Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2022 Online. Panduan buat para pelajar yang ada membuat application ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan tahun 2022. Berikut dikongsikan tarikh penting maklumat Semakan Keputusan KV Dan SMT 2022 secara Online yang memaparkan tarikh semakan, rayuan dan pendaftaran pelajar.
Menurut FAQ Pengambilan Pelajar KV & SMT, pemohon boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2022 secara online pada sekitar bulan Mac 2022. Calon pelajar Tingkatan 3 disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info terkini semakan.
Isi Kandungan
Tarikh Penting Keputusan KV Dan SMT Ambilan 2022
Berikut dikongsikan maklumat dan tarikh penting semakan keputusan Kolej Vokasional dan SMT ambilan tahun 2022. Semakan keputusan ke Program Kemahiran/ Apprenticeship iaitu PROGRAM IBM P-TECH@KOLEJ VOKASIONAL juga boleh dibuat pada tarikh yang sama. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran. Untuk ke GIATMARA, sila rujukan panduan membuat semakan di Semakan GIATMARA.
Untuk mereka yang berjaya, senarai barang keperluan asrama boleh dirujuk di Asrama KV. Asrama disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama.
Semakan Keputusan KV Dan SMT 2022 Secara Online
Berikut adalah tarikh penting Semakan Online penawaran ke program Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Program Kemahiran/Apprenticeship yang boleh disemak secara atas talian/ online bagi tahun 2022
- Pelaksanaan PKSK : 7 hingga 17 Februari 2022
- Keputusan Tawaran : 15 Mac 2022 hingga 20 Mac 2022
- Pendaftaran Pelajar : akan dikemaskini
- Rayuan: bermula 15 Mac 2022
- Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke mana-mana KV / SMT seperti berikut :
- Borang walk-in / rayuan (akan dikemaskini)
- Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
- Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2021 yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Keputusan Rayuan : 29 April 2022
NOTA : *Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid
Cara Membuat Rayuan KV Dan SMT 2022
Panduan cara buat rayuan ke KV dan SMT bagi ambilan 2022 adalah melalui aplikasi application. Keputusan rayuan KV dan SMT boleh disemak pada:
- 29 April 2022
- melalui aplikasi Semakan Keputusan Rayuan Atas Talian
Berikut adalah cara bagi tahun lepas. Klik panduan rayuan Kolej Vokasional. Calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan mulai tarikh berikut:-
- 15 Mac 2022
Contoh surat Rayuan, sila klik SURAT RAYUAN KV/ SMT
Selamat membuat Semakan Keputusan KV Dan SMT 2022 secara online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya menerima tawaran. Semoga anda terus cemerlang dalam bidang pengajian di KV dan SMT untuk mengejar cita-cita yang didamkan.
Related : rayuan, sistem aplikasi dibuat, secara online, semakan keputusan tawaran