Semakan Keputusan SPM 2022, Cara semak SPMU 2023 Online & SMS pada tarikh rasmi diumumkan dan check semula result exam melalui borang.

Semakan Keputusan SPM 2022 & SPMU 2023 Online Dan SMS

Dikongsikan cara Check keputusan SPM & SPMU dan cara semak semula keputusan spm. Bagaimana cara semak keputusan peperiksaan SPM 2022? Pelajar Tingkatan 5 kini mempunyai masa yang panjang sementara menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka keluar pada bulan Mei 2023. Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2022 secara Online Dan SMS akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada ruangan pemberitahuan.

Pada tahun lepas, result SPM telah diumumkan pada hari Khamis, 16 Jun 2022. Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan SPM bermula jam 1000 pagi di sekolah masing-masing. Ringkasan keputusan boleh didapati dengan membuat semakan secara online SPM dan juga khidmat SMS.

Semoga pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 akan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi membolehkan untuk memohon kemasukan ke UA/ IPTA melalui UPU

Semakan Keputusan SPM 2022 Online Dan SMS

Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2022 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan kaedah atau cara yang sesuai untuk mendapatkan keputusan SPM tahun 2022 meliputi kemaskini tarikh rasmi keputusan diumumkan, cara membuat semakan keputusan dan pencapaian pelajar.

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan SPM 2022 Diumumkan

Keputusan SPM akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis)

*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh RASMI selepas pengumuman dari KPM

Tarikh Rasmi Tahun Sebelumnya

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan untuk tahun-tahun sebelumnya:-

2021 : 16 Jun 2022 (Khamis)

2020 : 10 Jun 2021 (Khamis)

2019 : 5 Mac 2020

2018 : 14 Mac 2019

2017 : 15 Mac 2018

2016 : 16 Mac 2017

2015 : 3 Mac 2016

2014 : 3 Mac 2015

Nota : Berdasarkan kepada tarikh-tarikh keputusan SPM tahun-tahun lepas, keputusan SPM berkemungkinan besar diumumkan pada hari Khamis iaitu hari terakhir penggal persekolahan (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor) sebelum cuti bermula pada Jumaat.

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

A. Cara Semakan Keputusan SPM 2022

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan online result SPM 2022 secara atas talian dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan pelajar :-

1.Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM secara online selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada hari Khamis, 8 Jun 2023

2. Calon persendirian, slip keputusan peperiksaan spm akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

1. Semakan Result SPM Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di

MYRESULTSPM

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan iaitu pada jam 1000 pagi pada 8 Jun 2023

2. Semak Melalui Aplikasi Mobile

Keputusan SPM juga boleh disemak menggunakan aplikasi mobile yang telah dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) iaitu e-Lembaga Peperiksaan dan boleh di download di Google Play (Android)

3. Semakan Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat SMS . Cara semakan adalah seperti berikut :-

-Taip SPM <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

-Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi bermula dari tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan iaitu pada 8 Jun 2023 sehingga 600 petang, 14 Jun 2023. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS (Tidak termasuk GST).

-Perkhidmatan SMS tersedia untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

B. Kenyataan Media KPM : Semakan Keputusan SPM 2022

Maklumat berkaitan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai result SPM 2022 adalah seperti berikut :-

KM_KPM_-Berkaitan-Keputusan-Peperiksaan-SPM-Tahun-2022-1

Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022

Analisa Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 berikut telah dikemaskini selepas result SPM diumumkan pada 8 Jun 2023.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, seramai 128,193 atau 34.3 peratus calon mendapat keputusan lulus, manakala 126,793 calon atau 33.9 peratus pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran. Gred Purata Nasional (GPN) bagi tahun 2022 adalah 4.74 berbanding 4.86 bagi SPM 2021

Pencapaian-Calon-SPM-tahun-2022

Calon peperiksaan SPM 2022 merupakan kohort kedua yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak di Tahun 1 pada Tahun 2011. Kemudian, calon juga kohort kedua yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di Tingklatan 1 pada tahun 2011.

Jumlah calon yang mendaftar peperiksaan SPM 2022 adalah seramai 403,637 orang calon di 3,355 pusat peperiksaan. Penurunan calon sebanyak 0.85% (3,460 orang) berbanding SPM 2021 iaitu 407,097 calon. Calon telah menduduki peperiksaan pada 30 Januari hingga 15 Mac 2023, manakala penjadualan semula peperiksaan diadakan pada 16 hingga 22 Mac 2023

Selaras dengan pelaksanaan KSSM, sebanyak 95 mata pelajaran dengan jumlah kertas sebanyak 180 yang ditawarkan untuk peperiksaan berbanding 83 mata pelajaran sebelum ini. Berikut dikongsikan infografik pencapaian Calon Bekeperluan Khas dan pencapaian keseluruhan mengikut Prestasi Mata Pelajaran:

Untuk mendapatkan laporan analisis SPM 2022 yang terperinci, sila klik Lembaga Peperiksaan Malaysia

Cara Mohon Semak Semula Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM result) 2021 yang diumumkan pada hari Khamis, 8 Jun 2023. Pastinya ramai pelajar yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang mereka perolehi dan tidak kurang juga yang tidak berpuas hati. Berikut dikongsikan panduan permohonan semak semula keputusan SPM tahun 2022 buat rujukan pelajar yang ingin memohon semakan semula keputusan.

Prosedur Terkini

Hanya permohonan secara atas talian sahaja iaitu

i) Aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan (Hanya untuk pengguna Android sahaja dan sila download di Google Play Store)

ii) Melalui Lembaga Peperiksaan elp.moe.gov.my

Mulai 8 Jun 2023, jam 1100 pagi hingga 7 Julai 2023

Klik Menu Perkhidmatan

Semak Semula

Pilih SPM

Sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada khidmatbantu.lp@moe.gov.my

Tarikh buka permohonan adalah dari 8 Jun 2023 sehingga 7 Julai 2023

Prosedur Tahun Sebelumnya

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang LP/Am 65 Pin 1/2020 dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020. Borang semakan semula boleh diperolehi di sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau muat turun di laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan semakan semula keputusan SPM 2020. Usah risau, pelajar boleh memohon semak semula jika tidak berpuas hati dan yakin ada kesilapan dari pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Berita baik buat pemohon, menerusi makluman Facebook Rasmi KPM, permohonan semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut :-

1) Borang Manual (Panduan membuat permohonan ada diterangkan secara ringkas di bawah)

a) Hantar melalui pos

b) Pergi ke

-Kaunter Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Putrajaya, atau

-Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), atau

-Sekolah

2) Borang Atas Talian/ Online

a) Muat turun aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan (download di Google Play Store)

b) Melalui elp.moe.gov.my

-Pilih Menu Perkhidmatan >Semak Semula >Pilih Semak Semula SPM atau Kes T SPM

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2019

Berikut adalah panduan membuat permohonan secara borang manual. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan seperti di pautan berikut :-

Borang LP/Am 65 Pin 1/2020

Cara memohon adalah seperti berikut :-

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 8, Blok E11

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(U.P : Unit Menengah Atas)

Sertakan sekali satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/ pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Untuk Kes T, sertakan juga markah peperiksaan percubaan

Sila tuliskan perkataan SEMAK SEMULA SPM di sudut atas sebelah kiri sampul surat

Permohonan yang tidak menggunakan borang ini tidak akan diproses

Borang permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan

Sila sertakan dua (2) sampul surat berukuran 11 cm x 22 cm bernama dan beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM1.30

Tarikh tutup permohonan ialah 30 hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan

Tarikh keputusan semak semula adalah dua bulan selepas tarikh tutup permohonan

Peraturan Pentadbiran

Berikut adalah panduan permohonan beserta nota penting semak semula result SPM 2019 :-

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan

Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Semak Semula/ Kes T

Pelajar yang membuat permohonan dengan tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap, permohonan tidak akan diproses

Borang Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah, Sektor/ Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my

Permohonan Semak Semula perlu disertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/ pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Borang Semak Semula/Kes T yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan kepada:-

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.
(U.P.: Unit Menengah Atas)

Bayaran FI Semakan Semula Keputusan

Kadar bayaran semak semula ialah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima. Kokotkan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf pada Borang Semak Semula/ Kes T supaya tidak tercicir.

Peringatan

1.Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan bagi semua urusan berkaitan

2. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-8884 3175/ 3356/ 3357 atau e-mel kepada lp.spm@moe.gov.my

3. Surat pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL bagi calon sekolah dan calon persendirian akan dihantar kepada calon

4. Pernyataan keputusan baharu bagi calon sekolah akan dihantar ke sekolah dan bagi calon
persendirian dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri. Calon hendaklah menyerahkan pernyataan keputusan lama kepada pihak sekolah/JPN apabila mengambil pernyataan keputusan baharu.

Maklumat Lanjut

Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-8884 3175/ 3357/ 3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel lp.spm@moe.gov.my

Muat turun peraturan penyemakan semula result SPM

Semakan Keputusan SPMU 2023 Secara Online Dan SMS

Bilakah tarikh semakan keputusan SPMU 2023 diumumkan? Panduan buat calon pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada bulan Jun yang lalu. Berdasarkan kepada tarikh tahun lepas, KPM akan mengumumkan tarikh keputusan peperiksaan SPMU tahun 2023 sekitar bulan Ogos/ September 2023. Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada 20 Oktober 2022.

Semakan keputusan untuk ringkasan keputusan boleh disemak secara SMS. Untuk semakan secara online, link applikasi semakan akan dikongsikan jika disediakan. Ringkasan keputusan boleh disemak bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh yang akan diumumkan. Mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan SPMU adalah Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.

Berikut dikongsikan maklumat penting check keputusan exam SPMU tahun 2023 yang memaparkan tarikh keputusan diumumkan dan cara membuat semakan online dan SMS.

Check Result SPMU 2023 (Tarikh Penting)

Berikut adalah tarikh buka dan tutup untuk check result SPMU berdasarkan kenyataan rasmi Lembaga Peperiksaan:

Tarikh Buka : 12 Oktober 2023 (10.00 pagi)

Tarikh Tutup : 18 Oktober 2023 (6.00 petang)

*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah RASMI sepertimana diumumkan oleh Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Semakan Keputusan Secara Online

Link semakan https://myresultspmu.moe.gov.my/

Cara Semak Result SPMU 2023 Melalui Kaedah SMS

Calon SPMU 2023 boleh membuat semakan keputusan mereka melalui kaedah SMS. Perkhidmatan mySMS akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi keputusan diumumkan  dan berakhir pada 6:00 petang ,pada 18 Oktober 2023.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2023 melalui kaedah SMS:

-Taipkan: SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan hantarkan SMS ke 15888

-Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan keputusan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan oleh semakan trafik yang tinggi.

*Nota : Calon pelajar SPMU yang mempunyai masalah capaian internet boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat anda membuat pendaftaran peperiksaan SPMU

Semoga perkongsian Tarikh Rasmi result SPM 2022 dan SPMU 2023 diumumkan boleh dijadikan panduan dalam merancang pengajian peringkat tinggi seterusnya. Tahniah kepada pelajar mendapat keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang. Buat mereka yang kurang berjaya, usaha lagi dengan bersungguh-sungguh kerana Sijil Pelajaran Malaysia bukanlah penentu sepenuhnya kejayaan masa depan anda.

Related : secara sistem pesanan ringkas sms untuk mendapatkan, permohonan penyemakan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *