Permohonan SMA Terengganu 2024 SMANT Secara Online. Tarikh penting kemasukan smant 2024 online madrasah moden maidam terengganu & sma(a)sza.

Permohonan SMA Terengganu 2024 SMANT Online

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2024 Secara Online. Berminat untuk memasuki Sekolah Menengah Agama? Berita baik buat pelajar UPSR tahun 6 2023 dan rakyat Negeri Terengganu. Permohonan SMA Terengganu 2024 SMANT untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) kini dibuka bermula dari 10 November 2023. Pada tahun sebelum ini, permohonan dibuat melalui applikasi permohonan Sekolah Khusus KPM online. Tetapi bermula pada tahun 2022 dibuat secara online di Portal SMA Negeri Terengganu.

Kemasukan ke SMA Terengganu ambilan 2024 adalah melibatkan Sekolah Menengah Agama (SMA), Madrasah Moden Terengganu (MMT) & Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI). Untuk makluman, calon perlu menduduki dua ujian kelayakan bagi mendapatkan tawaran kemasukan ke SMA Negeri Terengganu.

Permohonan SMA Terengganu 2020 online

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2024 Online (SMAonline)

Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan, berikut adalah maklumat penting Permohonan SMA Terengganu 2024 kemasukan ke Tingkatan 1 (Form 1) yang perlu dipohon secara online. Syarat permohonan dan tarikh juga ada dikongsikan untuk panduan pelajar.

Tarikh Permohonan SMANT Ambilan Tahun 2024

Permohonan kemasukan ke SMANT akan dibuka/ ditutup seperti tarikh/ maklumat berikut:-

  • Permohonan Di Buka : 10 November 2023
  • Permohonan Di Tutup : 10 Disember 2023

Permohonan SMA Terengganu 2024 Online

Untuk makluman, borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibu bapa/ penjaga. Pelajar boleh melayari applikasi permohonan di :-

  1. Lengkapkan borang permohonan dengan memasukkan butiran seperti nama calon, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal, nombor telefon dan emel
  2. Selepas mengisi borang dengan lengkap, klik hantar
  3. Kemudian sertai link Telegram “Info Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 SMANT Sesi 2024” di https://t.me/infokemasukanpelajarsmant untuk mendapatkan info-info semasa yang berkaitan

Syarat Kelayakan Permohonan SMA Terengganu 2024

Calon yang ingin memohon kemasukan Tingkatan Satu ambilan tahun 2024 ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Terengganu hendaklah memenuhi syarat am yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Calon merupakan warganegara Malaysia
  2. Rakyat negeri Terengganu:
    • Calon lahir di Terengganu
    • Ibu atau bapa lahir di Terengganu
    • Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun serta mempunyai bukti niat dan bukti akan tinggal tetap di Terengganu
  3. Berumur 13 Tahun
  4. Murid lepasan Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Sekolah Rendah Agama Swasta.
  5. Calon mampu membaca Al-Quran dengan baik
  6. Sihat tubuh badan
  7. Lulus dengan melepasi ujian dan temu duga yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu
  8. Mengambil MPKAFA (UPKK) atau sijil fardhu ain yang lain (calon yang mendapat result yang baik akan diutamakan untuk kemasukan)

Check Ujian, Temuduga & Kemaskini Pilihan SMANT 2024

Calon yang memohon dan layak akan menduduki ujian dan temuduga pada masa dan tarikh yang ditetapkan.

Ujian dan temuduga boleh di check pada 3 hingga 13 Januari 2024.

Ujian dan temuduga akan diadakan pada tarikh seperti berikut :

  • 23 Januari 2024, Selasa, jam 12 tengah hari hingga 26 Januari 2024 : Semakan panggilan temu duga dibuka
  • 27 Januari 2024 : Tarikh temu duga Sekolah Berasrama Penuh
  • 3 Februari 2024 : Tarikh temu duga Sekolah Menengah Agama Harian

tarikh-semakan-panggilan-ujian-smant-2024

Cara Hubungi

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan, sila rujuk iklan atau hubungi :-

iklan-permohonan-smant-2024

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk,(Asrama Penuh)
Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu.

Sekolah Menengah Agama Khairiah,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Tel : 09-630100 Faks : 09-6312063

Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6221618 Faks : 09-6313069

Sekolah Menengah Agama Marang
21600 Marang, Terengganu.
Tel : 09-6182226 Faks : 09-6182500

Sekolah Menengah Agama Maarif,

Kampung Raja,
22200 Besut, Terengganu
Tel : 09-6955300 Faks : 09-6955301

Sekolah Menengah Agama Ittifakiah
22000 Jerteh, Terengganu.
Tel : 09-6972244 Faks : 09-6902400

Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail
Jalan Nibong, 23000 Dungun,
Terengganu.
Tel : 09-8422400 Faks : 09-8422402

Sekolah Menengah Agama Setiu
Putera Jaya, Bandar Permaisuri,
22100 Setiu, Terengganu
Tel : 09-6097521 Faks : 09-6097012

Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Hulu Terengganu.
Tel : 09-6811326 Faks : 09-6817907

Sekolah Menengah Agama Al-Falah
Kemaman, Terengganu
Tel : 09-8591515 Faks : 09-8584535

Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus

KM 21, Wakaf Tengah, 21030 Kuala Nerus
Tel : 09-6694426 Faks : 09-6694432

Madrasah Moden MAIDAM Hulu Terengganu
D/A Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, 21700 Hulu Terengganu
Tel : 09-6812306

Madrasah Moden MAIDAM Besut
Kampung Padang Landak, 22000 Jerteh Terengganu
Faks : 09-6976627

Selamat membuat permohonan SMA Terengganu 2024 Online. Semoga anda berjaya mendapat kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu ambilan tahun 2024.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *