Panduan buat pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST yang ada membuat application ke ILJTM (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia) sesi Januari 2021. Semakan Keputusan ILJTM yang meliputi tawaran kemasukan ke ILP, ADTEC dan JMTI boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Untuk makluman pemohon, kini terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di bawah seliaan JTM iaitu 23 buah ILP, 8 ADTEC dan 1 JMTI. ILJTM menawarkan kursus yang berteraskan kemahiran dan ditawarkan secara sepenuh masa atau jangka pendek.
Isi Kandungan
Semakan Keputusan Tawaran ILP, ADTEC Dan JMTI 2021 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan ILJTM iaitu ILP ADTEC JMTI Julai 2020 dan Januari 2021 secara online. Maklumat memaparkan tarikh penting intake dan semakan ILJTM dan applikasi semakan.
Semakan Keputusan ILJTM : Tarikh Penting Application/ Semakan
i) Sesi Januari 2021
Berikut adalah tarikh penting ILJTM Sesi Januari 2021 :-
- akan dikemaskini : Sistem application Online dibuka
- akan dikemaskini : Sistem ditutup
- akan dikemaskini : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
- akan dikemaskini : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
- akan dikemaskini : Hebahan Keputusan Tawaran
- akan dikemaskini : Cetakan Surat Tawaran
- akan dikemaskini : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
- akan dikemaskini : Pendaftaran Pelajar Baharu (untuk Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
- akan dikemaskini : Pendaftaran Pelajar Baharu
*Peringatan: Segala makluman berkaitan temuduga dan keputusan tawaran perlu disemak di laman web jtm sahaja (www.jtm.gov.my/online). Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.
ii) Sesi Julai 2020
Berikut dikongsikan tarikh penting ILJTM sesi Julai 2020 melalui UPUonline.
- 24 Februari 2020 : Sistem UPUOnline dibuka
- 17 April 2020 : Sistem UPUOnline (Lepasan SPM) ditutup
- 27 April – 18 Mei 2020 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda # bagi Lepasan SPM & Lepasan SKM/ST)
- 29 April – 18 Mei 2020 : Sesi Temuduga (kursus bertanda # bagi Lepasa SPM & Lepasan SKM/ST)
- 10 Jun 2020 : Hebahan Keputusan Tawaran
- Akan dikemaskini : Cetakan Surat Tawaran
- 31 Julai 2020 : Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran
- Akan dikemaskini : Tempoh Rayuan Kemasukan (terus ke ILJTM)
- Akan dikemaskini : Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Julai 2020
PERINGATAN : Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan tawaran ILP, JMTI dan ADTEC perlu disemak di laman web JTM sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.
Applikasi Semakan ILJTM Online
Sila Klik Link dibawah untuk membuat semakan ILP, ADTEC & JMTI Online
- Semakan JTM
- Sila Masukkan No. Kad Pengenalan/ My Kad dan Klik Butang Semakan
- Pastikan anda memasukan no maklumat No. Kad Pengenalan yang betul
Untuk sesi Julai sahaja
- Melalui UPUonline
Cara Membuat Application Ke ILP, ADTEC Dan JMTI
Kepada pelajar yang berminat memasuki Institusi di bawah ILJTM, berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan:-
- Application secara online akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai
- Applikasi atas talian klik Mohon JTM
- atau UPUonline (sesi Julai sahaja)
Apa Itu ILJTM?
Berikut dikongsikan maklumat am yang dikongsikan dari Portal Rasmi JTM, apa itu ILJTM, senarai lokasi dan kemudahan/ kursus yang disediakan.
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
ILJTM terdiri daripada:
- (a) 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP);
- (b) 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); dan
- (c) Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.
ILJTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihan antaranya ialah kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan, surau, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.
Senarai ILJTM Mengikut Negeri
- Wilayah Persekutuan:ILP Kuala Lumpur, ILP Labuan
- Selangor: ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam
- Negeri Sembilan: ILP Pedas
- Pulau Pinang: ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai, JMTI
- Kedah: ILP Jitra, ADTEC Kulim
- Perak: ILP Ipoh, ADTEC Taiping
- Perlis: ILP Kangar
- Kelantan: ILP Kota Bharu
- Terengganu: ILP Kuala Terengganu, ILP Marang & ADTEC Kemaman
- Pahang: ILP Kuantan,ILP Anjung Muadzam Shah & ADTEC Jerantut
- Johor: ILP Mersing, ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat
- Melaka: ILP Bukit Katil, ILP Selandar, ADTEC Melaka
- Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan
- Sarawak: ILP Kota Samarahan, ILP Miri & ADTEC Bintulu
Selamat membuat Semakan Keputusan ILJTM ambilan tahun 2020. Tahniah kepada mereka yang berjaya menerima tawaran kemasukan ke ILP, JMTI dan ADTEC untuk menyambung pengajian kemahiran anda.