Cara semak result keputusan UPSR online. Panduan buat calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (Darjah 6) tahun 2019. Tarikh rasmi semakan keputusan UPSR 2019 akan diumumkan secara rasmi di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian pemberitahuan. Juga dikongsikan cara semak semula keputusan UPSR & analisis keputusan UPSR.
Pada tahun lepas, murid telah mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) mereka pada hari Khamis, 29 November 2018 bermula jam 1000 pagi. Semakan keputusan boleh disemak secara online dan SMS. Bermula dari tahun 2017, keputusan UPSR dan PT3 mesti mengandungi bahagian keputusan akademik, psikometrik, sukan dan lain-lain lagi mengikut PBS. Berbanding sebelum ini yang hanya mempamerkan keputusan akademik sahaja. Langkah ini dibuat agar ibu bapa dapat mengamati keputusan akademik, sahsiah, sukan para pelajar dan seumpamanya yang ditaksir oleh sekolah.
Isi Kandungan
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)
Untuk pengetahuan semua, bermula Tahun 2018, UPSR masih dilaksanakan seperti biasa dan tidak dimansuhkan, sebaliknya ia menjadi komponen bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bersama 3 komponen pentaksiran yang lain. PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.
Berikut merupakan 4 komponen PPSR:-
1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid dan dilaksanakan dalam semua mata pelajaran. Kaedah pentaksiran adalah seperti kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan peperiksaan peringkat sekolah.
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
PAJSK adalah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum serta penglibatan dan penyertaan murid dalam kelab / persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan / permainan. Pentaksiran ini juga melibatkan pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan (Ujian SEGAK) yang mula dilaksanakan di semua sekolah pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun.
3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran psikometrik adalah kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, attribut atau tret psikologi murid sama ada dalam domain kognitif atau afektif
4. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)
-UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) – BAGI MURID NORMAL
-PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) – BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS
Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2019 Diumumkan & Kaedah Semakan
Berikut dikongsikan tarikh rasmi keputusan UPSR 2019 diumumkan dan cara membuat semakan result UPSR. Untuk mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan, pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing.
Slip keputusan pula boleh diambil bermula dari pukul 10 pagi pada hari keputusan diumumkan. Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS.
21 November 2019
*Nota : Tarikh RASMI seperti yang diumumkan oleh KPM
Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara Online Dan SMS
Berikut dikongsikan cara membuat semakan pelaporan pentaksiran sekolah rendah ppsr 2019. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri :-
1. Semakan Secara SMS
Calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan UPSR mereka melalui Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip seperti berikut: UPSR<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada hari keputusan peperiksaan diumumkan. iaitu dari jam 1000 pagi, November 2019 sehingga jam 600 petang, Disember 2019.
Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.
Semakan UPSR 2019 Secara Online
Sistem semakan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan.
Klik SPPAT Lembaga Peperiksaan Malaysia (Aplikasi semakan keputusan)
Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada ruangan yang disediakan
Analisa Keputusan Peperiksaan UPSR 2019
Berikut adalah analisis keputusan upsr tahun 2019 buat rujukan ibu bapa dan pelajar :-
Pada tahun 2019, seramai 445,641 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR yang telah dijalankan pada 4,5 dan 10 hingga 12 September 2019.
Seramai 53,242 petugas peperiksaan telah dilantik untuk memastikan peperiksaan berjalan lancar di 8,076 pusat peperiksaan.
Analisa Keputusan Peperiksaan UPSR 2019
-Pencapaian calon UPSR tahun 2019 yang memperoleh sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum meningkat sebanyak 2.95% berbanding tahun 2018. Peningkatan pencapaian calon juga boleh dilihat dengan pengurangan peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu gred E dalam semua mata pelajaran sebanyak 1.17% berbanding 1.37% pada tahun 2018.
-Peratusan calon yang mendapat semua A pada tahun ini telah meningkat sebanyak 0.09% berbanding tahun 2018
analisis keputusan upsr : Analisis Prestasi Mata Pelajaran UPSR Mengikut Gred Tahun 2019 Berbanding Tahun 2018 adalah seperti jadual berikut :-
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang lengkap boleh dirujuk dan di muat turun di KPM.
Analisis keputusan upsr 2018
Berikut adalah maklumat ringkas analisis keputusan upsr 2018. Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR tahun 2018. Peperiksaan telah diadakan pada 20 dan 24 hingga 27 September 2018 di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara.
1.Peratusan calon yang mencapai penguasaan minimum adalah berkurang 0.7 peratus iaitu 67.4 peratus, berbanding 68.13% peratus calon pada 2017.
2. % calon yang belum mencapai tahap penguasaaan minimum iaitu sekurang-kurangnya satu gred E meningkat 0.91 peratus iaitu 30.32 peratus pada 2017 berbanding 31.23 peratus pada tahun 2018.
3. Peratusan calon belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu Gred E dalam semua mata pelajaran turun 0.18 peratus iaitu 1.37 peratus pada tahun 2018 berbanding 1.55 peratus pada 2017
4. Seramai 2.1 peratus calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 mendapat semua A. Merupakan sedikit peningkatan iaitu 2.08 peratus pada tahun 2017.
5. Sebanyak 2.61 peratus murid mendapat maksimum 1B pada tahun 2018. Ianya merupakan kenaikan daripada 2.54 peratus murid tahun 2017.
6. 7.55 peratus murid mendapat minimum 2B tahun ini meningkat 0.05 peratus daripada 7.50 peratus murid tahun 2017
7. 19.66 peratus murid mendapat minimum 1C tahun ini, menurun daripada 20.71 peratus tahun lalu.
8. Sebanyak 35.48 peratus mendapat minimum 1D tahun ini meningkat sedikit daripada 35.31 peratus tahun 2017.
9. Calon yang mendapat minimum 1E meningkat 0.93 peratus. Dari 30.18 peratus pada 2017 kepada 31.11 peratus tahun 2018.
10. Calon yang mendapat semua E adalah 1.37 peratus. Berbanding 1.55 peratus tahun 2017, penuurunan sebanyak 0.18 peratus
Tahniah sekali lagi diucapkan buat pelajar Tahun Enam yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selamat menempuh alam persekolahan menengah yang lebih mencabar.
Nota Penting Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR 2019
Pelajar yang ingin memohon penyemakan semula keputusan boleh berbuat demikian dengan mengisi * Borang permohonan Semak Semula.
1.Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan UPSR diumumkan
2. Mohon semak semula hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses
3. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my
Borang Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan semakan keputusan UPSR. Pelajar boleh mendapatkan Borang permohonan seperti berikut :-
1.Sekolah tempat calon menduduki peperiksaan,
2. Sektor Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
3. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya.
4. Laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my.
Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh dua bulan selepas tarikh tutup permohonan.
Cara Memohon Semak Semula UPSR
Pelajar disarankan untuk membaca Peraturan Permohonan sebelum membuat permohonan semak semula keputusan UPSR seperti berikut :-
1. Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan diumumkan.
2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.
3. Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:
3.1 satu (1) salinan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR (disahkan oleh Guru Besar / Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
3.2 Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA- KPM. Sila rujuk No. 5 – Kadar Bayaran dan No. 6 – Kaedah Bayaran
3.3 dua (2) sampul surat berukuran 11cm X 22 cm, beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00 setiap sampul
4. Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan UPSR ialah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran. Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.
5. Kaedah Bayaran Semak Semula
5.1 Permohonan melalui pos:
i. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Kokotkan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula/Kes T supaya tidak tercicir
ii. Cek persendirian tidak diterima.
5.2 Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:
i. Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima
ii. Cek persendirian tidak diterima.
6. Borang yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR (Masukkan Tahun)” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan hantar kepada Pengarah Peperiksaan di alamat berikut:
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E11,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Unit UPSR)
7. Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR tidak akan diproses.
8. Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.
9. Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada calon melalui surat rasmi.
Peringatan Dalam Mengisi Borang Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR
1. Sila isi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan /Kes T (LP/Am 65A) ini dengan lengkap dan tepat.
2. Borang permohonan yang telah lengkap akan diberi keratan Akuan Penerimaan. Sila gunakan Nombor Rujukan pada keratan Akuan Penerimaan tersebut dalam semua urusan yang berkaitan.
3. Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan akan dihantar kepada pemohon menggunakan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.
4. Sekiranya berlaku perubahan gred, Pernyataan Keputusan yang lama hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah sebelum mendapatkan Pernyataan Keputusan yang baharu.
Selamat membuat Semakan Keputusan UPSR 2019 secara Online Dan SMS. Didoakan semua calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019 berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah buat semua. bulan november 2019
Related : taipkan upsr jarak,