Permohonan SMISTA 2024 MAIWP Online, permohonan smista tingkatan 1 2024, Permohonan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP.

Permohonan SMISTA 2024 MAIWP Online

Permohonan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP 2024 Online. Panduan buat pelajar Tahun 6 2023 terutama anak-anak Wilayah Persekutuan. Dikongsikan dari FB SMISTA, Permohonan SMISTA 2024 MAIWP Online akan dibuka pada 4 Disember 2023 (2023: 23 November 2022). Permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP (SMISTA) ambilan 2024 perlu dipohon secara atas talian atau secara online. Permohonan Sekolah Menengah Agama (SMA MAIWP) juga boleh dibuat pada aplikasi permohonan yang sama.

Untuk makluman, tarikh permohonan secara online pada tahun sebelum ini dibuka dari 23 November sehingga tarikh tutup permohonan SMISTA pada Disember 2022. Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada syarat permohonan dan kelayakan akademik sebelum memohon.

Permohonan SMISTA 2019 MAIWP Online

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan SMISTA MAIWP sesi ambilan tahun 2024 untuk panduan para pemohon. Maklumat yang dipaparkan termasuk syarat permohonan/ syarat akademik, applikasi permohonan dan cara hubungi.

Tarikh Permohonan SMISTA 2024

2024

  • 4 Disember 2023 : Tarikh buka
  • 31 Disember 2023 : Tarikh tutup permohonan

2023

  • 23 November 2022 : Tarikh buka
  • akan dikemaskini : Tarikh tutup permohonan

2022

  • 8 Disember 2021 : Tarikh buka
  • 31 Disember 2021 : Tarikh tutup permohonan

2021

  • 12 Oktober 2020: Tarikh buka permohonan
  • 25 Oktober 2020: Tarikh tutup

2020

  • 28 November 2019 : Tarikh Buka Permohonan
    4 Disember 2019 : Tarikh Tutup
  • Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada tarikh rasmi keputusan UPSR dan UPSRA diumumkan.

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin memohon perlulah :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keutamaan diberikan kepada murid yang lahir atau bermastautin/menetap di Wilayah Persekutuan

Syarat Kelayakan Akademik

Selain syarat permohonan, syarat kelayakan akademik pelajar adalah seperti berikut :-

  1. Boleh menulis dan membaca jawi serta membaca Al-Quran dengan baik
  2. Aktif dalam bidang kokurikulum
  3. Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun 2023 dan Ujian penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf
  4. Lulus cemerlang temuduga kemasukan

Cara Memohon SMISTA MAIWP 2024 Kemasukan Tingkatan 1

Mengisi borang permohonan dengan lengkap di Laman Web MAIWP.

  • Applikasi Permohonan : Klik MAIWP SMAM
  • Tarikh penting dan semakan keputusan permohonan klik SEMAKAN

Nota Penting Permohonan SMISTA

  1. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun anaknya sendiri sebelum membuat permohonan ke Tingkatan 1.
  2. Pelajar yang layak perlu juga menghadiri temuduga dan hanya permohonan atas talian yang lengkap sahaja akan diproses.

Cara Hubungi SMISTA-MAIWP

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • SMISTA-MAIWP
    D/A Masjid Saidina Othman Ibn Affan
    Jalan Budiman
    56000 Cheras
    Kuala Lumpur
    Tel : 03-9171 1005
    Faks : 03-9171 1499

Selamat membuat Permohonan SMISTA 2024 MAIWP Online untuk kemasukan ke Tingkatan 1. Semoga permohonan anda berjaya sekaligus mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP untuk pengajian agama yang lebih cemerlang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *