, pemohon hendaklah membuat permohonan secara manual dengan menghadirkan diri ke Pejabat Bahagian Perumahan negeri yang terlibat.
Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan yang akan menguruskan Proses permohonan dan pengisian.
Prosedur permohonan, syarat-syarat kemasukan serta cara/kaedah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing.
No 1 JOHORNo 6 PAHANGNo 11 PERLIS
No 2 MELAKANo 7 PERAKNo 12 PULAU PINANG
No 3 NEGERI SEMBILAN No 8 KELANTANNo 13 SARAWAK
No 4 SELANGORNo 9 KEDAHNo 14 SABAH
No 5 KUALA LUMPURNo 10 TERENGGANUNo 15 LABUAN

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH PPR ONLINE

Berikut dikongsikan maklumat serta cara membuat semakan status permohonan PPR Online bagi yang telah mengemukakan permohonan:

CIRI-CIRI RUMAH PPR 

Ciri-ciri rumah PPR adalah seperti berikut:
No 1 Rumah teres untuk kawasan pinggir bandar rumah PPR.
No 2 Rumah 5 hingga 18 tingkat untuk rumah di kawasan bandar besar rumah PPR.
No 3 Mempunyai tiga sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, sebuah ruang dapur dan dua buah bilik air. 
No 4 Memiliki keluasan 700 kaki persegi atau lebih.
No 5 Dilengkapi dengan fasiliti asas. Antaranya adalah Surau, Ruang Niaga, Dewan Komuniti dan Ruang Sampah. 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh kunjungi alamat, layari laman web atau hubungi nombor telefon yang disediakan di bawah:

Semoga dengan perkongsian ini, urusan anda untuk membuat permohonan rumah PPR dipermudahkan. Selamat berjaya memiliki rumah Program Perumahan Rakyat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Jauhar Prihatin Skim Sewa Beli Hartanah Johor – Rent To Own

Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal Terkini