Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 (SPM & STAM), Borang pendaftaran calon mengulang sijil pelajaran malaysia ulangan tahun 2023.

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 STAM

Borang Pendaftaran Calon Persendirian 2023 SPMU, STAM Dan SPM. Bagaimanakah cara membuat pendaftaran calon persendirian SPMU 2023 termasuk pendaftaran peperiksaan SPM dan STAM  secara atas talian atau online? Peperiksaan SPM amat penting buat pelajar dalam meneruskan pengajian tinggi mereka atau ingin terus bekerja. Diatas kepentingan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) untuk memberi peluang kedua buat calon yang gagal SPM dalam mata pelajaran tertentu untuk memperbaiki keputusan peperiksaan.

Bagi tahun 2022, peperiksaan SPM (U) hanya melibatkan maksima penawaran 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah dan peperiksaan SPMU akan diadakan pada tarikh yang akan dikemaskini. Untuk sesi November 2023, semua subjek SPM ada ditawarkan dan akan diadakan sama seperti tarikh peperiksaan SPM 2023.

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2020 PT3 STAM sppat

Borang Pendaftaran Calon Persendirian 2023 : SPMU, STAM Dan SPM

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat pendaftaran calon persendirian SPMU tahun 2023 termasuk cara daftar peperiksaan SPM dan STAM.

Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh pendaftaran, borang pendaftaran, senarai Jabatan Pendidikan Negeri dan maklumat lanjut pendaftaran.

Tempoh Pendaftaran Calon Persendirian SPM & SPMU 2023

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU dan SPM adalah pada ketetapan tarikh berikut:

  • Tarikh Buka : 8 April 2023
  • Tarikh Tutup : 6 Jun 2023

Sebarang permohonan lewat akan dikenakan Caj Daftar Lewat sebanyak RM150.00 bermula 7 Jun 2023. Sila layari Portal Rasmi KPM atau Lembaga Peperiksaan untuk mendaptkan maklumat pendaftaran yang rasmi dan tepat

Berikut adalah cara mudah dalam mendaftarkan diri sebagai calon persendirian peperiksaan SPM dan SPM Ulangan (SPMU) tahun 2023. Untuk makluman, SPMU akan diadakan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan sesi September dan pada Februari/Mac 2024.

Pelajar perlu membuat pendaftaran menggunakan capaian aplikasi pendaftaran Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan berikut bermula dari tarikh seperti yang dinyatakan di atas :-

A) SPMU

Aplikasi Pendaftaran : Daftar Calon Persendirian SPMU

  1. Klik Daftar permohonan perndaftaran sebagai calon SPMU
  2. Sila masukkan maklumat yang diperlukan berdasarkan peperiksaan terakhir (SPM/ SPMU) yang telah anda duduki.
  3. Calon boleh menyemak status permohonan pendaftaran SPMU 2022 bermula 2 minggu selepas tarikh tutup pendaftaran di pautan berikut :-
  4. Klik Status Pendaftaran SPMU
  5. Sila masukkan maklumat nombor kad pengenalan dan nombor  permohonan untuk membuat sem akan

SPM (Calon Baru/ Mengulang)

Aplikasi Pendaftaran : Daftar Calon Persendirian SPM (Calon Baru)

  1. Sila masukkan No KP atau Daftar Calon Mengulang
  2. Sila masukkan maklumat yang diperlukan berdasarkan peperiksaan terakhir (SPM/ SPMU) yang telah anda duduki.
  3. Calon boleh menyemak status permohonan pendaftaran SPMU 2022 bermula 2 minggu selepas tarikh tutup pendaftaran di pautan berikut :-
  4. Klik Status Pendaftaran SPM
  5. Sila masukkan maklumat nombor kad pengenalan dan nombor  permohonan untuk membuat semakan

Senarai Mata Pelajaran Yang Ditawarkan

senarai-mata-pelajaran-peperiksaan-spm-dan-spmu-calon-persendirian 

Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Secara Online

Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat permohonan pendaftaran melalui aplikasi SPPAT. Pelajar boleh membuat pendaftaran menggunakan capaian aplikasi pendaftaran Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan berikut :-

  1. Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan) (SPM)”. Klik “Daftar” untuk mendaftarkan diri sebagai calon SPMU/ SPM
  2. Masukkan maklumat no. kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran peperiksaan yang lepas. Maklumat boleh diperoleh daripada sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC.
  3. Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan no. kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran merupakan milik anda, kemudian klik Teruskan
  4. Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.
  5. Pilih mata pelajaran yang anda ingin daftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus anda memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
  6. Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.
  7. Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.
  8. Bayaran bagi permohonan pendaftaran SPMU/ SPM hendaklah dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik.
  9. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan anda mencetak dokumen Senarai Semak Pendaftaran SPMU / SPM dan Kenyataan Semakan. Pastikan dokumen seperti yang dinyatakan di atas dibawa ke JPN/PPD negeri masing-masing untuk pengesahan pendaftaran.

PERHATIAN : Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan memohon pendaftaran SPMU di pautan berikut:-SPPAT SPMU & SPM MENGULANG

Dokumen Yang Diperlukan

Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/ mengepos dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:

  • Salinan Kenyataan Semakan;
  • Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
  • 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri

Kegagalan calon mengemukakan dokumen, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan. Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (http://lp.moe.gov.my)

PANDUAN :Senarai lokasi dan alamat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seluruh negeri

Panduan Semak Status Permohonan Pendaftaran SPMU

Berikut adalah cara membuat semakan status Pendaftaran Calon Persendirian SPMU/ SPM :-

  1. Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan)/ (SPM)”. Klik “Semak” untuk menyemak status pendaftaran sebagai calon SPMU.
  2. Masukkan nombor kad pengenelan dan nombor permohonan (boleh diperolehi dalam borang Kenyataan Semakan), kemudian klik butang Semak
  3. Sistem ini akan memaparkan status permohonan anda. Jika diterima, anda diminta untuk mencetak borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dan bawa semasa hari peperiksaan

Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada peringatan berikut semasa membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPMU dan lain-lain peperiksaan :-

Peringatan

  • Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan
  • Permohonan hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/ SPM(V)/ SPVM/MCE/ SC/ FMC.
  • Membuat permohonan pendaftaran SPMU di portal Permohonan Pendaftaran SPMU antara 08/04/2023 sehingga 06/06/2023
  • Buat semakan permohonan pendaftaran SPMU di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPMU mulai 1 Ogos 2023 manakala untuk SPM pula adalah dari 1 November 2023.
  • Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama maklumat peribadi dan peralatan ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan
  • Untuk SPMU :

    • Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 07/06/2023 sehingga 14/06/2023
    • Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 07/06/2023 sehingga 14/06/2023
    • Calon-calon yang telah mendaftar peperiksaan SPMU secara atas talian tetapi belum membuat bayaran, boleh membuat bayaran secara perbankan internet (FPX)
  • Untuk SPM :
    • Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/05/2023 sehingga 16/05/2023
    • Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 01/05/2023 sehingga 16/05/2023
  • Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
  • Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.

i) Muat Turun Borang Pendaftaran Calon Persendirian SPMU

ii) Bayaran Pendaftaran SPMU

Jumlah pembayaran Pendaftaran Calon Persendirian SPMU dan SPM November adalah seperti berikut :-

Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2018 PT3 STAM

Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Akauntan Negara Malaysia.

Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Calon Persendirian SPMU

Untuk pengisian borang pendaftaran, calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja.

  • 1. Tahun – Tulis tahun calon menduduki peperiksaan SPMU semasa
  • 2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Gunakan satu petak bagi setiap satu abjad
  • 3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan calon. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka kad pengenalan. Tulis dari petak pertama sebelah kiri
  • 4. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit
  • 5. Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut:- 1 – Lelaki 2 – Perempuan
  • 6. Keturunan – Tulis keturunan calon
  • 7. Agama – Tulis agama calon
  • 8. Jenis Kemasukan – Pilih dan tulis kod seperti berikut:- 9 – Calon mengulang.

Kod Peperiksaan

  • 9. Kod Peperiksaan Terakhir – Pilih dan tulis kod seperti berikut :-
    • 1–Mempunyai sijil mana-mana peperiksaan SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC
    • 2–Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP / GCE / Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu
    • 3–Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP / GCE / Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Sejarah
    • 4–Pernah menduduki SPM / SPM(V) / SPVM / MCE / SC / FMC atau mempunyai sijil SAP / GCE / Pernyataan Keputusan SPM dan gagal Bahasa Melayu dan Sejarah

Kecacatan

  • 10. Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut :-
    • A – Terencat Akal
    • B – Buta
    • C – Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan Lain Disleksia / Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme / Learning Disabilities (LD)
    • D – Bisu P – Pekak R – Rabun S – Spastik / Cerebral Palsy

Lain-Lain Maklumat

  • 11. Tahun Peperiksaan SPM / SPMU Terakhir
  • 12. Angka Giliran SPM / SPMU Terakhir. – Tulis tahun dan angka giliran yang calon gunakan dalam peperiksaan SPM/SPMU terakhir
  • 13. Warganegara – Tuliskan negara asal bagi calon bukan warganegara
  • 14. Alamat
  • 15. Poskod
  • 16. Bandar
  • 17. Negeri – Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman/kampung, poskod, bandar dan negeri
  • 18. Nombor Telefon – Tulis nombor telefon rumah atau telefon bimbit calon yang boleh dihubungi
  • 19. Alamat Emel – Tuliskan alamat emel calon yang boleh dihubungi
  • 20. Pendaftaran Mata Pelajaran – Isikan kod kertas dan nama kertas mata pelajaran dalam ruangan yang disediakan
  • 21. Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang calon daftar. Tulis juga maklumat tentang Kiriman Wang atas nama Pengarah Peperiksaan untuk bayaran tersebut. Bayaran Asas RM20.00, mata pelajaran tanpa PBS* – RM10.50 dan mata pelajaran dengan PBS** – RM12.00. Tuliskan jumlah bayaran
  • 22. Pengakuan Calon – Calon hendaklah membaca pernyataan pengakuan calon. Calon dinasihat untuk menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran. Setelah itu turunkan tandatangan calon dan tarikh.

Maklumat Lanjut Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023

Berikut adalah nota penting dalam Pendaftaran Calon Persendirian SPMU bagi tahun 2023 yang perlu diberikan perhatian oleh calon :-

  1. Tarikh akhir pendaftaran sebagai calon persendirian adalah pada 8 April 2023. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan
  2. Jika pelajar gagal satu matapelajaran sahaja, anda hanya perlu mengulangi mata pelajaran yang berkenaan sahaja. Contohnya jika anda lulus mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi gagal Sejarah, anda hanya perlu mengulangi kertas Sejarah sahaja, bukannya mengulangi semua kertas SPMU.
  3. Pelajar perlu mendaftar SPM Ulangan untuk menduduki SPMU samada sesi Jun atau November
  4. Tiada had umur untuk menduduki peperiksaan SPM. Umur 16 tahun dan ke atas adalah layak untuk menduduki peperiksaan SPM

Oleh itu, secara ringkasnya pelajar yang berhajat untuk mengulang semula kira SPM samada sesi pertama pada bulan Jun atau sesi kedua bulan November atau calon persendirian SPM, anda perlulah melengkapkan pendaftaran secara online di laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia dan seterusnya hadir di Jabatan Pendidikan Negeri temapt mendaftar untuk pengesahan pendaftaran dan membuat bayaran.

Maklumat Pendaftaran Calon Persendirian STAM & UPBA

  • Permohonan pendaftaran calon persendirian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) perlu dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran (Rujuk Lampiran 6 pada panduan daftar STAM berikut). UPBA rujuk lampiran 7.
  • Borang pendaftaran dan panduan mendaftar boleh dirujuk di pautan berikut :-

Diucapkan selamat membuat Pendaftaran Calon Persendirian SPMU tahun 2023. Juga untuk pendaftaran UPBA dan STAM. Semoga pendaftaran SPMU anda berjaya diluluskan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *