Permohonan Timur Tengah KPT 2023/ 2024 Online & Semakan Kelayakan

Cara Mohon Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir Dan Jordan) Sesi 2023/ 2024. Berita baik buat pelajar lepasan STAM yang baru sahaja menerima keputusan STAM dan juga pelajar lepasan SPM serta Diploma Qiraat. Permohonan Timur Tengah secara online sesi ambilan 2023/ 2024 akan dibuka. Pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam perlu membuat permohonan secara atas talian/ online melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Juga dikongsikan tarikh semakan kelyakan permohonan.

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah dalam bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Permohonan Timur Tengah KPT 2021/ 2022

Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2023/ 2024 (Mesir & Jordan)

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan Timur Tengah iaitu permohonan pengajian ke Mesir dan Jordan untuk lepasan SPM dan STAM meliputi tarikh penting permohonan, applikasi permohonan dan maklumat lanjut.

Tarikh Permohonan Timur Tengah 2023

Berikut adalah tarikh permohonan online atau atas talian buat panduan pemohon.

  1. Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : Tarikh buka bermula dari 22 Mei 2023 (Isnin),  dan akan ditutup pada 15 Jun 2023 (Khamis)
  2. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Diploma Qiraat : Tarikh buka pada 22 Mei 2023 (Isnin),  dan akan ditutup pada 15 Jun 2023 (Khamis)
  3. Selepas result SPM dan STAM diumumkan, pemohon adalah diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian. Sistem permohonan tersebut akan kekal dibuka hingga tarikh akhir permohonan.

Applikasi Permohonan DOHE MOHE

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah melalui KPM hanya ditawarkan di dalam bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi sahaja. Semakan syarat kelayakan, maklumat tawaran kemasukan serta pautan applikasi permohonan Timur Tengah boleh dirujuk di :-

Pemohon adalah dinasihatkan maklumat dan panduan berikut sebelum membuat permohonan kemasukan secara atas talian.

  • Prosedur Dan Panduan Permohonan 2023 Jordan (akan dikemaskini)
  • Prosedur Dan Panduan Permohonan 2023 Mesir (akan dikemaskini)

Applikasi permohonan boleh diakses di pautan berikut :-

Panduan Permohonan Pengajian Timur Tengah 2023

Berikut adalah diantara maklumat penting dan panduan permohonan kemasukan ke Timur Tengah yang perlu diberi perhatian oleh pemohon bagi tahun 2023.

  1. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan atas talian. Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah aktif, nama penuh dan no. kad pengenalan anda adalah betul dan tepat.
  2. Setelah membuat pendaftaran, anda perlu log masuk ke dalam sistem e-timurtengah di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah bagi melengkapkan maklumat permohonan
  3. Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi SATU (1) negara dan SATU (1) bidang sahaja. Pemohon juga dinasihati supaya membuat permohonan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  4. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum tekan butang simpan dan hantar.
  5. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan teliti semasa mengisi permohonan. Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh akhir permohonan.
  6. Pastikan permohonan dihantar dengan menekan butang hantar selewat-lewatnya pada tarikh akhir permohonan.
  7. Anda dikehendaki mencetak borang permohonan sebagai rujukan.

Peringatan Kepada Pemohon

  1. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tekan butang hantar tidak akan diproses dan akan ditolak sama sekali.
  2. Anda dinasihatkan untuk membuat terjemahan Sijil Lahir dan keputusan SPM/ STAM lebih awal bagi mengelakkan kelewatan penerimaan terjemahan
  3. Bagi pemohon lepasan STAM, sijil asal STAM (Bahasa Arab) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksan Malaysia TIDAK BOLEH LAMINATE. Hanya sijil asal STAM yang diterima oleh Universiti Al-Azhar.
  4. Terjemahan SPM / STAM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W dalam Bahasa Arab boleh dibuat di Institut Terjemahan Buku Malaysia
  5. Terjemahan sijil SPM / STAM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri
  6. Semua dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A) / Ahli Dewan Undangan Negeri / Pesuruhjaya Sumpah / Pengetua / Guru Besar / Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu.

  7. Pelajar STAM yang layak sahaja perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem mengikut tarikh yang telah ditetapkan
    • Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu perlu DIHANTAR SECARA (POS LAJU / POS BERDAFTAR / SERAHAN TANGAN) kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi
    • Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf mengikut jumlah yang telah ditetapkan iaitu bagi pemilihan IPT di Jordan bayaran berjumlah RM520.00 seorang, Universiti Al-Azhar di Mesir bayaran berjumlah RM350 dan selain universiti Al-Azhar bayaran berjumlah RM285.00 perlu diserahkan selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan
  8. Permohonan bagi lepasan SPM dan Diploma Qiraat, pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan selewat-lewatnya sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
    • Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu perlu DIHANTAR SECARA (POS LAJU /POS BERDAFTAR / SERAHAN TANGAN) kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi
    • Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf mengikut jumlah yang telah ditetapkan iaitu bagi pemilihan IPT di Jordan bayaran berjumlah RM520.00 seorang, Universiti Al-Azhar di Mesir bayaran berjumlah RM350 dan selain universiti Al-Azhar bayaran berjumlah RM285.00 perlu diserahkan selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan
  9. Pemohon WAJIB mengisi Borang Aku Janji Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Bagi Sesi 2023/2024 dan dikemukakan sekali bersama dokumen sokongan
  10. Jika dokumen sokongan tidak dimuat naik melalui sistem pada tarikh yang telah ditetapkan, secara automatik permohonan anda terbatal.

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan bagi permohonan kategori lepasan SPM, STAM dan Diploma Qiraat akan dibuka. Semakan bagi tahun 2023/2024 akan dikemaskini. Adalah dimaklumkan bahawa Semakan Kelayakan bagi permohonan kategori lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Qiraat Pengajian 2022/2023 dibuka pada :

  • Tarikh buka semakan : 5 Ogos 2022, mulai jam 12.30 tengahari
  • Tarikh tutup semakan : 19 Ogos 2022 jam 5.00 petang

Sehubungan itu, pemohon boleh menyemak keputusan berkenaan melalui pautan

Hanya permohonan yang layak sahaja perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan (rujuk senarai semak setiap negara dan bidang yang dipohon).

Pemohon yang layak perlu memuat naik dokumen sokongan melalui sistem ini.

Pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian ke Mesir (termasuk lepasan STAM dan SPM) perlu menduduki Imtihan Qabul(IQ) secara dalam talian di bawah seliaan pihak Rabitah Malaysia di Markaz Syeikh Zayed Al-Azhar,Kaherah,Mesir.

Kos bagi menduduki IQ berkenaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelajar. Sekiranya pelajar tidak memenuhi syarat seperti yang telah ditetapkan, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Arab yang telah disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri (pada muka hadapan danbelakang);
  2. Terjemahan Sijil Lahir Asal / Surat Beranak / Borang W dalam Bahasa Arab yang telah disahkan oleh Bahagian Konsular,Kementerian Luar Negeri(pada muka hadapan danbelakang);
  3. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah disahkan;
  4. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
  5. Salinan passport Malaysia yang telah disahkan;
  6. Borang pengakuan permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah(Mesir dan Jordan) bagi sesi kemasukan 2023/2024;
  7. Borang pengakuan tanggungan kos rawatan dan kesihatan ke Timur Tengah bagisesi 2023/2024; dan
  8. Bank Draft mengikut kadar yang telah ditetapkan berdasarkan pilihan negara serta bidang pengajian yang telah dimohon.

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang berkaitan seperti yang dinyatakan di perenggan 5(a) sehingga (h) hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak Bahagian Education Malaysia sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:

  • Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
    U.P : Seksyen Koordinasi Pelajar Malaysia di Luar Negara (OL)

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai proses permohonan ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Education Malaysia dengan menghubungi talian 03-88706217/6226 atau e-mel kepada tt.bem@mohe.gov.my

Semakan Keputusan Timur Tengah

Pemohon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian pada pautan :

Calon yang layak diingatkan untuk memuat naik semua dokumen yang diperlukan dan dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan dihantar ke Bahagian Education Malaysia Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini

Maklumat Lanjut Permohonan Timur Tengah 2023

Peringatan buat pelajar yang ingin menggunakan khidmat agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah. Sebarang masalah yang timbul kelak adalah atas tanggung jawab pelajar atau ibu bapa sendiri kerana KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Untuk keselamatan pelajar di sana kelak, pelajar dinasihatkan untuk membuat permohonan melalui KPT.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti maklumat berikut:

  • Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
    No. Tel : 03-8870 6217 / 6226 / 6635
    No. Faks : 03-8870 6853

Permohonan Isti’dadi Pengambilan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah 2018 Online

Kursus Persediaan Pelajar ke Timur Tengah merupakan program pemantapan Bahasa Arab. Ianya dibangunkan sebagai persediaan pelajar lepasan STAM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi di Timur Tengah serta menduduki Ujian Kelayakan Bahasa Arab (UKBA) tahun 2018.

Berikut dikongsikan maklumat pengambilan Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah ambilan tahun 2018 buat panduan pelajar lepasan STAM. Maklumat yang dikongsikan termasuk maklumat kursus, tarikh buka dan tutup permohonanm, syarat permohonan dan borang permohonan.

Tarikh Permohonan Isti’dadi 2018

Pelajar boleh membuat permohonanh dengan mengisi borang permohonan secara online mengikut ketetapan tarikh berikut :-

  • 14 Disember : Tarikh Buka
  • 29 Disember 2017 – jam 12 tengahari : Tarikh Tutup

A. Syarat Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah 2018

Calon-calon yang ingin memohon kursus hendaklah :-

  1. Warganega MaIaysia yang berumur tidak melebihi 22 tahun pada 1 Januari 2018;
  2. Telah menduduki STAM pada tahun 2017 atau sebelumnya;
  3. Mendapat keputusan STAM/ Percubaan STAM sekurang-kurangnya pangkat Jayyid,
  4. Sihat tubuh badan; dan
  5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran MaIaysia (SPM) dengan mendapat lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adatah di peringkat KEPUJIAN dan selebihnya peringkat LULUS dalam satu peperiksaan,

B. Cara Membuat Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah

Permohonan Isti’dadi hanya boleh dibuat secara dalam talian/ online dengan melayari laman sesawang di bawah bermula 14 Disember 2017 sehingga 29 Disember 2017 (jam 1200 tengahari).

Nota Penting : Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat yang diberikan juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.

C. Maklumat Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah 2018

Kursus dilaksanakan selama 8 minggu bermula dari 17 Januari hingga 15 Mac 2018.

  1. Tempat Kursus: Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi & Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik Bandar Enstek, Nilai
  2. Bayaran bagi mengikuti kursus ini adalah sebanyak RM Empat ratus ringgit sahaja (RM400.00)
  3. Bayaran termasuk penginapan tetapi tidak tidak termasuk makan dan minum peserta sepanjang berkursus
  4. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini akan diberikan sijil tahap penguasaan kemahiran berbahasa Arab, iaitu al-istima ‘ (mendengar), al-kalam (bertutur), al-gira’ah (membaca) dan al-kitabah (menulis).

D. Semakan Keputusan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah 2018

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel bermu!a atau pada 7 Januari 2018.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, sila hubungi alamat berikut :-

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

  • Aras Bawah & 2
    No 2251, Jalan Usahawan 1
    63000 Cyberjaya
    Selangor Darul Ehsan
    (u.p : Sektor Operasi Pendidikan Islam)
    No telefon : 03-8321 7319
    E-mel : fadzil.muslim@moe.gov.my

Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM

  • Aras 1-3, Blok 2250
    Jalan Usahawan 1
    63000 Cyberjaya
    Selangor Darul Ehsan
    (U.p : Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi)
    No telefon : 03-8312 6728
    E-mel : wahmadfaiz@ipgm.edu.my

Sumber : KPM

Diucapkan selamat membuat Permohonan Pengajian ke Timur Tengah sesi 2023/ 2024 secara online untuk pelajar lepasan STAM/ SPM yang berminat dan berkelayakan. Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti di Timur Tengah.

Tinggalkan Komen